Dia Mantan Kekasihku (Sinopsis)

SINOPSIS

Bahagia apabila dapat melupakan cinta masa lalu. Bertahun rasa itu mencengkam hati Alfira dan kini dia ditemukan dengan cinta barunya, iaitu Afendi. Afendi merawat segala luka, Afendi yang tak pernah putus asa cuba meraih cintanya.
ALFIRA HIDAYAH- Dia sayang Azizi Afendi kerana lelaki itu telah merawat luka yang diberi oleh Akmal Hakim. Bertahun dia meratapi kekecewaan yang dialami dan dia berharap Azizi Afendi adalah jodohnya yang ditunggu selama ini. Jodoh yang akan melindungi dirinya.
AKMAL HAKIM- Dia bersalah kerana terlalu taksub untuk memilih gadis yang sempurna. Kini dia sendiri merana dengan keputusan yang telah dia buat dulu. Saat dia mahu mengapai cinta itu kembali, sayang gadis itu sudah ada kekasih hati baru. Dia simpan perasaan, pendam rasa dan semakin lama egonya semakin menebal untuk luahkan.
         7 TAHUN berlalu dan pertemuan mereka semula membuatkan hati masing-masing tergugat. Alfira yang sudah ada kekasih hati semakin keliru dan Hakim kecewa melihat bekas kekasihnya sudah ada pengganti. Lagi mengharukan keadaan apabila Alfira adalah anak angkat kepada Puan Sadiah iaitu mak kepada Hakim!
“Kalau Fira belum berpunya dah lama mak suruh kamu kahwin dengan dia.”- PUAN SADIAH
“Buat apa nak satukan Hakim dengan kekasih orang ni. Tak baiklah mak.”- HAKIM
         Macam mana nak lupakan Alfira kalau Alfira dan dia seperti magnet yang menarik agar mereka selalu bersama? Hakim buntu dan dia cuba melawan perasaannya itu. Alfira pula semakin hari berfikir yang dia tidak layak bercinta kerana setiap kali bercinta pasti akan putus begitu saja. Perhubungan dia dengan Afendi juga semakin rapuh kerana satu masalah yang muncul. Perlukah dia melepaskan lelaki yang dia cinta? Dulu dia dengan rela membiarkan Hakim meninggalkan dia dan kini tak akan dia nak lepaskan Afendi juga?
         Tak semua apa yang kita rancang Allah akan mengikut kehendak kita. Rupanya Allah dah aturkan jalan hidup yang lain untuk mereka.
“Mak dah macam mama kandung saya, apalah sangat permintaan kecil dia ini nak dibandingkan dia menyayangi saya seperti anaknya selama ini. Maybe we were destined to become husband and wife. We try to implement her request. Kita cuba okey, kita cuba.”- ALFIRA
“Jangan fikirkan sangat perasaan mak saya. Your feeling are more important now. You still love Fendi right? Awak nak ke kahwin dengan orang yang awak tak cinta lagi dan bersama dengan lelaki yang tak cintakan awak? Marriage is not to try. Perkahwinan bukan seperti mencuba rasa makanan Fira!”- HAKIM
         Benarkah tiada perasaan cinta lagi dalam hati, apabila masing-masing meletakkan ego dalam cinta mereka? Bolehkah cinta mantan kekasih bersemai kembali? Cinta atau ego yang mana lebih kuat mengatasi?

1 ulasan:

wanano berkata...

Hubungi sy 0183923475 utk bincang nak buat drama radio dari cerpen awak ni.. TQ

Catat Ulasan