Dia Mantan Kekasihku (Bab 10)

BAB 10

HARI ini, Alfira mengenakan tubuhnya dengan blouse labuh kosong berwarna putih dan seluar hitam. Dililit selendang berwarna coklat gelap di kepalanya. Dilihat sebentar wajahnya di cermin pandang belakang kereta. Bolehlah ni. Ujarnya sendiri.
          “Okeylah yah, along pergi dulu. Nanti kalau ayah nak singgah kedai along pergi je. Maria ada dekat sana.” Alfira bersuara dengan ayahnya yang berada di depan pintu depan rumah melalui tingkap cermin keretanya. Encik Shahril mengangguk dan melambaikan tangan ke arah anak sulungnya itu.
          “Itu pun kalau ayah nak singgah. Dah kamu hati-hati memandu tu.” Encik Shahril yang kini sudah mencecah usia 55 tahun. 7 tahun sudah mereka anak-beranak hidup tanpa arwah isterinya itu. Anak-anaklah harta peninggalan dari isterinya.
          Dia juga kini sudah pencen sebagai pegawai kerajaan. Hanya dia dan Alfira sahaja yang tinggal berdua di rumah ini. Ain anak keduanya itu bekerja di Kuala Lumpur dan akan balik juga kalau berkesempatan ada cuti. Anak bongsunya pula Fisha masih lagi melanjutkan pelajaran. Terkejut juga dia pada 7 tahun yang lalu, apabila anaknya along memberitahunya yang along ingin berhenti belajar. Bila ditanya kenapa, anaknya itu memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan belajar dengan kos itu. Padahal along memang bercita-cita untuk mengambil kos TESL. Tapi sebagai bapa dia tidak mahu memaksa, mungkin anaknya ada sebab tersendiri. Along dah besar dan tahu memilih kehidupannya sendiri. Asalkan ke arah yang baik sudah cukup.
          Alfira memberhentikan Myvi kuningnya di ruang kawasan yang kosong itu. Dia melihat jam di dashboard yang sudah menunjukkan pukul 10:10 minit pagi. Dia mencapai beg tangannya dan terus keluar dari keretanya.
          Tiba sahaja di pintu pagar tadika itu, Alfira memberikan salam. Dia bersalaman dengan para ibu yang berada di situ. Tapi dia ini belum jadi ibu lagi ya.
          “Puan ibu kepada siapa?” Alfira menoleh ke kirinya apabila terdengar suara sepertinya menyapa dan bertanya. Alfira tersenyum dan lantas menjawab pertanyaan wanita yang mungkin berumur 30.
          “Oh ya saya wakil dari keluarga Puteri. Ibu bapa Puteri tak dapat hadir dan diwakilkan saya ke sini.”
          Izzati mengangguk faham. Ya, dia telah dimaklumkan kepada Puan Rita.
          “Oh jadi inilah Puan Alfira? Mama Puteri dah maklumkan kepada saya pagi tadi. Saya Izzati guru di tadika di sini.” Izzati menghulurkan tangan untuk bersalaman.
          Alfira turut menyambut salam itu. Puan? Aku belum kahwin lagi kut. Nampak macam dah berstatus kahwin ke aku ni? Alaaa biarlah. Getus hati Alfira.
          “Ya saya Alfira. Puteri mana?” Sesekali mata Alfira melilau mencari anak comel itu.
         “Puteri ada di dalam sedang menunggu puan dan suami puan. Suami puan mana? Puan Rita kata puan dan suami hadir bersama ke sini.”
          Alfira semakin pelik. Tadi dia geram Cikgu Izzati ni panggil dia puan. Kini bertambah geram apabila dikatakan dia hadir ke sini dengan suami. Jap jap, kenapa Kak Rita boleh kata yang aku ke sini dengan suami ni? What happen? Oh goshhh!
          “Kak Rita beritahu cikgu yang saya ke mari dengan suami saya? Betul ke dia yang beritahu macam tu?” Alfira meminta penjelasan lagi. Harap sangatlah cikgu ni salah orang.
          “Ya, Puan Rita mama kepada Puteri yang maklumkan kepada saya. Puan adalah Puan Alfira kan? Suami puan pula Encik Hakim. Betul?” Izzati menjelaskan apa yang telah dimaklumkan Puan Rita kepadanya. Kenapa dia tengok wanita di hadapannya ini sepertinya tidak berpuas hati saja?
          What?! Hakim suami aku? Kak Rita beritahu macam tu. Ish apa jadi dah ni. Tak faham betullah. Apa yang Kak Rita cuba buat ni? Pening Alfira memikirkannya.
          “Kakak.” panggil Puteri dan terus belari ke arah Alfira. Alfira tersenyum apabila melihat Puteri mendapatkannya.
          “Sampai pun. Ingat tak datang tadi. Mana puksu?” Puteri yang berhadapan dengan Alfira itu bertanya. Alfira tidak mengendah cikgu itu dan dia menundukkan wajahnya dan menjawab pertanyaan si kecil.
          “Puksu mana ikut. Kakak datang sorang je. Kenapa Puteri cakap puksu ikut?” Alfira bertanya pelik. Alahai semakin pelik dah ni.
          “Ohh sebelum tu Puteri lupa. Mama dah pesan dekat Puteri yang dia suruh Puteri panggil Kak Fira muksu. Mama kata nanti puksu yang datang sini dengan muksu.” petah si kecil itu berkata. Naik tersedak Alfira di situ.
          Kak Rita suruh Puteri panggil dia muksu? Ini dah makin bertambah pelik dah.
          “Itu pun puksu dah sampai!” ujar Puteri riang. Alfira turut menoleh ke belakang dan melihat Hakim yang turut berada di sini.
          “Awak juga kat sini?” tanya Hakim apabila mereka kini sudah bersemuka.
          “Iyalah, mak yang suruh saya ke sini. Kak Rita masih dalam pantang lagi.” Beritahu Alfira.
          “Mak dan Kak Rita pun suruh saya ke sini wakilkan dia. Jadinya, mereka pun minta awak ke sini sekali?” Di sebalik fikiran Hakim sudah dapat tangkap perancangan maknya itu. Puan Sadiah!!!!!
          “Puan Alfira dan Encik Hakim, betul?” Cikgu Izzati menyampuk.
          Mereka berdua menoleh ke arah Cikgu Izzati itu.
          “Ya, saya Alfira. Tapi cikgu salah faham yang saya belum...”
          “Belum ada anak, kan? Ya, Puan Rita dah jelaskan pada saya yang kamu berdua baru saja berkahwin dan belum ada anak. Puteri ini anak saudara puan dan encik. Tak apa puan, sebagai makcik saudara pun boleh wakilkan diri ke sini, tak ada masalah langsung. Majlis dah nak bermula dan jom kita masuk ke dalam. Ini risalah untuk aktiviti hari ini. Saya harap puan dan encik dapat biasakan diri dan sertai aktiviti yang kami adakan.” Cikgu Izzati tersenyum.
          Erk? Choi betul! Apa kes ni?
          Aku memang tak ada anak lagi. Macam mana nak ada anak? Kahwin pun belum ish banggang betul!
          Alfira sudah geram. Baru saja dia nak terangkan, cikgu ini sudah menyampuk. Agaknya tak belajar adab ke?!
          “Dahlah jangan marah. Awak tak boleh salahkan cikgu ni. Ini semua rancangan mak yang buat. Tak apalah kalau mereka fikir kita suami isteri. Dekat sini je. Yang penting sekarang ni, kita ke sini untuk beri penghargaan kat Puteri. Dah, jom masuk ke dalam.” Hakim cuba menenangkan Alfira, dia tahu Alfira kini sedang benggang.
          “Puksu dan muksu nanti nak kahwin ya?” tanya Puteri yang berada di tengah-tengah antara Hakim dan Alfira.
          “Siapa muksu ni? Bila masa puksu cakap puksu nak kahwin?” tanya Hakim pula. Pelik dah ni.
          “Nenek yang cakap dekat Puteri semalam. Dia cakap Puteri kena panggil Kak Fira muksu. Puksu nanti kahwin dengan muksu.”
          Alfira sudah semakin tercenggang. Aduh, semakin bertambah masalah ni. Pandai-pandai je tau mak ni!
          “Tak payahlah cakap dekat sini k. Tapi hari ni je Puteri panggil Kak Fira muksu. Hari ini saja tau? Habis je majlis ni nanti no muksu muksu, just only puksu. Alright dear?” beritahu Hakim. Dia menjeling sekilas melihat Alfira yang hanya memandang ke hadapan. Kasihan juga dia melihat Alfira menjadi mangsa rancangan maknya itu.
          “Baiklah. Okey muksu dan puksu. Puteri nak ke sana sebab nanti Puteri dapat saguhati dekat cikgu. Muksu dan puksu tengok tau dan tepuk tangan sekali.” Pesan Puteri dan terus berlalu pergi.
          “Saya minta maaf bagi pihak mak saya dan Kak Rita. Awak jangan salahkan Puteri. Dia tak tahu apa-apa pun.”
          Alfira memandang Hakim dan hanya membalas senyum sebelum menjawab.
          “Jangan risaulah. Tak apalah mungkin mak saja je buat macam ni. Kita pun tahukan yang dia memang nak satukan kita. Hari ini kita melayankan Puteri. Biarlah dia nak anggap saya apa pun. Tapi best juga dengar dia panggil saya muksu.” Ujar Alfira masih dengan senyuman. Ya, suka pula dia dengar bila Puteri memanggilnya muksu.
          “So, be my wife and she will call you muksu for everyday dan forever. Nak?”
          Alfira tercenggang mendengar kata-kata Hakim itu. Jadi isterinya? Tergagap-gagap Alfira mahu membalas kata.
          “Ops sorry, just for today. Just for Puteri.” Hakim membetulkan kata-katanya semula. Hanya untuk hari ini saja, walaupun, dalam hati dia mahukan untuk selamanya.
          Alfira menarik nafas lega. “Yes, sure. Just for Puteri.” Mereka berdua membalas senyum.
*****************

“ANAK seorang saja ke?” tanya wanita dalam lingkungan berumur 30-an itu. Alfira menggelengkan kepala dan lantas menjawab.
          “Taklah kak. Puteri ni anak saudara saya. Puteri yang tu.” Ujar Alfira.
          “Oh Puteri tu. Mamanya Rita. Dia tak dapat datang ke sini ya?” wanita itu bertanya lagi.
          “Aah, Kak Rita masih dalam pantang lagi. Itu yang dia wakilkan saya. Saya ibu saudara Puteri.”
          “Patutlah. Jadi, itu suami kamu ke?” tunjuk wanita itu ke arah Hakim yang sedang bermain dengan Puteri.
          Alfira terpaksa juga berbohong. Katanya hari ini dia perlu menjadi isteri kepada Hakim dan muksu kepada Puteri. Untuk hari ini saja.
          “Aah dia suami saya. Suami saya tu, adik Kak Rita. Saya ni adik ipar Kak Rita la.” Beritahu Alfira lagi. Wanita itu mengangguk faham.
          “Jadi, kamu ni dah ada anak belum? Dah lama kahwin?”
          Rasa nak pengsan Alfira mendengar soalan ini. Kenapa sibuk sangat orang nak tahu ni?
          “Belum ada anak lagi kak. Emmm....Tak adalah lama sangat kahwin. Baru juga.” jawab Alfira teragak-agak.
          “Kamu kena usaha ni. Kita sekarang ni jangan merancang sangat pasal zuriat. Kalau Tuhan dah beri tu terima je. Kamu tak ada makan produk untuk subur ke? Kita sebagai perempuan kena cuba juga.”
          Pula dah!!! Ni dah sampai ke produk subur. Aishh pening aku melayan ni. Bebel Alfira.
          “Mana ada kami merancang. Kami pun baru berkahwin 4 bulan. Sedang usahalah ni nak dapatkan. Betul tak sayang?” Tiba-tiba Hakim menyampuk dari sisi Alfira. Alfira dan wanita itu terus menoleh.
          Sayang dia panggil aku? Dah nak kena panggil sayang pula dah. Cukuplah kut tipu orang dekat sini yang kita ni suami isteri. Kena panggil sayang-sayang juga ke?
          “Baru lagi rupanya. Baguslah kalau tak merancang tu. Anak tu rezeki Allah. Usahalah selagi boleh.”
          “Ya kak. Kami memang sedang usaha ni. Bertungkus-lumus kami tiap malam. Hihihi.” Melopong lagi mulut Alfira dengar. Hakim ni memang tak boleh bawa pergi majlis. Ada ke patut cakap macam tu!
          Hakim melihat sekilas ke arah Alfira yang sepertinya sedang tertunduk malu. Merah dah wajah gadis itu. Alaaa, dia cuma bergurau aje pun. Kata nak berlakon sebagai suami isteri.
          “Amboi, kamu ni. Itu memang betul-betul usaha kuat.” jawab wanita itu diselangi dengan gelak kecil.
          “Okeylah kak, saya pergi ke sana dulu. Izinkan saya ambil isteri saya ni ya? Jom sayang kita ke sana, b ke sini memang nak ajak sayang ke situ. Puteri dah panggil kita.” Hakim tersenyum ke arah wanita itu sebelum meraih pergelangan tangan isteri lakonannya untuk sertai bersama-sama Puteri.
          Alfira tidak mengelak. Dia sendiri kaku untuk bercakap. Dia hanya mengikut saja langkah Hakim.
          Hakim panggil dia sayang dan lepas tu, Hakim bahasakan diri dia b? Ohhh Hakim ni buat jantung Alfira berdegup bagai nak gila dah.
          “Muksu dan puksu kena main kerusi beracun ni. Semua mama dan papa kawan Puteri main. Muksu dan puksu main tau.” Puteri sudah berwajah sayu. Alfira memandang Hakim dan begitu juga Hakim memandang dirinya.
          “Sayang nak main tak? Kalau sayang nak main, b pun main juga.”
          Tak habis-habis lagi sayang b rupanya. Ingat bila berhadapan dengan orang-orang di sini saja kena bersayang b segala.
          “Tak ada siapa pun dekat sini. Tak perlu awak nak panggil saya sayang.” bisik Alfira mendekati Hakim.
          “Mana boleh. Hari ini kita melayan Puteri kan? Apa salahnya panggil sayang b. Untuk hari ini je, lepas tu dah tak.” Ujar Hakim selamba.
          Alfira menjulingkan matanya ke atas. Ada je Hakim ni tau.
          “Okeylah kita main je kerusi beracun ni. Saya kesian dengan Puteri tu macam berharap kita main aktiviti ni.”
          “Saya dah kata yang awak kena panggil saya b dan saya panggil awak sayanggggg.” tegas Hakim perlahan. Meleret panggilan sayangnya di hujung ayat.
          “Tapi kan cuma”
          “Tak ada alasan. Just for Puteri!” Sengaja Hakim gunakan nama Puteri. Teringin juga dia nak dengar Alfira memanggil dia b.
          “Okey, baiklah. Jom kita main ya b......” balas Alfira bernada geram dalam diam.
          “Main apa tu?” giat Hakim nakal.
          “Main kerusi beracunlah.”
          “Ohhhh, ingat main usaha buat anak.” membesar mata Alfira mendengar pernyataan selamba badak Hakim itu. Gatal!
          “B!!!!!!” Alfira mencubit geram pergelangan tangan Hakim. Hakim mengaduh sakit dan diselangi dengan ketawanya.
          Suka sangat Hakim mendengar Alfira memanggilnya b. Apatah lagi ketika tadi Alfira menjerit geram memanggilnya b. Nak luluh jantung ni dengar. Alahai, sayang Fira. Ini saja yang mampu aku rasa. Hanya hari ini. Itu pun sudah cukup. Ujar Hakim sendiri bersyukur.
***************

“CEPAT rebut! Muksu puksu boleh!” Puteri memberi semangat kepada Alfira dan Hakim. Kini kerusi hanya tinggal 5 buah sahaja lagi. Hebat juga Alfira dan Hakim dalam aktiviti bermain kerusi beracun itu.
          Kini, Alfira hanya selang seorang berada di belakang Hakim. Para ibu bapa yang menyertai aktiviti itu sudah berpusing-pusing mengelilingi kerusi. Mereka hanya menantikan lagu itu berhenti dan mereka akan terus berebut untuk duduk di kerusi itu.
          Semua yang berada di majlis itu menikmati permainan ini. Riuh sungguh suasana di situ. Alfira tidak henti-henti ketawa melihat tingkah Hakim yang sepertinya seronok melayan permainan ini. Puteri juga turut riang melihat dia dan puksunya menyertai permainan kerusi beracun itu.
          Tiba-tiba saja tanpa semua sangka muzik yang dimainkan telah dihentikan. 6 orang yang bermain kerusi beracun itu cepat-cepat merebut kerusi yang hanya tinggal 5 buah saja lagi. Alfira apa lagi, cepat saja dia mencari kerusi dan tanpa melihat siapa, dia terus saja melabuhkan punggung di kerusi itu.
          “Auchh, apa sayang ni. Ini kerusi b la.” beritahu Hakim apabila Alfira yang kini sudah pun terduduk di atas ribanya.
          Semua tetamu di situ bertepuk tangan dan melepaskan ketawa geli hati melihat tingkah-laku pasangan suami isteri itu. Mereka semua bukan tahu yang Alfira dan Hakim adalah pasangan suami isteri lakonan.
          “Muksu kalah. Muksu keluar!” laung Puteri masih dengan sisa ketawanya.
          Alfira sudah malu. Tak perasan pula dia terduduk di atas peha Hakim. Nasib baiklah peha Hakim, kalau peha suami orang macam mana? Agaknya kena baling dengan penyapu isteri orang tu nanti!
          “Sorry saya tak perasan.” beritahu Alfira yang turut memandang ke arah Hakim.
          “Bukan saya okey, sayang. Awak sayang dan saya b.” Hakim mengingatkan Alfira. Alfira terus menekup mulutnya.
          “Maaf b, sayang tak perasan!” ujar Alfira lagi yang masih lagi duduk di atas peha Hakim. Hakim hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
          “Eh, sayang nak pergi mana ni?” tanya Hakim pelik.
          “Inikan kerusi b, sayang nak bangunlah. Sayang dah kalah.” beritahu Alfira yang sudah berura-ura untuk bangun. Mereka kini sepertinya tidak menghiraukan mata-mata yang melihat mereka. Mereka hanya berada dalam khayalan lakonan mereka sendiri tanpa mereka sedar.
          “Ini kerusi b punya. Tapi diri b, sayang yang punya.” Hakim berkata-kata dengan romantisnya. Mereka yang lain mendengar sudah terharu.
          “.......Aduh, sweetnya mereka tu!!!”
          “.......Suami dah kacak, lagi romantik pula. Cairnya aku.......”
          “........Kau tengok suami dia pandang isteri dia, penuh dengan rasa cinta. Bilalah suami aku nak macam tu.” pelbagai suara-suara kedengaran di situ. Semua antara mereka sepertinya sedang melihat tayangan cinta percuma yang dilakonkan oleh Alfira dan Hakim.
          “Ish b ni. Dah lah orang tengok!” Alfira menelan liur apabila mendengar kata-kata romantik dari Hakim. Dia turut mendengar juga suara-suara yang sepertinya memuji Hakim. Dan ada juga suara-suara mereka yang sepertinya tidak suka apa yang telah terjadi.
          Alfira dan Hakim turut bangun.
          “Romantik, kan pasangan suami isteri iaitu wakil dari ibu bapa Puteri?” Ujar seorang cikgu wanita yang sedang memegang mickrofon itu. Mereka yang lain bertepuk tangan. Hakim dan Alfira hanya menunduk malu dan tersenyum sebagai tanda hormat.
          “Encik Hakim tak nak bermain lagi ke? Ada 4 buah kerusi lagi ni. Encik Hakim berjaya tadi merebut satu kerusi.” Tanya Cikgu Izzati, bergema suaranya itu kerana menggunakan pembesar suara.
          Hakim tersenyum dan lantas menjawab “Tak perlulah. Saya nak bersama isteri saya. Mukin tadi awak semua nampak saya berjaya merebut satu kerusi. Tapi isteri saya telah berjaya merebut hati saya.” Hakim mengenyitkan matanya ke arah Alfira.

          Semakin riuh majlis itu apabila mereka mendengar kata-kata Hakim. Alfira rasa bagaikan mimpi hari ini. Hakim berkata seperti itu? Lakonan Hakim memang betul-betul berjaya mengaburi mata mereka semua, termasuk berjaya mengaburi mata dan hati Alfira. Kalaulah ini semua bukan lakonan dan kalaulah Alfira tidak tahu yang Hakim tidak cintakan dirinya, tentu saja Alfira turut jatuh cinta kepada Hakim buat kali kedua. Tapi Hakim tidak pernah mencintainya dan semua ini hanya lakonan. Ya, hanya lakonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan