BAB 8
ALFIRA membawa
adik bongsunya Fisha, menemani dia untuk membayar bil telefon. Setelah itu, mereka
masuk ke dalam kedai menjual telefon. Handphone
milik adiknya kata dah rosak, terpaksalah beli baru. Ini nasib baiklah
adiknya balik cuti. Adiknya ini belajar di UITM Rembau.
“Yang nilah boleh tak long? Cantiklah
ni.” pujuk Fisha. Dia sudah membuat wajah minta simpati.
Alfira melihat adiknya sambil
menjeling tajam. Geram betul dengan adik ni tau. Rasanya baru setahun tukar
telefon dan ni nak tukar lagi. Apa yang rosak tak tahulah. Dia sendiri pun
rasanya dah lama guna handphone ni.
Elok saja.
“Along ni jeling-jeling pula dah.
Adik minta tolong beli ni je, kan?”
Fisha tahu alongnya ini seorang yang
lembut hati. Tengok saja garang dan suka membebel. Along dia ni marah je lebih.
Nanti belikan juga. Tak percaya tengoklah.
“Lepas ni rosak lagi sekali adik beli
sendiri. Tak pun gunalah public phone tu.
Ni last warning okay and please cermat
sikit. Kita ni bukan anak orang kaya.” Bebel Alfira ke arah Fisha. Fisha hanya
diam dan mengangguk saja. Dalam hati sudah terbit rasa syukur.
“Baiklah along. Adik dengar ni” balas
Fisha. Kan dah kata along dia bagi juga nanti. Ecehh, last warning konon. Dah selalu along dia bagi kata last warning, nanti belikan juga.
Hihihi.
Sesudah mereka berdua selesai
berurusan di kedai itu, Alfira singgah pula di sebuah butik untuk melihat
pakaian yang tergantung di situ. Dah 2 minggu dia tidak berjumpa dengan Hakim.
Tetapi baru 3 hari lepas juga dia berjumpa mak di kedainya itu.
Mak datang ke kedainya bersama dengan
abah. Katanya, saja rindu nak jumpa. Ya, Alfira tahu sejak akhir-akhir ini dia
cuba jauhkan diri dari mak. Bukan dia nak jauhkan diri dari mak. Sebenarnya,
dia nak jauhkan diri dari Hakim. Dia tak selesa bila asyik berjumpa atau
terserempak dengan lelaki itu. Menjauhi dari Hakim bermakna kena jauhi mak.
Bukan bermaksud tak mahu jumpa terus
dengan mak angkatnya itu. Sesekali sajalah jumpa, jangan selalu macam dulu.
Kalau dulu rasanya seminggu ada juga dia singgah jumpa mak dalam 3 kali.
“Fira ada kat sini.” Alfira terus
menoleh ke belakang. Mak?!
“Eh mak. Ya, saja Fira tengok-tengok
baju dekat sini.” Jelas Alfira. Dia tunduk salam tangan tua itu. Kemudian dia
mencubit pipi lembut cucu mak. Anak Kak Rita iaitu Puteri.
“Rindu mak dekat kamu.” ujar Puan Sadiah.
Dia sudah agak gadis muda yang dari jauh itu kelihatan seperti Alfira. Puan
Sadiah terus mengikut gadis itu sehinggalah ke dalam butik ini. Dan memang
betul gadis itu adalah anak angkatnya.
“Ya, maaflah Fira sibuk sikit. Ni
adik Fira.... Fisha.”
“Ya, mak kenal. Kamu apa khabar
Fisha?”
“Baik je mak cik.” Balas Fisha
tersenyum.
“Mak dengan siapa? Kak Rita dalam
pantang lagi, kan?” Alfira mula bertanya pula.
“Aah. Mak jalan dengan Puteri je ni.
Abah kamu tu mana pergi pun mak tak tahu.”
“Puteri dah dapat adik ya? Jaga adik tau,
kalau tak jaga nanti Kak Fira ambil.” Alfira saja bergurau dengan Puteri.
“Mana boleh. Puteri nak jaga adik
Puteri.” petah Puteri berkata. Mereka yang lain sudah melepaskan ketawa.
“Dari kamu ambil adik Puteri, baik kamu kahwin
je, beri mak cucu.” Ujar Puan Sadiah selamba.
“Lama lagi mak. Fendi pun tak cakap
apa-apa lagi.”
“Kalau Fendi tu serius nak kamu, dah
lama dia jadikan kamu isteri. Kamu pun dah berkawan dengan dia dah lama. Tak
akan tak nak hidup bersama?”
Alfira terkedu. Segan pula dia dengan
maknya itu.
“Belum tiba masanya lagi. Ada jodoh,
adalah nanti.” balas Alfira biasa.
“Kamu ni cantik, baik. Siapa je yang
tak berkenan dengan kamu ni Fira? Mak pun nak sangat jadikan kamu menantu. Anak
bujang mak tu pun bila ditanya pasal kahwin terus saja diam. Kalau boleh memang
mak nak satukan kamu dengan Hakim.”
Pandai betul Puan Sadiah ni cucuk
jarum. Iya, dah lama sangat dia nak jadikan Alfira menantu dia. Sebelum Hakim
pulang ke Malaysia memang niat dia nak kenal-kenalkan. Tapi tengok Alfira dah
ada kekasih dan Hakim pula macam tak rasa nak kahwin. Agaknya anak bujang dia
tu elok ke tidak? Umur dah semakin meningkat. Dapat pula tahu yang Alfira dan
Hakim saling kenal. Ishh ini yang dia rasa tak puas hati. Kenapalah anak dia
tak mengurat si Alfira dulu? Hakim tu memang lembab betul dalam bab ni.
“Mak ni ada-ada jelah. Abah pergi
mana mak? Tak nampak batang hidung dari tadi.”
Alfira berjaya menukar topik cerita.
“Ehh, lpupa pulak. Mak bukan datang
ke sini dengan abah, Mak datang dengan Hakim. Katanya, dia nak beli barang
sekejap.”
Ini satu hal. Hakim pula ada!
“Kamu kenapa ni Fira? Macam terkejut
je dengar nama Hakim. Kamu tak suka ke dengan Hakim?” Puan Sadiah mula
bertanya. Dia melihat anak angkatnya itu sepertinya tak selesa kalau dia
menyebut nama Hakim. Ada apa-apa ke yang aku tak tahu ni? Syak dia sendiri.
“Ehh mana ada mak. Fira....Fira sebenarnya banyak hal ni. Nak uruskan
tempahan kek majlis untuk esok lagi ni.” Alfira cuba cari alasan untuk pergi
dari situ dengan segera sebelum Hakim tiba.
“Sibuk sangat kamu sekarang. Iyalah,
nanti senang-senang datang rumah mak, ya?”
“Ya, ya Fira senang nanti Fira ke
sana. Kirim salam dengan abah nanti.”
“Dengan abah je ke? Dengan Hakim
tak?” Duga Puan Sadiah lagi. Alfira terdiam sejenak.
“Kenapa nama Hakim juga yang naik
ni?” Hakim yang muncul dari arah belakang Puan Sadiah itu menyampuk. Mak ni
kalau tak kaitkan Alfira dengan dia memang tak sah. Ada je orang tua ni.
Kalau dekat rumah tu memang
sikit-sikit Alfira je yang diceritanya dekat dia. Alfira inilah, Alfira itulah.
Suruh mengurat Alfira lah. Suruh dekat dengan Alfira lah. Aishhh kadang-kala
Mak dia ni memang jenis degil sangat. Susah nak cakap dengan orang tua degil
ni. Nasiblah mak!
Alfira terus mengalihkan matanya ke
arah Hakim yang kini turut berada di depannya.
“Salah ke, kalau Fira nak kirim salam pada
kamu, Kim?” ujar Puan Sadiah menoleh sekilas ke arah anaknya itu.
“Tak salah pun. Fira pun ada. Ke sini
dengan siapa?” Hakim menjawab pertanyaan maknya itu dan kemudian dia beralih
soalan ke arah Alfira pula.
“Saya dengan adik saya. Ni Fisha,
adik bongsu saya.” Ujar Alfira.
Fisha tersenyum apabila kakaknya
memperkenalkan dirinya. Rupanya, inilah anak mak cik Sadiah. Boleh tahan juga handsome. Bukan main lagi tadi dia
tengok mak angkat alongnya itu cuba-cuba nak kenankan alongnya dengan lelaki
yang bernama Hakim ini.
“Balik belajar ke ni?” ramah Hakim
cuba untuk berbual dengan Fisha. Dia kekok lagi sebenarnya. Sudah lama dia
tidak bertemu dengan Alfira. Dia cuba jauhkan diri dengan gadis itu.
Tapi kalau dah secara tak sengaja
bertemu nak buat macam mana lagi. Terpaksa juga tegur.
“Aah. Balik untuk seminggu je ni.
Baru ni adik nampak abang. Selama ni tak pernah pula perasan anak mak cik yang
ni.” Fisha turut ramah berbual.
“Abang dulu kerja dekat Jakarta. Ni
baru 6 bulan pindah kerja sini.”
Fisha mengangguk faham. Patutlah tak
pernah nampak sebelum ni.
“Handsome
abang ni. Rupa abang macam Fisha pernah tengok. Tapi tak tahu dekat mana.
Kita pernah berjumpa ke sebelum ni erk?”
Alfira sudah menepuk dahi. Adik ni
kalau nampak orang kacak ke memang mulut dan mata tak boleh jaga.
Alfira dan Puan Sadiah memandang ke
arah Fisha yang sepertinya sedang cuba mengingati sesuatu.
“Entahlah. Tapi abang rasa tak pernah
pun kita jumpa sebelum ni.” Ujar Hakim. Ya, dia memang belum pernah lagi
bertemu dengan adik bongsu Alfira.
Fisha diam seketika dan cuba untuk
mengingati. Rasanya.....Rasanya memang betul tak pernah berjumpa, cuma wajah
Abang Hakim ni macam pernah tengok. Nak kata artis memang bukan. Tapi betullah
macam pernah tengok.
Tiba-tiba Fisha teringat sesuatu. Ya
dia rasa pasti. Wajah Abang Hakim ini seiras dengan wajah dalam gambar simpanan
di dalam diari alongnya. Dulu dia pernah secara tak sengaja melihat gambar itu
dan sehabis puas dia meminta along untuk terangkan siapa lelaki di dalam gambar
tersebut. Along hanya diam dan merampas kembali gambar tu.
“Adik baru ingat. Adik memang tak
pernah jumpa abang sebelum ni. Tapi adik pernah jumpa gambar abang. Ingat tak
along, along dulu pernah simpan gambar, lepas tu adik terjumpa dan minta along
jelaskan siapa dalam gambar tu? Jadinya, gambar tu gambar Abang Hakim lah?”
Fisha memandang ke arah Alfira ingin meminta kepastian dari alongnya.
Alfira terus menekup mulut adiknya.
Ya Allah, kenapalah aku dapat adik yang mulut kepochi sangat ni. Aduhhh!
Hakim telan liur dan dia sendiri tak
tahu nak cakap macam mana. Alfira menyimpan gambarnya? Mungkin dulu kut semasa
dia kawan dengan Alfira. Sekarang buat apa Alfira nak simpan gambar dia? Baik
simpan gambar si Fendi tu.
Puan Sadiah memandang pelik ke arah
anak muda di depannya itu silih berganti. Rasa seperti ada yang tak kena pula.
“Alfira simpan gambar Hakim? Macam
mana Fira boleh ada gambar Hakim ni?”
“Err urmmm err. Taklah mak. Salah
pandang ni. Adik salah pandang kut. Mungkin gambar tu seiras dengan wajah
Hakim.” Alfira cuba menutup kebenaran. Dia tidak mahu mak tahu.
“Tapi adik pasti gambar dalam tu
gambar Abang Hakim, cuma sekarang abang dah ada jambang halus sikit.” Fisha
cuba menegakkan kata-katanya. Dia seorang yang teliti dan jarang sekali dia
silap pandang.
“Boleh tak jangan masuk campur? Mulut adik tu
diam jelah. Tolong jangan cakap apa-apa.” Bisik Alfira di tepi telinga adiknya.
Fisha terus terdiam.
“Bukanlah dik. Salah orang ni.
Memanglah dulu Fira pernah sekolej dengan Hakim. Tapi buat apa Fira nak simpan gambar
Hakim. Kami tak pernah pun bertegur dan hanya terserempak macam tu je dekat
kolej dulu. Tak rapat mana pun. Betul tak wak?”
Alfira memandang Hakim sepertinya
meminta pertolongan. Dia harap Hakim faham dengan renungan itu.
“Aah, Hakim dengan Fira tak rapat
mana pun. Kami cuma sekolej je.” Hakim angguk setuju.
“Ya je ni? Macam ada yang tak kena je.
Dahlah suka hati kamulah. Fira nak ikut mak pergi minum tak?” Puan Sadiah yakin
ada sesuatu yang disembunyikan. Tapi dia tidak terlalu memaksa. Dia sendiri
yang akan cuba ambil tahu nanti.
Mungkin dia perlu bertanya dengan
Fisha tentang gambar itu. Dia juga akan perhatikan saja anak bujangnya ini
dengan Alfira. Dari pertemuan pertama Alfira dan Hakim lagi dia dapat rasakan
ada sesuatu yang disorokkan oleh kedua-dua orang nak muda ini. Renungan Hakim
terhadap Alfira itu lain benar. Dan Alfira pula seperti kekok bila berhadapan
dengan Hakim. Kenapa?
“Tak apalah mak. Fira ada hal ni dan
Fira nak jumpa orang sekejap lagi. Ada masa nanti Fira jenguk mak kat rumah
ya.” Alfira terus meminta diri dan menyalami tangan mak angkatnya itu.
Macam-macam hal betul yang berlaku hari ini, naik pening dia fikirkan. Siaplah
kau dik. Kejap lagi along cuci mulut kau tu!
*****************
“MAK rasa
macam ada yang tak kena antara Hakim dengan Fira tu. Mak dapat rasa mereka
berdua sembunyikan sesuatu.” ujar Puan Sadiah kepada anak dan menantunya.
“Maksud mak, sembunyikan apa pula ni?
Mereka kahwin senyap-senyap ke?” tanya Rita yang sedang mengendong bayinya yang
baru lahir dua bulan yang lepas.
Puan Sadiah menjeling tajam ke arah
anaknya. Kalau cakap tu, cuba jangan menyakitkan hati tua dia ni!
“Kamu ni Ita ada jelah. Bukan macam
tu maksud mak, mak rasa macam Hakim tu ada sesuatu dulu dengan Fira. Tapi mak
tak tahu nak jelaskan macam mana. Antara mereka tu macam ada masalah.” Jelas
Puan Sadiah lagi. Rita dan Zira mengerutkan dahinya.
“Zira tak tahulah pula. Tapi bukan ke
sebelum ni mereka memang kenal, kan? Mereka dulu satu kolej.” Ujar Zira pula.
Cuti sekolah memang dia akan bertandang ke rumah mak mertua dia ini.
“Ya, mak tau tu. Sebenarnya mak ada
niat. Niat mak nak sangat tengok Hakim dan Fira bersatu. Mak nak jodohkan
mereka. Tapi Fira tu dah ada kekasih. Hakim pula macam orang tak ada hati. Bila
nak bawa balik menantu untuk mak pun tak tahu. Tapi mak dah berkenan sangat
dekat Fira tu untuk jadi isteri adik kamu ni. Itu pun mak je yang nak. Alfira
tentu tak mahu sebab dia mesti sayang dekat kekasih dia tu.”
“Zira pun tengok Fira dengan Hakim
sesuai sangat. Tu laa macam mak cakap yang Fira tu dah ada kekasih so tak akan kita nak paksa-paksa pula.”
Zira turut setuju dengan niat mak mertua dia itu. Tapi mana boleh nak paksa-paksa
hati ni. Lagi pula anak angkat mak tu pun dah ada kekasih.
“Alaaa mak ni apalah. Baru kekasih kut.
Mereka belum bertunang lagi kan? Jadinya, tak salah kalau kita guna cara yang
betul. Mak suruh Hakim tu pikat hati Fira sampai Fira terpikat.” Rita pula
menyampuk.
“Tapi tak baik jugalah Ita. Hakim
pula tu ingat sudi ke nak buat apa yang mak suruh ni? Mak pasti yang dia tak
mahu!”
“Teman lelaki Fira tu lambat sangat
masuk meminang. Jadinya, dia tak boleh salahkan sesiapa. Kalau dia betul-betul
nak Fira mesti dia akan ikat tali pertunangan dengan Fira.” Rita masih mahu
menegakkan hujahnya.
“Betul juga kata kamu ni. Mak tengok
pun kekasih Fira tu macam tak ada usaha je. Dah 4 tahun mereka berkawan tapi
tak ada pun ikat tali pertunangan ke dengan Fira.” Puan Sadiah bersetuju dengan
kata-kata anaknya itu.
“Tapi Hakim nak ke?” Zira mengajukan
soalannya pula.
“Nanti mak cuba cakap dengan dia.”
Balas Puan Sadiah.
*****************
HAKIM terus
saja bersandar di sofa empuk ruang tamu rumah tengah itu. Dia yang baru pulang
dari bermain futsal bersama
rakan-rakannya pada malam itu terus saja membuka baju dan mencampakkannya ke
bawah.
“Amboi amboi, selesa sangat kamu eh
campak je baju peluh kamu tu dekat bawah. Perangai tak senonoh!” sindir Puan
Sadiah yang sememangnya sedang menonton drama di skrin tv.
“Bukan selalu pun.” jawab Hakim
selamba sambil mata terpejam.
“Senang je kamu jawab bukan selalu.
Ini nasib baik mak ada lagi bolehlah uruskan kamu. Agaknya macam mana dulu kamu
tinggal di negara orang dengan sikap macam ni?”
“Dekat sana ada Hakim sorang je.
Jadinya, Hakim lah yang buat sendiri. Sini ada mak, jadi Hakim nak manja dengan
mak. Bila ada mak, semua yang Hakim tahu buat tiba-tiba jadi tak tahu.”
Puan Sadiah menjeing tajam melihat
anak bujangnya itu. Anak bongsu memang terlebih mengada saja!
“Tu sebab mak suruh kahwin, biar
isteri kamu boleh jaga makan pakai kamu nanti. Mak ni dah tua hidup memang tak
lama dah.” Hakim terus mencelikkan matanya.
“Ada je mak ni kalau cakap. Cakap
jelah yang mak nak suruh Hakim kahwin. Tak payah nak dalih-dalih guna ayat
sentap.” balas Hakim geram.
“Kalau Fira belum berpunya dah lama
mak suruh kamu kahwin dengan dia.” Puan Sadiah sudah mula pasang perangkap.
Harap kenalah malam ni.
“Buat apa nak satukan Hakim dengan
kekasih orang ni. Tak baiklah mak.” Dah mula dah mak nak buka lagi cerita pasal
Alfira. Agaknya kalau satu hari tak sebut nama anak angkat dia tu tak sah.
Bebel Hakim sendiri.
“Baru kekasih. Dah 4 tahun Fira kawan
dengan kekasih dia tu. Tapi tak ada pun lelaki tu nak masuk meminang.
Sekurangnya ikatlah tali pertunangan dengan Fira. Tapi ni tak.”
Hakim buat tak tahu sahaja tetapi
sebenarnya jauh di sudut fikirannya dia bersetuju dengan kata-kata mak dia itu.
“Tak payah masuk campur hubungan
mereka.”
Puan Sadiah rasa macam nak cincang je
anak bujangnya itu. Ada je kalau cakap benda yang menyakitkan hatinya.
“Bertuah punya anak. Kamu cubalah
pikat hati Fira. Mana tahu ada jodoh kamu dengan dia.” Hakim sudah menepuk
dahi. Dia menyilangkan kedua tangannya di dadanya yang tak berbaju itu.
“Senang cerita mak cakap je mak suruh
Hakim kahwin. Tapi jangan suruh Hakim kacau hak orang. Tak baiklah mak. Ramai
kut lagi gadis yang belum berpunya kat luar tu. Ini mak suruh Hakim pikat
kekasih orang pula. Jangan nak buat kerja tak betul la.” Hakim pelik dengan
sikap mak dia ni. Tertelan seribu ekor semut agaknya Puan Sadiah ni!
Puan Sadiah bangun dan terus
melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Tanpa menunggu lama dia terus saja piat
telinga Hakim. Geram sangat dia dengan anak bujang dia seorang ini.
“Aduh duhh duh sakit mak. Dah lah tu,
nak tanggal telinga Hakim, mak kerjakan.” aduh Hakim berang.
“Padan muka kamu. Selagi dia belum
ada apa-apa ikatan selagi tu dia belum jadi hak sesiapa. Itu pun nak kena ajar
ke? Mak bukan suruh kamu rampas dan terus ajak dia kahwin. Mak suruh kamu pikat
dia dulu, menangi hati Fira.” Puan Sadiah menerangkan niatnya yang sebenarnya.
“Itu kalau dia terpikat. Kalau tak,
tak boleh buat apa la.”
“Yelah, tulah. Kalau kamu bernasib
baik dia terpikat. Kalau tak, tak apalah mungkin bukan jodoh kamu dengan dia.”
“Tapi Hakim tetap tak mahu. Ramai
lagi gadis lain.”
“Memang ramai gadis lain. Tapi mana?
Tak ada seorang pun kamu bawa jumpa mak. Kamu ni cakap je tahu.”
Hakim terkedu apabila berlawan kata
dengan mak dia. Puan Sadiah tetap juara oiii!
“Nantilah. Ingat cinta ni senang ke
nak hadir? Kena sabar dulu.” Balas Hakim.
“Sabar sampai bila? Mak tengok kamu
sendiri tak ada usaha pun nak cari menantu untuk mak!” Puan Sadiah tidak
berpuas hati. Hakim menolak mentah-mentah cadangannya itu.
Menjawab lagi mak aku ni. Kalau ada
pertandingan berbalas menjawab macam ni, memang mak la aku offer suruh masuk pertandingan tu!
“Dahlah Hakim masuk bilik dulu. Penat
sangat ni.” Hakim cuba mengelak dan terus melarikan diri dari menjawab
pertanyaan maknya.
Puan Sadiah melihat saja tingkah laku
anaknya yang semakin jauh dari pandangan.
“Mak tetap tak puas hati ni. Mak akan
cuba cari jalan untuk tahu apa yang kamu sembunyikan dari Mak” ujar Puan Sadiah
sendiri. Ya, dia akan cuba untuk selidik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan