Dia Mantan Kekasihku (Bab 5)

BAB 5

ALFIRA menemani adiknya untuk membeli barang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung dua minggu lagi. Adiknya Ain yang tidak lama lagi akan menjadi isteri kepada Imran. Adiknya Ain yang bekerja sebagai akauntan bank di Kuala Lumpur. Mereka tidak tinggal bersama. Iyalah dah rezeki adiknya mendapat pekerjaan di KL.
          Setelah berhenti belajar, Alfira terus pulang ke Melaka. Saat yang sungguh kecewa. Baru berpisah dengan Hakim dan kemudian, kehilangan mama yang tercinta. Mengambil masa yang lama untuk dia merawat luka di hati.
           Beberapa tahun berlalu dan dia bertemu dengan Afendi. Afendi yang cuba untuk mendekatinya dan tidak sangka adiknya Ain juga mengenali Afendi. Siapa tak kenal anak usahawan orang kaya yang menetap di KL itu? Akhirnya Afendi dapat merawat kecewa yang pernah ditinggalkan oleh Hakim. Ya, Afendi adalah penyembuhnya dan dia sayang lelaki itu.
          “Cantik tak long, kasut ni?”
          “Tak cantiklah. Pilihlah yang warna gelap sikit. Angah tu jenis yang main langgar je. Kalau warna gelap tak ketara sangat kotornya.”
          “Tapi angah suka warna krim ni.”
          “Lantak kau la ngah, kau yang kahwin bukan along.” Alfira sudah malas nak bertekak.
          “Suruh teman sikit mulalah nak merengek.”
          “Bukan merengek. Sepatutnya Im yang bawa kau beli barang ni. Ni barang kau pun kau beli, barang dia pun kau beli.” Ain menjeling tajam ke arah kakaknya itu.
          “Dia sibuklah long. Tak apalah, kita cuma beli je dan dia bagi duit. Bukan guna duit aku pun. Sekarang wedding planner uruskan juga barang hantaran ni. Tinggalkan kita orang kena siapkanlah barangnya. Bahagian hias-hias tu mereka buat.”
          Alfira hanya angkat bahu malas nak layan. Imran bakal suami adiknya itu pula seorang arkitek di KL juga. Cinta bertemu di KL. Cehhh boleh buat drama ni. Dia dan adiknya tidak jauh jarak umur mereka. Hanya beza 2 tahun saja.
          Akhirnya, selesai juga beli kesemua barang. Alfira menarik nafas lega dan berura-ura untuk pulang. Tetapi ditahan oleh adiknya.
          “Hauslah. Kita pergi minum dekat Starbucks jap.”
          “Along penat ni la. Belum rehat tau. Malam pula ada kenduri dekat rumah mak.”
          “Kejap je.”
          Alfira akur. Kasihan punya pasal. “Okey, kejap je.”
          Setibanya di hadapan pintu masuk cafe itu, Alfira ternampak Hakim bersama seorang gadis bertudung. Alfira melihat saja kelakuan pasangan yang sedang gelak ketawa itu. Tiba-tiba hatinya bagaikan ditusuk benda tajam. Kenapa perlu ada rasa sakit hati sedangkan dia juga sudah melupakan Hakim dan kini dia mempunyai Afendi yang sangat mencintainya?
          Alfira mula gelabah apabila dia melihat pasangan itu semakin mendekati ke arah cafe ini. Alfira terus menarik tangan adiknya. Dia perlu pergi dari sini sekarang juga. Dia tidak mahu terserempak dengan Hakim yang sedang bermesra dengan gadis molek itu.
          “Eh long, kau dah kenapa ni? Aku hauslah long. Kita duduk je. Aku janji tak lama.” Ain menarik tangan Alfira agar alongnya itu duduk.
          Alfira akur dan dia cuba sembunyikan wajahnya. Dia memusingkan tubuh dan wajahnya ke arah kanan. Hakim dan gadis itu tidak jauh darinya. Hanya selang dua meja saja. Alfira merasakan yang dia tidak boleh bernafas dengan selesa. Selama ini, semput bukan dia ada pun. Tapi kali ini boleh pula sesak nafas.
          “Angah order dulu je. Along nak ke toilet jap. Ehh tak pun kau ngah, nanti terus jela ke kereta, along tunggu kau kat sana tau ngah. Bye!!” Belum sempat Ain menjawab, Alfira sudah tergesa-gesa pergi keluar dari cafe Starbucks itu.
          Ain memandang pelik dan menggelengkan kepala. Apa kena dengan along aku sorang tu? Tak cukup kaki dia tengok along dia berlari tadi. Ain mengeluh perlahan. Aishhh ada je tau Along ni.
*********************

“LEGA” luah Alfira yang terlalu lega. Dia membasuh wajahnya dan direnung ke hadapan cermin itu. Kenapa aku rasa sakit? Dia bermonolog sendiri. Alfira mengambil tisu dan mengelap tangannya yang basah. Sesudah itu dia terus keluar dari tandas shopping complex tersebut.
          Alfira melangkahkan kakinya ke arah kanan dan “Ahhh!!!”
          Terkejut sangat dia saat ini apabila lelaki itu berada di depannya. Alfira meletakkan tangan di dadanya. Terkejut sangat. Boleh gugur jantung kalau hari-hari macam ni.
          “Kenapa larikan diri dari saya?” Hakim berpeluk tubuh dan berdiri tegak di hadapan Alfira saat ini. Dia hanya tersenyum sinis.
          Alfira sudah tak tentu arah. Dia tahu ke? Tanya dirinya sendiri.
          Alfira berdeham sedikit sebelum menjawab. Dia perlu buat-buat tak tahu.
          “Ehh awak pun ada dekat sini ke? Dah lama? Saya nak balik cepat ni, sebab adik saya dah tunggu. Bye!” Alfira tidak tunggu lama dia cuba ke kiri untuk berlalu pergi dengan segera. Tetapi dihalang oleh Hakim apabila Hakim turut mengikut rentaknya.
          “Kenapa? Ohh awak nak ajak saya datang kenduri malam ni ke? Jangan risau sebab mak dah jemput saya. InshaAllah saya datang.”
          Hakim menggeleng. Dia merenung saja wajah bekas kekasihnya yang sedang kalut itu. Comel! Hakim perasan tadi sewaktu Alfira ingin melarikan diri darinya di cafe tadi. Iyalah seperti ada gadis yang tergesa-gesa keluar dan bila dia melihat rupanya itu adalah Alfira. Dia pun mengekori Alfira hingga ke sini.
          “Kenapa awak larikan diri dari saya Fira?”
          “Apa awak cakap ni? Larikan diri dari awak apanya ni. Saya tak fahamlah Hakim.” Alfira rasa macam nak jatuh pengsan juga dekat Mahkota Parade waktu ni. Tolong aku Ya Allah.
          “Saya nampak awak tadi dekat Starbucks tergesa-gesa larikan diri dari saya. Kenapa?” Hakim masih tidak berpuas hati. Dia tetap juga ingin tahu.
          “Sudahlah. I dont understand what you said. Larikan diri from you for what? Kalau saya larikan diri dari awak pun, kenapa? Awak tak ada hak nak halang saya right?”
          Hakim menghampiri Alfira dan matanya masih tidak lepas memandang gadis itu.
          “Yes, I know I can’t stop you to do what you want to do. But Fira I felt that you’re hiding something from me.”
          “Nothing and I have to go now.” tanpa memandang wajah lelaki itu, Alfira terus melangkah pergi.
          Kali ini Alfira terasa malu, marah, geram, sedih dan semua sekalilah. Kenapa dengan Hakim yang sibuk sangat nak tahu ni? Tidak semena-mena Alfira menangis. Air mata itu keluar tanpa dia pinta, tanpa dia tahu dan tanpa dia sedar. Langkah kakinya semakin perlahan.
          Hakim yang perasan keadaan Alfira dari belakang itu menghampiri gadis itu semula. Dia pelik melihat langkah kaki Alfira yang sepertinya longlai tidak bermaya.
          “Kenapa ni?” pantas Hakim mendahului langkah gadis itu. Dia berhenti betul-betul di depan Alfira yang masih tertunduk.
          Hakim mendengar esak tangis kecil. Halus sangat esakan itu sepertinya Alfira cuba menahan. Hakim menundukkan sedikit wajahnya agar dapat melihat wajah Alfira yang menunduk itu.
          Alfira mengangkat juga wajahnya. Air matanya diseka oleh jemari halusnya. Tak nak Hakim nampak.
          “Kenapa awak nangis?”
          “Tak ada apa. Okeylah saya nak pergi ni.. Lama pula nanti adik saya tunggu.” Itu saja alasan yang diberi oleh Alfira. Hakim mengeluh lemah. Dia tak suka air mata itu.
          Alfira sudah melangkah pergi. Dia perlu pergi kerana dia tak mahu menangis depan Hakim. Dia tidak tahu kenapa apabila melihat Hakim bersama dengan gadis lain dia akan menangis. Kenapa perlu begitu? Dia sudah ada Afendi.
          “Nanti.” tegah Hakim. Dia menoleh ke belakang dan melihat Alfira yang sedang membelakangkannya itu berhenti.
          Alfira berhenti. Tapi dia tidak sekalipun menoleh untuk memandang Hakim.
          “Kalau awak menangis sebab saya, saya minta maaf.” Hakim tetap juga cakap walaupun Alfira tidak memandangnya.
          Alfira kemam bibirnya dari menahan tangisan. Dia mengenggam erat tali beg tangannya. Tanpa menunggu lama dia terus pergi.
          Hakim melihat saja susuk tubuh yang semakin jauh itu.
          “Saya tak suka mata awak mengeluarkan air mata tu Fira.” ujarnya sendiri.
***************

“FIRA dah makan belum? Ajak ayah kamu tu makan sekali.”
          “Jangan risau mak. Ayah memang tengah makan dekat depan tu dengan abah sekali. Dia kalau dah jumpa geng dia laju je.”
          Puan Sadiah tergelak kecil. Lelaki memang macam tu.
          “Okey, ayah kamu tu tengah makan, yang kamu ni dah makan belum? Dari tadi tolong mak dekat dapur. Kenduri dah selesai dah, ni masa untuk makan.”
          Alfira tersenyum senang. “Fira dah makan tadi dengan Kak Rita. Ni Fira tengah menikmati air kopi mak ni. Sedap sangat air kopi mak ni tau.”
          “Biasa aje. Sedap pun sebab mak letak jampi sikit biar kamu suka dekat Hakim.” Puan Sadiah keluarkan penyataan beraninya. Sengaja dia nak melihat reaksi anak angkatnya itu.
           Alfira telan liur. Dia pura-pura gelak. “Apa mak ni buat lawak pula. Okey la, Fira nak ke depan tengok Kak Rita jap. Dia pun macam dah sarat sangat tu nak menanti hari bersalin.”
          “Aah, tak lama lagi tu. Okey pergilah nikmati kopi mak yang sedap tu.” Puan Sadiah hanya melihat saja anak angkatnya yang pergi berlalu itu.
          Alfira masih kekok dengan gurauan mak angkatnya. Matanya terarah ke depan tetapi dalam fikiran melayang ke tempat lain. Tanpa dia tersedar dia terlanggar tubuh seseorang dan air kopi di tangannya terlepas.
          “Aduh panasssss!” Hakim tak tahan dan terjerit kecil apabila air kopi panas tertumpah di bajunya. Nasib baik tak terkena anak buahnya yang berada di sebelahnya itu.
          Alfira tak tentu arah. “Maaf wak, saya tak sengaja.”
          Alfira sendiri buntu nak buat apa. Dia nak bantu tapi macam mana? Tak akan main suka hati nak pegang dada si Hakim ni. Mesti sakit, iyalah kalau dah air panas tertumpah di dada, walaupun tubuh bersalut dengan baju pun tapi panas kopi tu memang hangat sangat. Dia melihat baju melayu warna hitam Hakim itu sudah basah.
          “Tak apa.”
          “Tak apa? Panas ni wak. Awak pergi bersihkan dan tukar baju.” Alfira pelik dengan balasan Hakim. Tak apa? Tak panas ke?
          “Dani pergi kat papa. Puksu nak tukar baju, sebab air tumpah.” arah Hakim kepada anak buahnya.
          “Dah kenapa ni?” tiba-tiba suara Puan Sadiah mencelah. Serentak Hakim dan Alfira menoleh.
          “Fira tak sengaja tertumpahkan air kopi dekat Hakim. Sorry Hakim, mak. Fira tak sengaja.”
          “Kan, saya kata tak apa.” ujar Hakim. Sebenarnya sakit dan pedih. Air kopi panas tu terkena dekat kulit. Nasiblah berlapik dengan baju. Tapi baju ni pun tak adalah tebal mana. Kain baju melayu katakan.
          Puan Sadiah tersenyum kecil. “Tak apa, Fira kan tak sengaja. Hakim pun kata tak apa kan? Ni kamu Kim pergi tukar baju. Fira nanti ambil ubat dekat laci tepi meja tu ada ubat. Nanti bagi dekat Hakim takut melecet pula kulit dia.”
          “Baik mak. Nanti biar Fira yang lap air yang tumpah ni.”
          “Tak apa sayang, sikit je ni, nanti mak lap. Dah Kim, pergi tukar baju dan nanti minta Fira ubat.”
          Hakim akur dengan arahan maknya itu.
         Beberapa minit berlalu.  Alfira mencari Hakim dari tadi tapi tidak jumpa. Mana lelaki ni pergi? Dia kemudiannya menegur kakak Hakim iaitu Kak Rita.
          “Akak nampak Hakim tak?”
          “Hakim tadi akak nampak dia dekat ruang rumah tengah.” Alfira angguk dan selepas mengucapkan terima kasih dia terus ke ruang rumah tengah milik keluarga Hakim.
          Alfira lega apabila ternampak susuk tubuh yang sedang bersandar di sofa itu. Dia mendekati Hakim dan kini sudah berdiri betul-betul di depan lelaki itu. Alfira sebenarnya tidak selesa apabila berada dengan Hakim. Lagi-lagi apabila dia teringat kejadian yang terjadi siang tadi di Mall. Rupanya gadis yang dia nampak bersama-sama dengan Hakim siang tadi itu adalah adik sepupu Hakim.
          Hakim mendongakkan wajah apabila mendapati seseorang sedang berdiri di depannya. Dia tersenyum senget. Alfira rasa nak pitam apabila melihat senyuman senget lelaki itu. Itu senyuman ancaman buat hati cair ni!
          “Ni ubatnya. Saya minta maaf sebab dah cederakan awak. Saya betul-betul tak sengaja.” Alfira menghulurkan ubat itu kepada Hakim.
          Hakim tidak menyambut huluran tersebut. Dia terus berdiri berhadapan dengan gadis itu. Malah dia terus saja membuka baju t-shirt  yang baru dia tukar tadi di hadapan Alfira. Alfira tersentak dan membulat matanya! Dia terus saja menutup matanya. Ya Allah, Hakim ni nak buat free show ke ni. Gila betul la lelaki ni. Bebel Alfira sendiri. Matanya masih terpejam rapat.
          “Awak ni gila, buka baju depan saya ni kenapa? Nah ambil ubat ni cepat!” mata Alfira masih lagi tertutup. Hakim sudah ketawa mengekek-ngekek.
          “Orang bagi tengok tak nak tengok. Ehh awak dah tumpahkan air kopi dekat saya, jadinya, tolong laaaa sapukan ubat ni. Saya buka baju ni minta awak sapukan ubat.” Hakim sengaja kenakan gadis itu. Suka pula tengok muka Alfira yang sepertinya tidak mahu membuka mata. Geli dengar suara Hakim yang meleret manja!
          “Mana boleh. Ya, salah saya tertumpahkan air. Tapi tak payah hukum saya untuk sapu ubat dekat dada awak yang terdedah tu. Saya tak nak! Ambil ubat ni cepat!”
          “Ya, saya ambil ubat ni. Tapi sebelum tu buka la mata. Bukan saya bogel pun.”
          Alfira membuka sedikit matanya. Mata kirinya masih di tutup dan hanya mata sebelah lagi dibuka sedikit. Tanpa sengaja dia melihat tubuh lelaki itu. Tubuh yang sedikit sasa dan bidang dada yang tampak seksi. Erkkk apa aku ni gila ke apa? Pergi fikir lain pula dah! Bebel Alfira sendiri. Dia telan liur.
          Hakim masih merenung wajah Alfira. Gadis itu yang berbaju kurung cotton berwarna ungu dan bertudung hitam masih lagi degil tidak mahu membuka mata. Hakim tergelak kecil lagi.
          “Dah lah ambil ni. Saya letak ubat dekat sofa tu. Awak memang sengaja nak kenakan saya.”
          Alfira terus membelakangkan Hakim. Dia meletakkan ubat tu di atas sofa yang berdekatan dengannya.
          “Rugi kalau awak tak tengok.”
          Alfira rasa macam tertelan buah durian apabila mendengar kata-kata usikkan dari Hakim itu. Sah gila anak bujang mak ni!
          “Tak ada maknanya nak rugi. Saya memang tak nak tengok!” marah Alfira keras dan dia terus berlalu meninggalkan Hakim di situ.
          Hakim ketawa mengekek-ngekek melihat aksi bengang Alfira.


          “Tolonglah jangan comel sangat Fira.” ujar Hakim sambil tidak lepas melihat Alfira yang sudah jauh berlalu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan