BAB 1
HAKIM melihat jam dipergelangan tangannya yang sudah pun tepat menunjukkan pukul 2 petang. Mananya pasangan pengantin belum sampai ni? Naik rimas dia tunggu berlama dekat sini. Dia sememangnya tidak suka persekitaran yang huru-hara dan ramai orang sebegini.
“Mana pengantin ni tak muncul-muncul pun bro. Makan dah dua pinggan aku melantak. Air kalau ikut berapa liter rasa dah 2liter aku telan. Agak si Nazim ni tak jadi bersanding aku rasa. Terus raikan malam pertama.” bebel Luqman sahabat pengantin lelaki itu.
Aiman sudah ketawa mengekek-ngekek. Tapi hanya Hakim saja beriak biasa seperti wajah orang tak ada perasaan. Aiman melagakan bahunya dengan Luqman. Luqman berhenti dari ketawa. Aiman melarikan anak matanya ke arah Hakim dan Luqman faham dengan isyarat Aiman itu. Dia turut melihat Hakim kawannya yang dari tadi diam saja.
“Kau sabar bro, aku tahu kau penat baru balik dari Indon dan terus ke sini. Nanti aku marah si Nazim tu lambat sangat bersiap.” Luqman yang dikenali sebagai seorang yang ceria itu cuba mengambil hati kawan karibnya itu. Takut juga Hakim ini terus saja balik.
“Jangan risau, aku okey lagi.”
“Nasib okey, aku takut juga kau balik je kalau dah tak tahan menunggu ni.”
“Ciss, tak mukinlah. Dengan kawan aku boleh bawa sabarlah bro.” Tergelak kecil Hakim di hujung ayatnya.
“Huh tu pengantin dah sampai. Berseri-seri muka Nazim ni. Iyalah malam ni dapat hadiah.” Aiman berdiri tegak setalh dia nampak susuk tubuh pasangan raja sehari itu.
Tetamu yang lain semua berdiri meraikan pasangan pengantin yang ingin dipersandingkan di atas pelamin. Tepukkan gemuruh kedengaran di dewan yang ditempah khas untuk majlis perkahwinan Nazim dan Ayu.
“Ehh Ina!” tegur Luqman ke arah gadis yang berkebaya kuning dan bersangul rambutnya. Ya, Luqman pasti itu adalah Afina kenalan lamanya.
Afina yang sedang melangkah lenggang-lenggok itu terhenti langkahnya apabila terdengar suara seseorang menyebut nama panggilannya. Dia turut memandang ke arah suara itu.
“Luqman?” Afina meminta kepastian. Luqman mengangguk sambil tersenyum. Hakim dan Aiman hanya melihat saja drama di depannya itu.
“Lamanya tak jumpa kau beb. 7 tahun tu.” Afina yang jenis bersikap selamba itu terus saja mendekati Luqman kawan lamanya itu.
“Nor, kau pergi sana dulu. Fira call aku tadi katanya sekejap lagi dia sampai.” Afina bersuara kepada kawannya yang bernama Nor. Nor mengangguk dan sebelum pergi, dia turut tersenyum ke arah kawan Afina itu sebagai tanda berbahasa.
“Kerja mana kau sekarang?” mereka mula berbual-bual.
“Di sini, di tanah tumpahnya darahku. Baru 2 tahun aku ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Melaka.” ujar Luqman menjawab pertanyaan Afina.
“Fuhhh, bangga gila aku dengan kau. Kira hebatlah kalau dah uruskan kes jenayah dadah ni. Ehh ni Aiman kan?”
“Kenal pun kau. Ingatkan nampak Si Luqman je, aku tak nampak!” Aiman yang berdiam dari tadi pun bersuara seakan merajuk.
Afina dan Luqman ketawa mendengar rajuk Aiman itu.
“Luqman tegur aku dulu. Kau tu diam macam orang hilang suara pula tadi. Tak berubah betul wajah korang ni.” Ya Afina memang rapat dengan mereka ni. Afina ini seorang gadis yang lebih tertumpu dan suka berkawan dengan kaum lelaki. Padanya lelaki ini mudah bergaul.
“Semakin cantik kau ni. Tapi tulah ingat dah berubah. Tak juga kau tutup kepala kau eh?” Aiman yang lebih dikenal sebagai mulut tak berinsurans.
Afina tersentak sikit. Dia pura-pura gelak bagi menutup rasa sentapnya itu.
“Alahai kau ni. Aku aje yang kena dengan mulut tempayan kau eh? Tak ada lain kau nak perli!”
Hakim yang dari tadi hanya mendengar saja perbualan mereka itu tiba-tiba teringatkan seseorang. Bukan baru hari ini saja dia ingatkan gadis itu. Tetapi selama 7 tahun ini dia sering mengingati gadis yang masih bertakhta di hatinya. Rasa bersalah menghuni segenap hati. Apabila mendengar perbualan antara rakannya dengan gadis yang bernama Afina itu, Hakim terimbau kembali 7 tahun yang lepas.
7 tahun yang lepas......
“Maaf sangat wak, saya terkejar-kejar tadi.” Alfira membantu mengutip buku-buku yang terjatuh itu.
“Tak apa. Sikit je ni” balas Hakim yang turut mengutip buku miliknya yang jatuh.
Setelah selesai Alfira turut bangun dan menghulurkan buku tersebut ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu nampak sungguh bercahaya. Ecehh hahaha bercahaya nur lah tu. Biasalah cinta pandang pertama kut!
“Terima kasih.” ucap Hakim sambil tersenyum. Dia merenung seketika gadis yang berada di hadapannya ini. Gadis yang hanya mengenakan kemeja biru gelap dan berseluar jeans dan beralun rambut panjangnya itu. Cantik bisik kecil hati Hakim. Tiba-tiba dia beristighfar sendiri.
Alfira menyelak sedikit rambut yang menutupi matanya itu. Dia turut tersenyum. “Saya minta maaf ya? Nak rush sangat tadi, tu semua nak dilanggar.” Tergelak halus Alfira di hujung ayatnya.
“By the way saya Alfira Hidayah. Panggil Fira je.” Alfira memperkenalkan dirinya. Dia menunduk sedikit tanda hormat. Tengok lelaki depannya ini seperti alim-alim je. Kalau hulur tangan nanti mesti tak bersambut. Buat malu je. Bebel Alfira sendiri.
“Sedap nama dan makna yang baik.” Hakim turut membalas hormat itu.
“Saya Akmal Hakim. Panggil Hakim aje. Saya tak berapa perasan awak sebelum ni. Awak fakulti bahagian mana?” balas Hakim lagi.
“Eh tak la, saya ambil TESL subjek Inggeris. Awak muzik?”
“Aah muzik. Maaf, sibuk-sibuk pula saya nak tanya.” Hakim melihat gadis yang cukup manis dan comel itu.
“Tak apa.” Alfira tersenyum dan entah mengapa satu perasaan muncul. Pertama kali dia ditegur oleh lelaki yang malu-malu kucing itu. Waktu buku lelaki itu jatuh dan dia melihat buku-buku dot dot muzik yang tertera. Dari situ dia agak yang Hakim dari jurusan muzik.
Bermulalah detik perkenalan mereka.
“Hey Kim, termenung pula kau!” Hakim tersentak apabila ditegur oleh Luqman. Dia tersenyum tawar melihat rakan-rakannya itu. Gadis yang bernama Afina juga masih berada di situ.
Boleh terimbau pula awal perkenalan dia dengan bekas kekasihnya. Ya, bekas kekasihnya seorang gadis yang terlalu manis baginya. Lemah lembut orangnya dan mempunyai lesung pipit di pipi kanan. Dia rindu nak tatap wajah gadis itu. Bagaimana agaknya bekas kekasihnya kini? Mungkin sudah berkahwin. Iyalah umur mereka pun kalau diikutkan sudah 27 tahun.
Tapi bila teringatkan bagaimana dia meninggalkan Alfira dulu, dia tak sanggup nak berdepan dengan gadis itu. Dia meninggalkan Alfira demi gadis yang lebih baik. Ya, dia terlalu buta dengan pemikiran inginkan gadis yang sempurna. Padahal Alfira sudah cukup baik untuknya. Hanya kerana perwatakan dan penampilan gadis itu pada matanya kurang baik telah membuatkan dia memilih gadis yang padanya lebih sempurna. Tetapi perhubungan itu putus di tengah jalan kerana dia sendiri tak pernah rasa bahagia seperti mana dia pernah rasa bahagia bercinta dengan Alfira.
Hakim juga telah membuat keputusan untuk terus bekerja di Melaka. Dia minat pada muzik, sejak umurnya 6 tahun. Dia sudah mahir bermain piano. Setelah itu, dia melanjutkan pelajarannya ke Sijil STPM dan dia meneruskan lagi belajarnya di sebuah kampus terkemuka di Kuala Lumpur selama 3 tahun. Dia telah memilih bidang kerjayanya sebagai pengajar muzik. Minat yang mendalam terhadap alat muzik telah membuatkan dia lebih suka dengan apa yang dia pilih.
Tamat saja pengajiannya selama 3 tahun itu, dia telah merantau ke negara seberang iaitu Indonesia. Di sana dia telah mengajar di sebuah kampus di Jakarta sebagai guru muzik. Saja dia mahu cari pengalaman di negara orang. Bising juga mak dia apabila dia memutuskan untuk ke sana. Kini, di Melaka dia telah mendapat tawaran mengajar di Kolej terkemuka juga.
Sejak bila dia bertemu dengan Alfira adalah ketika dia berada di Kuala Lumpur. Tidak sangka juga gadis itu rupanya asal dari Melaka. Dia senang berteman dengan gadis itu dan akhirnya terjalinlah cinta antara mereka. Semakin hari rasa cinta itu tergugat dengan usikan-usikan nakal rakan-rakannya yang selalu menceritakan tentang Alfira. Dia dan Alfira bercinta tanpa pengetahuan sesiapa. Tiada seorang pun yang tahu. Dia mengaku Alfira seorang gadis yang cantik dan dia cemburu kerana Alfira menjadi tarikan rakan-rakan kampus mereka.
“Kau tengok tu Alfira dari kelas Inggeris. Cantik wooo. Wajah je dah cantik dengan tubuh dia cukup sempurna semua sekali. Betul tak?” kata salah seorang rakan Hakim apabila ternampak Alfira melintasi ke arah mereka. Yang lain semua sudah mula befikiran kotor. Hakim diam dan memendam rasa.
Hakim teringat kejadian Alfira yang selalu saja jadi perhatian lelaki. Semakin lama rasa hatinya terhadap gadis itu lumpuh. Dia tidak suka melihat Alfira berpakaian yang boleh mengundang nafsu syahwat jantan gila! Tak adalah teruk pemakaian gadis itu. Tetapi lebih elok kalau dilonggarkan sedikit. Pernah sekali Hakim menegur tetapi Alfira hanya buat tidak tahu.
1 tahun sudah selepas itu, muncul pula gadis yang cukup elok pada mata Hakim. Ya, gadis yang manis bertudung litup. Semakin hari mereka semakin rapat dan Hakim membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Alfira. Tidak sangka perpisahan itu telah menyebabkan Alfira mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Hakim rasa bersalah tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa dan dia meneruskan hubungannya dengan gadis yang telah mencuit hatinya itu.
Hakim tidak tahu kenapa dengan hatinya. Dia seperti kurang bahagia, tidak seperti sewaktu dia bersama dengan Alfira dulu. Perhubungan itu juga tidak bertahan lama kerana gadis itu pergi memilih lelaki yang lain. Ya, dia telah melukakan Alfira dan kini balasan yang sama dia terima.
“Sorry, sorry. Jomlah kita jumpa Nazim. Dia dah selesai makan bersanding tu.” Hakim cuba mengalih topik. Nasib baik juga Nazim sudah selesai makan bersanding saat itu.
Mereka bertiga turut bangun untuk berjumpa dengan Nazim rakan mereka yang sedang menjadi raja sehari pada majlis hari ini. Afina juga turut bangun dari situ.
“Hey Ina, sorry dear I’m late.” Alfira yang nampak saja susuk tubuh Afina itu terus mendekati Afina. Dia tidak mengambil tahu dengan orang sekeliling yang berada di situ. Yang dia tumpukan sekarang adalah Afina.
“Kau ni lambat tau. Dah jom ikut aku. Nor ada dekat sana.” Afina memaut lembut bahu kawannya Alfira.
Alfira masih menunduk mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Mana perginya lipstik aku ni. Inilah jadinya kalau lambat.
“Aku memang tadi nak tutup kedai awal. Tapi ada pelanggan tu yang banyak pula cekadak dia nak suruh buat itu ini. Itu yang lambat. Apa orang kata coustomer always right.” bebel Alfira masih dalam keadaan menunduk mencari barang di dalam begnya.
Afina menggelengkan kepalanya. Alfira kawannya memang begitu, banyak mulut kalau bercakap. Luqman dan Aiman hanya melihat saja gadis kecil molek yang berbaju kurung oren dan berselendang krim itu. Terpegun seketika dua orang jejaka tersebut.
Kenapalah Ina tak beritahu aku yang dia ada kawan cantik dari syurga. Bisik Aiman sendiri.
“Banyak betul kerja hari ini. Tapi itu yang best. Untung pun masuk, kan? Maaflah eh Ina aku lambat. Nor pun mesti marah aku. Aku ingat tadi nak jemput dia tapi tak sempat.” Alfira bersuara lagi. Dia tidak perasan mata-mata yang sedang merenungnya. Termasuk Hakim yang dari tadi seperti patung.
Hakim terkejut apabila seorang gadis tiba-tiba menghampiri ke arah mereka dan menegur Afina. Dia pasti itu adalah Alfira. Ya, Alfira bekas kekasihnya. Matanya tidak lepas dari memandang gadis itu. 7 tahun tak menatap mata dan Alfira terlalu cantik baginya. Cantik sangat! Dia melihat saja keletah gadis itu. Alfira masih tidak berubah dengan sikapnya yang banyak cakap.
“Sorry beb. Kawan aku Alfira ni memang macam ni. Gelabahnya lain macam.” Afina meminta maaf apabila baru dia perasan yang semua jejaka itu menatap pandang ke arah kawannya Alfira.
“Asal kau tak cakap kau ada kawan cantik turun dari syurga ni?” bisik Aiman di telinga Afina. Afina mencebik geram. Dah mulalah tu perangai gatal Aiman.
“Tak payah nak berangan okey. Dia dah ada kekasih yang lebih kacak dari muka tempayan kau” balas Afina selamba yang turut bernada berbisik.
“Tertinggal agaknya. Jomlah Ina. Eh mana Nor?” Alfira mengangkat wajahnya memandang Afina. Dia mencari pula kawannya lagi seorang iaitu Nor. Matanya melilau ke kiri dan kemudian ke kanan dan dia terkejut seketika apabila terpandangkan wajah lelaki itu.
Hakim. Bisik hati Alfira. Mata mereka saling bertaut lama sehingga membuatkan Luqman, Aiman dan Afina pelik.
“Agak-agak weh kau nak tenung lama-lama pula! Dah jatuh cintalah tu.” usik Luqman di sebelah Hakim. Jarang Hakim bersikap begitu. Memang jaranglah ya Hakim nak bersikap tenung perempuan lama-lama.
Hakim berdeham sedikit. Alfira kelipkan matanya berkali-kali seperti baru tersedar.
“Jomlah Fira. Nor dah tunggu tu. Makin lama kau kat sini karang semua mata budak ni juling!” sindir Afina. Tahulah kawannya Alfira ni seorang gadis yang ayu tapi beragak-agaklah sikit nak tenung lama-lama.
Alfira yang tadi banyak bercakap terus diam saja. Dia hanya mengangguk dan mengikuti langkah Afina.
Hakim masih melihat pemergian Alfira. Masih ada lagi ke saya dalam hati awak Fira? Hakim mula bertanya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan