Dia Mantan Kekasihku (Bab 7)

BAB 7

HAKIM mengejar pintu lif itu dari tertutup. Dia menghalang pintu lif itu dengan tubuhnya agar tidak tertutup. Kini mata mereka bertembung. Alfira menjeling geram dan Hakim hanya beriak biasa. Hanya ada 3 orang saja di dalam lif itu, termasuk Hakim dan Alfira.
          Tidak sampai beberapa saat pintu lif yang nak tertutup itu, ditahan oleh seorang gadis dan semakin ramai pula yang masuk ke dalam lif ini. Hakim yang berdiri sebelah Alfira terpaksa ke belakang untuk memberi manusia pengacau yang lain itu ruang. Alfira kini berada di depannya.
          “Awak balik dengan saya malam ni.” bisik Hakim di belakang telinga Alfira yang dilitupi tudung itu.
          “Saya boleh balik sendiri! Saya tak nak tumpang awak!” Alfira berbisik juga. Tetapi nada suaranya seakan keras kerana masih lagi marah.
          “I don’t care Fira. You must listen to me. Or.........” Hakim tidak menghabiskan kata-katanya.
          “What do you mean? Or what?” Alfira tidak puas hati dengan kenyataan lelaki itu. Nak ugut-ugut pula dah!
          “Or I will do something that you never imagine it.” Hakim tersenyum sinis di belakang.
          “Jangan harap saya akan termakan dengan ugutan awak, Kim.” Alfira tergelak kecil. Sengaja dia ketawa sebegitu rupa untuk panaskan api kemarahan Hakim.
          Razif yang bersebelahan dengan Alfira menjeling pelik ke arah Alfira. Dia perasan yang gadis itu sepertinya sedang berbisik dengan Hakim.
          “Awak tak perasan saya ke Fira?” tegur Razif. Alfira menoleh ke sisi kirinya. Dia tersenyum melihat Razif di situ.
          “Maaf saya tak perasan awak tadi. Dah nak balik ke?”
          “Aah dah nak balik ni. Lagi pun saya dekat je. Saya tinggal dekat Shah Alam.”
          “Oh yes, I see.” Alfira terpaksa menghimpit ke arah Razif kerana semakin ramai pula orang yang memasuki lif ini. Kalau boleh ke semua tingkat ni ada saja orang yang masuk.
          Hakim menjeling geram. Sakit hatinya bila Alfira elok saja berbual-bual dengan Razif.
          Bertambah geram apabila tubuh Alfira dan Razif dah bercantum disebabkan lif yang semakin penuh dengan orang.
          “Awak balik dengan siapa?”
          “Saya balik dengan kawan saya.” tipu Alfira. Terpaksa cakap balik dengan kawan. Padahal dia belum tahu lagi dengan siapa dia akan tumpang balik. Mungkin dia boleh bermalam di sini dan pulang esok. Nantilah dia fikir, bila sudah tiba di lobi bawah nanti.
          Razif tak tentu arah apabila dia semakin rapat dengan gadis yang sudah lama dia idamkan. Dia ingat lagi sewaktu perkenalan dia dengan Alfira di kolej, Alfira memang seorang gadis yang cantik dan mempunyai tubuh yang mempersona. Walaupun, orangnya tidaklah setinggi dan selangsing model.
          Razif semakin rapat menghampiri Alfira. Dia kini dapat menghidu bauan perfume gadis itu. Razif memandang ke kiri dan depannya. Sepertinya orang di dalam lif ini leka dengan hal sendiri. Dia mengimpit lagi ke kanan. Kini, terasa pergelangan tangan Alfira di tepi kakinya.
          Alfira menoleh memandang Razif. Dia melihat Razif yang hanya memandang ke hadapan. Dia sebenarnya mahu meminta Razif agar ke tepi sedikit. Dia rimas apabila Razif dengannya sudah betul-betul dekat nak bercantum pun ada. Alfira mengalihkan tangannya yang berada di sisi kocek seluar Razif itu. Dia mengenggam erat kedua tangannya.
          Razif dalam diam cuba mencapai tangan Alfira. Dia sepertinya mahu melonjak kegembiraan apabila dia dapat mencapai tangan gadis itu. Sudah lama dia menantikan saat ini. Bertahun dulu dia menahan rasa ingin menyentuh Alfira. Apabila melihat lenggok gadis itu, memang membuat adrenalin dia tidak tenteram.
          Alfira terkejut dan dia terus menarik tangannya kembali.
          “Awak dah kenapa ni?” Alfira mula bertanya kepada Razif.
          “Kenapa?” Razif berpura terpinga-pinga.
          “Awak cuba pegang tangan saya.”
          “Ya ke? Maaf mungkin saya tak perasan sebab dah ramai sangat orang ni.”
          Alfira malas nak ambil pusing. Dia mengiyakan saja kata-kata Razif itu.
          Kali ni Razif tidak berpuas hati. Dia cuba lagi mendekati Alfira. Kali ini dia mengesel-geselkan tepi punggungnya dengan tepi tubuh Alfira.
          Hakim yang berada di belakang terus menarik pergelangan tangan Alfira. Dia mendekatkan wajahnya di tepi telinga Alfira yang bertudung itu.
          “You can make a choice Fira. Awak nak dekat dengan saya atau awak pilih nak kena raba dengan lelaki keparat tu?!” Terkejut Alfira mendengar soalan cepumas Hakim. Dia cuba meleraikan genggaman Hakim yang berada di pergelangan tangannya yang dilitupi dengan dressnya itu.
          “Awak lepaskan la saya! Sama je awak berdua ni.” Ujar Alfira berbisik. Kini terlepas juga genggaman dari Hakim itu.
          Alfira menoleh ke arah Razif. Dia memandang lelaki itu.
          “Awak boleh tolong jauhkan sikit diri awak dari saya? Saya kurang selesa sebab rimas.”
          “Saya terpaksa berapat dengan awak. Dalam lif ni penuh Fira.” Ujar Razif selamba.
          Alfira mendengus geram. Dan tanpa dia sedar, terkejut dia rasa apabila tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari arah belakang dan terus saja dia terdorong ke bidang dada Hakim.
          “Saya lebih rela berdosa dari saya tengok dia raba awak!” ujar Hakim berbisik di telinga Alfira.
          Alfira terkedu. Dia menelan liurnya. Bauan maskulin Hakim terhidu dengan deria baunya. Jantung yang berdegup biasa kini berdegup tidak selari.
          Hakim menunduk ke bawah merenung saja Alfira yang sepertinya terdiam. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan tangannya dari pinggang gadis itu.
          “Jangan dekat dengan dia. Biar keadaan kita macam ni. Kalau tak saya akan peluk awak lebih dari tadi!” Amaran dah keluar.
          Alfira melihat tangan Hakim yang sudah tidak berada di pinggangnya. Ishh, memang kerja gila Hakim ni. Dia pun terpaksa juga bersandar begitu di dada lelaki ini sehingga akhirnya pintu lif terbuka.
          Tinggg
          “Awak balik dengan siapa?” tanya Razif bila mereka semua sudah melangkah tiba di lobi hotel itu.
          “Dia balik dengan aku.” Pantas Hakim menjawab.
          “Kau hantar dia ke Kim?”
          “Yes, why? Can’t?” lagak Hakim biasa.
          “Taklah, aku tanya je bro.”
          “Kami sehaluan nak pulang ke Melaka. Itu yang saya tumpang dia.” Alfira menerangkan kepada Razif.
          Razif mengangguk dan kemudian dia meminta diri untuk pulang dahulu.
******************

SUASANA di dalam kereta itu senyap. Radio pun tidak dihidupkan. Hakim hanya dengan pemanduannya dan Alfira hanya dengan kebisuannya.
          Dari tadi Alfira berharap yang Afendi akan menghubungi dirinya. Tetapi tidak. Dia hanya merenung lemah melihat telefonnya itu.
          Hakim menjeling sekilas melihat Alfira. Tunggu cinta hati dia call lah tu. Bebel Hakim sendiri.
          Tiba-tiba kedengaran ringtone telefon Alfira berdering. Alfira melihat skrin telefon tersebut dan lantas senyuman terukir di bibirnya.
          “Ya, saya on the way nak balik ni.” Beritahu Alfira kepada Afendi yang berada di hujung talian itu.
          Hakim mencebik meluat. Senyum sampai ke telinga Alfira tu. Mesti Afendi yang call.
          “Okey wak. Jaga diri juga ya. Jangan kuat sangat bekerja tu. Rehat pun kena cukup.” Sesudah Alfira memberi pesan, dia terus mematikan panggilan tersebut.
          “Fendi call?” tanya Hakim.
          “Aah dia yang call.” Jawab Alfira pendek.
          Mereka berdua diam seketika. Lebih kurang 10 minit juga.
          “Awak cintakan Fendi?”
          Alfira terus menoleh ke arah Hakim yang sedang memandu itu. Soalan apa pula dah ni.
          “Dah tentu saya cintakan dia. Dia kekasih saya.” Alfira menjawab dengan rasa pasti.
           “Pasti sangat awak jawab soalan tu.” ujar Hakim selamba. Mata masih terarah ke depan.
          “Maksud awak apa?”
          “Awak terlalu pasti yang awak cintakan Fendi. Ya, awak kekasih dia. Tapi awak lupa ke yang dulu kita juga sepasang kekasih dan saya tak cintakan awak?”
          Alfira terkejut mendengar ungkapan Hakim. Kenapa perlu Hakim ungkit kembali kisah ini? Bukan ke mereka sudah bersetuju untuk melupakan semuanya.
          “Jadi, awak nak cakap yang kemungkinan Fendi tidak cintakan saya seperti mana awak sebelum ni yang memang tak pernah cintakan saya?”
          Alfira menahan rasa sebaknya. Dia tidak boleh menangis.
          Hakim tidak tahu kenapa dia sengaja mahu menguji Alfira. Dia tahu kata-katanya ini terlalu kejam. Itu semua tipu Fira. Andai kau tahu yang dah lama aku pendam rasa cinta yang selama ini aku tak pernah sedar. Saat aku nak meraih kau kembali, kau sudah pun ada Afendi. Luah Hakim sendiri berperang dengan hatinya saat ini.
          “Ya, mungkin dan ya, tidak. Tapi kita tak tahu hati orang kan?”
          “Can you stop doing all of this to me? Kadang, I don’t know what wrong with you. I try.....I try my best to being a good friend but just look at yourself first. Kata-kata awak selalu menyinggung perasaan saya!”
          Hakim diam dan meneruskan saja pemanduannya. Banyak sangat yang saya tak puas hati Fira. Saya bencikan diri saya. Kenapa saya lepaskan awak dulu? Itu satu kesilapan saya. Jujur hati Hakim sendiri. Dia tak boleh melepaskan kata-kata itu di hadapan gadis ini.
          “Awak memang nak bersama dengan Afendi?” Hakim bertanya lagi. Kata-kata Alfira itu dibiarkan pergi begitu saja.
          Alfira menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan sikap Hakim saat ini. Macam-macam soalan Hakim bangkitkan waktu ni, kenapa? Hakim nak apa ni? Dia rimas tau!
          “Yes, I do. Saya nak bersama dengan dia untuk seumur hidup saya. Saya sayangkan dia. Paling penting dan paling saya yakin..... Dia tidak akan menyakiti saya seperti apa yang pernah awak buat terhadap saya 7 tahun yang lepas. I’m very sure he really loves me. Tolong buang fikiran ragu awak tu. Dia bukan awak dan awak juga tak boleh jadi diri dia!”
          Puas, ya Alfira terlalu puas meluahkan rasa ini. Ambil! Rasakan ini! Dia memang nak sangat sakitkan hati Hakim dan inilah, kata-kata ini yang telah dia lemparkan untuk Hakim. Selama ini, dia menahan sendiri dan dia berpura seperti tidak ada apa-apa. Hakim sendiri cari masalah, padahal mereka sudah saling minta maaf. Hakim yang pandai-pandai jolok sarang tabuan.
          Hakim terkedu. Tapi dia cuba berlagak biasa. Lelaki.... kan ego!
          “Baguslah kalau macam tu. Saya harap awak bahagia dengan dia. Dan saya harap juga dia tak akan sia-siakan awak seperti mana saya pernah sia-siakan awak dulu.”
          “Sudah tentu!” balas Alfira geram. Dia terus palingkan wajahnya ke cermin tepi penumpang.
          1 jam berlalu. Hakim meriuk-riukkan badannya apabila berhenti di depan lampu isyarat yang berwarna merah. Lagi setengah jam sampailah ke Ayer keroh Melaka. Hakim menoleh sekilas ke arah Alfira. Gadis itu tidak tidur pun. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
          “Awak tidur aje. Lama lagi ni nak sampai.”
          “Tak apalah. Saya tak mengantuk.” balas Alfira. Matanya merenung ke skrin telefonnya.
          Hakim menekan pedal minyak setelah lampu isyarat berwarna hijau.
          “Tidur je. Jangan risau, saya tak akan buat macam apa yang saya buat dalam lif tadi. Saya tengok muka awak ni pun dah letih sangat.”
          Alfira bukan takut nak tidur. Dia pun sudah tidak fikirkan perkara dalam lif tadi. Dia tak tidur sebab mahu menemani Hakim memandu. Walaupun, mereka tidak berbual sekalipun sekurangnya dia dapat tengok-tengokkan lelaki ini memandu. Takut juga Hakim mengantuk ketika bawa kereta ni.
          “Tak apa.”
          “Awak dah call ayah awak, beritahu yang awak dengan saya?”
          Alfira menoleh ke arah Hakim dan mengangguk. “Dah. Saya hantar mesej je.”
          “Okey baguslah. Awak tidur. Nanti dah sampai saya kejut awak.” Hakim kasihan melihat Alfira. Dia nampak jelas keletihan di sebalik wajah gadis itu.
          “Tak apa. Saya temankan awak.”
          “Ini awak panggil teman? Kalau teman kena berbual-bual.”
          “Nak berbual apa je? Okey apa, saya tak tidur. Sekurangnya saya boleh tengokkan awak drive ni. Takut juga ketika drive awak tertidur.”
          “Jangan risau. Tak pernah lagi terjadi.”
          Ecehh berlagak je. Geram pula Alfira rasa.
          “Saya buka radio boleh? Tak adalah bosan sangat nanti.” Alfira meminta izin. Ini kereta Hakim dan tak akan sesuka hati dia nak buka sendiri.
          Hakim melihat sekilas ke arah Alfira. Kemudian dia terus fokus kepada pemanduannya.
          “Ehhh tak payah. Saya kalau dengan awak ni memang tak suka buka radio. Biar je senyap.”
          “Dasar kedekut!” Alfira geram. Hakim sudah ketawa mengekek-ngekek.
          Pelikkan? Hakim sendiri tidak tahulah ada kala hubungan dia dengan Alfira akan tegang dan tiba masa akan baik. Macam sekarang ini boleh gurau-gurau lagi. Alfira juga pelik, baru je bertegang urat dengan si Hakim. Tapi sekarang elok, boleh lagi dia tarik senyuman.
          Hakim sengaja je kata begitu. Padahal dari tadi memang dia tak mahu on kan radio itu. Biar senyap saja pun tak apa. Dapat dengar hembusan nafas Alfira tu kira dah hilang sunyilah tu. Hakim mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan jarinya. Dia mula bernyanyi senada lembut dan cukup untuk mereka berdua dengar.

Same bed but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio but it don’t sound the same
When our friends talk about you
All it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little
When I hear your name
It all just sounds like oh
Too young too dumb to realize
That I should’ve bought you flowers
And held your hand
Should I gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby’s dancing
But she dancing with another man.
 
        Alfira terdiam. Dia hanya mendengar dan menghayati lagu yang dinyanyikan oleh pengajar muzik itu. Dia melihat sekilas Hakim yang masih memandu sambil menyanyi. Hakim yang dalam keadaan santai sambil mengetuk stereng kereta itu dan kepalanya mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan.

My pride, my ego, my needs, and my selfish ways
Caused the good strong woman like you
To walk out my life
Now I never, never get to clean up the mess I made
And it hunts me every time I close my eyes
Although it hurts
I’ll be the first to say that I was wrong
I know I’m probably too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know
I hope he buys you flowers
I hope he holds your hand
Give you all his hours
When he has the chance
Take to every party
Cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done
When I was your man..
          “Amacam? Tak perlu buka radio, kan? Saya menyanyi lagi sedap.” ujar Hakim berlagak.
          Alfira tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya. “Jangan nak perasan lebih!”
          Hakim tersenyum. Lagu yang dia nyanyikan ini dalam maknanya. Entah Alfira sedar atau tidak dia sendiri tidak pasti.
         Tiba-tiba telefon Hakim berbunyi. Dia mencapai earphone yang sememangnya ada di sebelahnya itu dan disumbat ke telinganya. Dia menyentuh skrin itu dan terus bersuara dengan talian di hujung sana.
          “Hello. Siapa ni?” tanya Hakim. Dia tidak sempat untuk melihat nama pemanggil itu.
          “Oh Luq. Kenapa?” Sesekali Alfira melihat wajah Hakim yang sedang berkomunikasi di dalam talian itu.
          Wajah Hakim berkerut ketika ini. Dia melihat Hakim melihat jam di dashboard kereta itu.
          “Aku dari KL ni. Otw nak balik Melaka. Kereta kau rosak kat mana?”
          Alfira mendengar saja perbualan dan kata-kata Hakim itu. Agaknya kereta kawan Hakim rosak.
          “Kau tunggu sekejap. Ini dalam 15 minit aku agak aku boleh sampai ke MITC tu. Okey, bro tunggu aku.” Hakim terus menarik earphone dari telinganya. Dia menoleh ke arah Alfira sekilas.
          “Kereta kawan saya rosak dekat MITC. Saya ambil dia dulu la baru hantar awak balik, okey? Senang nanti tak payah nak patah balik. Awak tak kisah?”
          “Tak apalah kalau macam tu. Ini pun kita nak lalu dekat MITC tu kan. Jangan risaukan saya. Saya okey je.”
          “Aah. Lagipun dia pun tinggal dekat Bukit Katil juga ni. Senang nanti hantar sekali dengan awak.”
          “Okey je.” Balas Alfira ringkas.
*****************

“TERIMA KASIHLAH Hakim tolong hantarkan Fira. Nasib kamu ada ni tolong hantarkan dia. Tadinya Fendi yang ambil dia kat rumah.”
          “Tak ada apa sangatlah pak cik. Dah sekali nak balik tu tumpang je. Lagipun, bukan saya tak kenal pun dengan Fira. Dah terlebih kenal.” balas Hakim. Kemudian dia meminta diri untuk balik dulu setelah menghantar Alfira pulang.
          Setelah dia masuk saja ke kereta. Terus saja dia disoal soalan cepumas oleh Luqman.
          “Kau ni dengan Alfira ada apa-apa ke?”
          “Dah sudahlah tu. Dia anak angkat mak aku. Tu jelah.”
          “Kau ada cakap dengan aku kau pergi reunion dekat KL dan kau pergi dengan Alfira?”
          Ini yang Hakim malas nak melayan.
          “Tak, aku tak pergi dengan dia. Dia datang ke sana dengan kekasih dia yang kita jumpa dekat wayang hari itu. Then, aku tumpangkan dia balik sebab Afendi tu ada hal.”
          “Jadinya, kau dah kenal lama la dengan Alfira, kan? Sebab kau satu kolej dengan dia dulu.”
          Hakim mengangguk sambil meneruskan pemanduannya.
          “Rugi jelah kau tak tackle dia dulu.”
          “Dia ex aku bro. Alfira ex aku.” Datar suara Hakim.
          “WHAT?!!!” Bergema satu kereta mendengar suara Luqman itu.
          “Jangan nak tuduh aku tipu pula. Dia ex aku je bukan kekasih aku.”
          “Tapi sekurangnya dia pernah jadi milik kau. Asal putus?”
          “Sebab kebodohan aku lepaskan dia dan memilih perempuan lain.” Balasan selamba gitu.
          Hakim gelak sinis setelah menjawab pertanyaan Luqman. Dia dengan Luqman memang rapat dan ada sesetengah perkara dia akan ceritakan pada kawannya itu. Dia dengan Luqman sejak sekolah rendah lagi berkawan.
          “Itu memang bodoh! Tapi aku tak boleh kata apa, mungkin ada sebab kenapa kau buat macam tu. Apa sebab dia?”
          “Sebabnya adalah aku tak sedar lagi masa tu, aku cintakan dia. Aku terlalu inginkan gadis yang sempurna pada mata aku.”
          “Ehhh pelik betul aku. Dia tak cukup sempurna ke kat kau?”
          “That why aku cakap aku bodoh dulu. Buta sebab tak sedar semua tu. 7 tahun aku pendam rasa bersalah ni dan rasa cinta ni. Bila aku jumpa dia, aku fikirkan ada peluang. Tapi tidak. Dia dah ada Afendi. Cuma masa tu aku masih lagi rasa nak cuba dapatkan dia semula. Tapi hari ini aku mengalah. Dia cintakan Afendi. Dan tak mungkin aku boleh dapatkan cinta dia kembali.”
          Ya, hari ini Hakim terpaksa menutup impian dia. Dia terpaksa buang rasa ingin mendapatkan Alfira kembali. Alfira sudah mengaku kepadanya yang gadis itu memang benar-benar cintakan Afendi. Untung betul Afendi!
          “Patutlah masa dekat majlis Nazim tu tak berkelip mata kau pandang dia. Aku terpegun juga tengok dia. Tapi ada jugalah mata aku ni berkelip. Mata kau tu memang tak berkelip-kelip dah. Macam mati terkejut aku tengok!”
          Hakim ketawa mengekek-ngekek. Tak guna punya kawan!
          “Sabarlah bro. Biasalah tu, kecewa mesti ada dalam percintaan.”
          “Ini balasan aku Luq, sebab lepaskan dia macam tu je. Aku dapat rasa apa yang Fira rasa. Aku memang berhak dapat balasan ni.”
          “So kau nak buat apa sekarang? Just try to get someone new?”
          “Hahahaha gila. Aku bukan macam kau mudah nak buang rasa dalam hati ni. Cuma aku akan cuba jarakkan diri aku dari dia. Tapi tu susah sikit sebab dia anak angkat mak aku. Aku perasan juga dia macam kalau boleh tak nak datang rumah mak. Tapi kau faham-fahamlah Puan Sadiah tu macam mana. Alfira tu datang sekadar nak jaga hati mak. Aku tahu tu. Tapi aku cuba juga buang rasa cinta ni. Salah kalau cintakan hak orang ni. Lagipun, tadi dia ada beritahu aku yang dia memang cintakan Afendi dan dia memang nak bersama dengan lelaki tu. Jadinya, aku memang tak ada harapan lagi.”
          “Baguslah kalau kau dah move on. Lupa nak maklumkan. Aku tak lama lagi kahwinlah. Dah bising dah mak aku tu. Aku pun serahkan je jodoh aku dekat mak aku. Bukan main suka lagi dia. Lusa dia kata nak hantar meminang gadis tu. Entah macam mana rupa pun aku tak tahu. Asal baik sikap okeylah. Tapi kalau boleh nak juga yang sedap mata memandang.”
          “Jangan risaulah. Pilihan mak ni biasanya bagus.” Hakim memberi semangat kepada Luqman.
          “Aku tak pernah jatuh cinta walaupun ramai perempuan aku pernah berkawan. Apa rasanya jatuh cinta ahh Kim?” tanya Luqman ingin tahu. Ya, dia belum pernah lagi setakat ni jumpa gadis yang boleh buka pintu hati dia. Dia selama ni hanya dengan kerja saja.

          “Jatuh cinta ni akan buat otak waras kau hilang.” Itu saja balasan dari Hakim dan Luqman terdiam dan cuba hadam dalam diam kata-kata kawannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan