BAB 6
AFENDI membaca
pesanan whatsapp yang diterima. Dia
mengeluh malas setelah membaca pesanan tersebut. Alfira menoleh ke arah
kekasihnya itu apabila mendengar keluhan yang dilepaskan oleh Afendi.
“Awak kenapa ni? Ada masalah ke?”
“Tak ada apalah. Ada masalah sikit
dekat office. Tapi jangan risau pun
sebab masalah tu tak besar sangat.”
“Kalau awak sibuk tak apa saya faham.
Nanti saya minta kawan saya hantarkan saya balik Melaka.” Alfira kalau boleh
tak mahu menganggu kerja Afendi. Ya, dia tahu kekasihnya ini seorang anak usahawan
dan dia tak mahu buat Afendi rasa tersekat untuk menemaninya ke reunion kolej yang akan diadakan di
hotel Kuala Lumpur ni.
“Masalah sikit je tu. Orang dalam
boleh settle sendiri. Tak akan semuanya
nak harapkan saya. Jangan risaulah saya boleh temankan awak.”
Afendi rasa tak keruan sekarang ni.
Mana yang perlu dia pilih? Dia cintakan Alfira. Tapi ada juga sesuatu yang
perlu dia lakukan. Sesuatu yang telah lama dia simpan dari pengetahuan
kekasihnya itu. Afendi memandang ke arah hadapan jalan raya. Dia cintakan gadis
yang bernama Alfira. Bertahun sudah hubungan dia dengan gadis itu dan
keluarganya belum mengenali Alfira lagi. Hanya mama saja yang tahu dalam
hatinya sudah diisi oleh seseorang.
Alfira malas mahu memujuk lagi. Kalau
dah Afendi kata begitu, so itu jelah.
Mungkin memang betul, masalah dekat syarikat tu tak besar mana pun.
Jam sudah menunjukkan ke angka 8
malam. Mereka tiba di hadapan sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur.
Afendi memberhentikan keretanya dan diberi kunci keretanya kepada pekerja hotel
tersebut. Dia membukakan pintu untuk kekasih hatinya itu.
“Awak cantik sangat malam ni.” puji
Afendi ikhlas sambil tersenyum.
“Biasa jelah.” Alfira mengangkat
sedikit kain baju dress labuhnya itu.
Mereka berdua beriringan masuk ke dalam hotel itu bersama dengan penyambut
tetamu yang akan menunjukkan dewan majlis reunion
pada malam ini.
Malam ini, rakan-rakan kolej Alfira
mengadakan reunion untuk
pelajar-pelajar batch mereka. Alfira
juga dijemput sekali. Padahal hanya satu tahun saja dia belajar di kolej
tersebut. Dia membuat keputusan berhenti belajar secara mengejut. Tapi rakan-rakan
yang lain sepertinya terus-terusan mengajak dia untuk sertai sekali dalam
majlis perjumpaan ini. Sudah 7 tahun berlalu dan dia juga merindui rakan-rakan
kolejnya. Mereka pun jarang berjumpa kerana masing-masing tinggal berjauhan.
Rakan-rakan yang lain juga sudah ada kerjaya dan ada keluarga sendiri.
“Sekejap ya sayang, saya nak jawab panggilan
ni.” Afendi meminta izin dari Alfira untuk menjawab panggilan tersebut. Afendi
memang begitu, dia lelaki yang memerlukan ruang privasi di atas setiap
panggilan yang dia dapat. Walaupun dari keluarganya? Mungkin kut.
Alfira mengangguk faham. Dia menunggu
Afendi di meja yang telah disediakan.
“Fira!!!!” Terkejut Alfira apabila
mendengar jeritan kecil seseorang yang memanggil namanya.
“Ni pun kau.” Lega Alfira apabila
melihat Farah rakan kolejnya itu berada di depan matanya kini.
Alfira bangun dari duduknya. Dia
memeluk Farah dengan erat dan penuh rasa rindu.
“Kau cantik sangat Fira.”
“Kau pun cantik juga.” balas Alfira
merendah diri. Farah ini memang selalu saja puji dia. Tapi bab puji Farah
cantik tu, dia tak tipu okey! Farah memang cantik sangat. Seri seorang isteri
dan seorang ibu katakan.
“Datang pun kau ya. Ini aku kenalkan
suami aku Aizat dan yang dalam dukungan Aizat tu adalah anak aku Zara.”
Alfira membalas senyum ke arah suami
rakannya itu.
“Hai Zara.. Dapat juga aunty jumpa Zara tau. Selalu dapat
tengok dalam gambar je.” Alfira mencubit lembut pipi gebu si kecil. Zara hanya
tergelak kecil menampakkan gusinya yang tanpa gigi itu.
“Eh duduklah.. Meja ni memang dah
ditempah atas nama kita. Aku dah tempah sekali atas nama kau dengan pasangan
kau. Oh ya, mana pasangan kau tu?” Farah memandang pelik ke arah Alfira.
Katanya nak bawa kekasihnya tapi tak ada pun.
“Dia ada tadi. Tapi dia ada hal sikit
tengah jawab panggilan. Mungkin panggilan kerja.” Ujar Alfira dan dia
melabuhkan duduknya di sebelah Farah.
“Abang jaga Zara okey? Malam ni Farah
nak berbual puas-puas dengan kawan-kawan Farah.” Farah memberi arahan kepada
suaminya Aizat. Alfira hanya tersenyum manis melihat gelagat suami isteri itu.
“Suka hati awaklah sayang. Janji awak
ikut saya balik rumah malam ni. Jangan tak mahu balik sudah.” Ujar Aizat
selamba, membuatkan Farah dan Alfira tercetus gelaknya.
Farah ketawa mengekek-ngekek
mendengar kata-kata suaminya itu.
“Firaaa.” Alfira menoleh ke arah
suara Afendi yang memanggilnya itu. Dia tergamam seketika apabila melihat
seseorang yang berada di belakang Afendi.
“Dah sudah on call?” Alfira berlagak biasa. Dia bangun dari duduknya.
“Dah sudah dah. Tapi saya nak cakap
sikit dengan awak sekarang.” Afendi sepertinya ada masalah. Raut wajahnya jelas
menyatakan sesuatu. Tapi masalah apa? Masalah kat syarikat ke? Dia seperti
menyembunyikan sesuatu. Alfira rasa tidak sedap hati tapi dia cuba berlagak
biasa.
Alfira hanya tersenyum seketika ke
arah lelaki yang berada di belakang kekasihnya itu.
“Oh ya, sebelum tu saya nak kenalkan
awak dengan kawan saya. Ini Farah dan suaminya Aizat. Farah yang ni Afendi.”
Alfira memperkenalkan Farah dan Afendi antara satu sama lain.
“Hai, selamat berkenalan.” ramah
Farah apabila berhadapan dengan Afendi.
“Hai selamat berkenalan juga. Saya
nak minta diri sekejap ya ada hal sikit nak bincang dengan Alfira.” Afendi
meminta diri dan Alfira mengikuti kekasihnya. Kini mereka jauh sedikit dari
rakan-rakan yang lain.
Alfira tidak sepenuhnya memberi
tumpuan ke arah Afendi. Dia masih terfikirkan lelaki yang berada di belakang
Afendi itu. Macam mana Afendi dan Hakim boleh bersama pula ni? Dia juga terlupa
Hakim juga adalah rakan sekolejnya. Macam mana dia boleh tak terfikir tentang
ini?!
“Fira.... Saya nak minta maaf. Saya
terpaksa pergi sebab ada masalah sikit dengan syarikat. Saya juga terpaksa
selesaikan masalah ni dengan segera.” Afendi merenung ke dalam anak mata
Alfira. Dia berharap gadis itu memahaminya.
Afendi terpaksa menipu. Belum masanya
lagi untuk dia beritahu perkara sebenar kepada Alfira. Dia belum bersedia untuk
kehilangan gadis itu.
“Saya faham. Tak apalah awak jangan
risau. Saya ramai kawan dekat sini.”
Alfira sebenarnya rasa sedikit pelik
melihat sikap Afendi yang sepertinya resah saja. Besar sangat ke masalah dekat
syarikat dia tu? Harap tak la. Doa Alfira dalam hati.
“ Saya jumpa Hakim. Hakim anak kepada
mak angkat awak, kan? Dan saya tak sangka dia juga rakan kolej awak. Awak boleh
balik Melaka tumpang dia nanti. Saya dah maklumkan pada dia.”
Tercenggang Alfira mendengar
kata-kata dari Afendi. Kenapa Afendi boleh buat keputusan sesuka hatinya saja?
“Awak kena tanya saya dulu. Awak suka
buat keputusan ikut suka hati awak.”
“Okey apa, dia pun nanti balik Melaka
dan sekali sajalah awak balik dengan dia.” Alfira rasa tak puas hati. Inilah
sikap Afendi yang buat dia geram. Afendi suka ambil keputusan sendiri.
Alfira melihat saja Afendi yang
mengamit tangan memanggil Hakim untuk ke arah mereka. Hakim turut menghampiri
Afendi dan dirinya.
“Sorry
bro, susahkan kau pula. Bolehkan kau tumpangkan Fira balik nanti?”
Alfira merenung saja Afendi yang
memeluk bahu Hakim itu. Sekejap sangat dah rapat mereka ni. Afendi memang
seorang lelaki yang mudah mesra.
Hakim hanya tersenyum kecil. Dia mengangguk
sebelum menjawab. Matanya tidak tahu kenapa masih terarah kepada Alfira. Cantik
sangat gadis itu pada malam ini. Alfira yang mengenakan tubuhnya dengan dress labuh berwarna dark blue dan ditambahkan lagi dengan sulaman
kait di bahagian pergelangan tangan dan sedikit di bahagian bahu. Tudung gadis
itu dililit dengan sangat kemas. Dia melihat mata Alfira masih tidak lepas
memandang ke arah Afendi. Afendi yang kini berada di sebelahnya yang sedang
memaut bahunya. Mungkin kekasih Alfira ini tidak perasan yang dia sedang
mengintai Alfira dalam diam. Terbit rasa cemburu bila Alfira lebih fokus kepada
Afendi. Ya, rasa cemburu mula menular dalam hati.
Hakim turut membalas pelukan bahu
Afendi itu. Dia menepuk lembut bahu Afendi.
“Kau jangan risau. Dia anak angkat
mak aku ni. Kalau apa-apa jadi dekat dia bukan kau je cari aku. Mak aku pun
silap hari bulan bawa parang nak tetak aku ni!” jawab Hakim selamba.
Afendi turut tergelak mendengar
bicara Hakim. Sekurangnya tak adalah risau sangat. Dia percaya pada Hakim.
Tidak tahu kenapa dia dapat rasa lelaki ini boleh menjaga Alfira. Afendi
terpaksa meninggalkan Alfira di sini. Ada perkara yang lebih penting perlu dia
selesaikan. Kalau dia tidak ada di sana, tentu mama dan papa akan marah
padanya.
“Okeylah, kalau macam tu saya pergi
dulu Fira. Saya minta maaf sebab tak dapat temankan awak. Saya harap awak faham.
Pleaseee.....”
“Saya faham. Awak jaga diri drive tu. Jangan fikir nak cepat je.”
Alfira tersenyum. Dia tidak boleh buat apa-apa. Siapa je dia nak halang Afendi
dari terus berada di sisinya. Dia perlu faham dengan tugas Afendi.
“Ingat, saya sayang awak.. Saya
cintakan awak.” Alfira tersentak sedikit mendengar luahan dari Afendi.
Bukannya Afendi tidak pernah
meluahkan kata-kata sebegitu di depannya. Setiap kali mereka berjumpa, pasti
lelaki itu akan tuturkan kata-kata sayang tersebut. Tapi hari ini Alfira
sedikit bengang apabila Afendi meluahkan di hadapan Hakim. Alfira mengerling
sekilas ke arah Hakim yang sepertinya beriak selamba.
“Mana kata-kata sayang untuk saya?
Selalu awak balas.” rengek Afendi. Alfira jadi tak senang.
Alfira merapati Afendi sedikit. Dia
mengerling sekilas sekali lagi ke arah Hakim. Kini, dia melihat Hakim
sepertinya sudah melangkah perlahan jauh sedikit dari mereka.
“Tak payah nak malu. Depan Hakim je
pun.” ujar Afendi.
Kalaulah kau tahu yang Hakim tu
adalah bekas kekasih aku, agaknya merah dah mata kau ni Fendi. Bebel Alfira
sendiri.
“Saya cintakan awak Fira. Cepatlah,
awak cintakan saya tak?” suara Afendi sudah dikuatkan. Dia tidak sabar mahu
mendengar balasan cinta dari Alfira.
“Ya, saya cintakan awak juga.”
“Lagi sekalilah saya tak berapa dengar. Kuat
sikit.”
Alfira menarik nafas panjang. Dia
rasa macam nak ketuk kepala lelaki ni dengan senduk.
“Saya cintakan awak juga Fendi.” kali
ini suara Alfira sedikit kuat.
Afendi tersenyum senang. Ingin saja
dia mengusap pipi gebu Alfira tetapi Afendi tahu, Alfira tidak suka kalau dia
sesuka hati menyentuh Alfira.
Tanpa pasangan kekasih itu sedar, ada
seorang lelaki yang terluka di sudut kawasan itu. Hakim memejam matanya dengan
rapat setelah tidak sengaja mendengar kata-kata cinta dari bibir Alfira untuk
Afendi. Dia cuba kuatkan hatinya. Rasa itu sakit sangat. Terlalu sakit apabila
gadis yang kita ingin miliki dan gadis yang kita cintai, mencintai insan lain.
*********************
“HAI Hakim.”
tegur Mimi menghampiri Hakim.
Hakim hanya membalas senyum saja. Dia
ketika itu sedang berbual-bual dengan Fakrul dan rakan-rakan yang lain. Fakrul
melagakan bahunya dengan Hakim untuk memberitahu yang Mimi sedang menegur
rakannya itu. Fakrul tahu yang Mimi dan Hakim dulu pernah berhubungan semasa
mereka belajar di kolej.
“Maaf guys.” Hakim meminta diri dulu kepada rakan-rakannya untuk berbual
dengan Mimi. Sebenarnya, dia malas sangat nak jumpa dengan gadis itu. Tetapi
perlu juga dia menjaga hati Mimi. Lagipun, tak ada salah Mimi nak ajak dia
berbual.
“Awak apa khabar?” tanya Mimi sambil
tersenyum manis.
“Baik je. Awak pula apa khabar?”
Hakim mengajukan soalan yang sama kepada gadis di hadapannya yang berbaju
kurung moden dan sedondon dengan tudungnya yang berwarna ungu.
“Saya baik juga. Macam mana sejak
mengajar di Melaka? Sama tak mengajar di Jakarta?”
“Tak jauh beza pun Mimi. Pada saya
sama je ajar di mana-mana. Cuma yang lain adalah cara kita untuk mengajar
mereka. Tapi perkara yang saya ajar tetap sama iaitu muzik.” balas Hakim biasa.
Mimi tidak tahu kenapa dia rasa
menyesal meninggalkan Hakim dulu. Salah dia ke meninggalkan lelaki itu? Dia
tidak bahagia bila berkawan dengan Hakim. Dia rasakan Hakim juga sepertinya tak
bahagia bila bersama dengannya. Hakim banyak termenung dan dengar kata dari
rakan-rakan lelaki itu yang Hakim seorang yang ceria. Tapi bila dia berkawan
dengan Hakim, Hakim seorang lelaki yang suka buat hal sendiri. Sejak itu dia
rasa Hakim tidak bahagia bila bersama dengannya.
“Tulah saya tengok awak up status on facebook. Dari situ saya
tahu awak dah pindah ke sini.” cerita Mimi untuk menaikkan mood berbual mereka.
Hakim menoleh sedikit ke kiri sebelum
menjawab perbualan antara dia dengan Mimi. Tapi tiba-tiba saja dia terlihat
Alfira yang sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki. Lelaki itu sepertinya
Razif. Ya, Razif rakan tahun kolej mereka juga. Razif juga pernah menjadi rakan
hostelnya dulu. Razif memang dari dulu menyukai Alfira. Hakim tahu itu kerana
Razif sendiri mengakuinya di hadapan rakan-rakan yang lain.
Mimi rasa segan. Dia malu kerana
Hakim sepertinya tidak mengendahkannya yang berada di sini.
“Awak tak bawa pasangan awak ke?”
Mimi cuba menyedarkan Hakim yang dari tadi sepertinya sedang melihat sesuatu.
Hakim tersentak sedikit dan berpaling
semula menghadap Mimi.
“Apa dia? Maaf, Mimi saya tak dengar
tadi.”
“Awak tak bawa pasangan awak sekali?”
tanya Mimi lagi sekali.
Hakim ketawa perlahan. “Belum ada
pasangan lagi.”
Mimi yang mendengar rasa gembira.
Jadinya, Hakim memang belum berpunya lagi.
“Okey, sama juga saya.” Dengan pantas
Mimi menjawab. Hakim hanya tersenyum mendengar.
“Akmal Hakim!” tiba-tiba kedengaran
suara wanita berkumandang menggunakan pembesar suara itu.
Hakim menoleh dan melihat Farah
sedang mengamit ke arahnya. Suara Farah sedang memanggilnya. Hakim faham dan dia
terus meminta diri dengan Mimi.
“Maaf Mimi saya kena ke depan.” Mimi
mengangguk faham.
“Kenapa Farah?” tanya Hakim setibanya
dia di hadapan dua orang perempuan itu.
“Puteri ni nak menyanyi. Kau tolong
mainkan gitar. Boleh?”
“Ohh macam tu. Okey boleh. Lagu dah
pilih belum?” Hakim bertanya pula kepada Puteri yang berada di sebelah Farah
itu.
“Aku dah pilih dah. Kau main
betul-betul eh? Jangan kerana kau main gitar tak betul nanti orang kata suara
aku pula tak sedap!” pesan Puteri.
“Kau menyanyi ajelah. Dah minta
tolong dengan aku banyak songeh pula. Aku ni pengajar muzik. Main muzik apa je
aku tahu. Termasuk kau minta aku kompangkan untuk kau pun aku boleh.”
Geram betul Hakim dengan Puteri ni.
Puteri ni dulunya mengambil sains dan matematik. Tapi yang peliknya tak jadi
pun guru matematik. Tapi dia menjadi setiausaha pula dah.
“Dah, tak payah nak bertekak. Ramai
ni tunggu giliran nak menyanyi.” Farah mula bersuara.
Hakim telah siap bersedia memegang
gitar dan duduk di kerusi yang tersedia. Puteri yang bersebelahan dengannya
juga sudah bersedia menyanyikan lagu.
Semua bertepuk tangan apabila suara
Puteri sudah mula kedengaran.
Setelah selesai Puteri menyanyi,
Farah dan suami pun turut serta berduet menyanyi. Alfira dan yang lain-lain
ketawa melihat gelagat Farah dan suaminya itu. Razif menoleh ke arah Alfira.
“Awak masih cantik Fira.”
Alfira terkedu. Terhenti ketawanya
apabila mendengar kata-kata dari Razif.
“Sama je. Terima kasih.” balas Alfira
buat seperti biasa. Dia membilas sedikit air untuk menyejukkan tekaknya itu.
Setelah selesai pasangan suami isteri
itu, Fakrul dan rakannya pula menyanyi. Hakim yang sedang duduk di sisi tidak
jauh dari pasangan menyanyi itu ketawa apabila Fakrul tersilap lirik. Mereka
yang lain di dewan itu juga sudah ketawa mengekek-ngekek.
Tidak putus-putus orang dari ruangan
pentas menyanyi itu. Masing-msing nak tunjuk bakat. Kini senyap seketika.
Mungkin masing-masing sudah puas bergelak tawa dan ada yang masih menjamu
selera. Hakim juga turut berasa lega. Penat juga dari tadi petik gitar je.
Suasana masih lagi bising dan meriah
walaupun, tiada lagi persembahan nyanyian. Hakim yang sememangnya sedang duduk
berkumpul dengan rakan-rakannya itu terus bangun. Dia ke depan ruangan pentas
tadi. Dia mengambil gitar semula dan duduk di kerusi yang telah didudukinya
semasa bermain gitar tadi. Dia mendekatkan batang panjang mikrofon itu ke
arahnya.
Mereka yang lain melihat saja
perlakuan Hakim. Alfira turut tersedar dan melihat Hakim yang berada di depan
pentas itu.
Sebelum bersuara, Hakim memanahkan
anak matanya ke arah Alfira. Kedua-dua mata mereka bertembung. Hakim tidak
mengalihkan matanya.
“Hi
guys, asyik suara yang tak sedap je berkumandang dari tadi, kan? Lagi-lagi
Fakrul yang silap lirik. Hahaha. Kali ni saya nak menyanyi juga. Lagu ini untuk
seseorang yang tak sedar ada seorang lelaki mencintainya. Dan berharap yang dia
akan terasa dengan sentuhan lagu ni.”
“Woii, kau kutuk suara kita semua eh?
Tak guna punya kawan!” Fakrul melaung kuat kerana geram dengan Hakim yang
mengutuk suaranya itu.
Mereka yang lain sudah ketawa. Hakim
pun turut sama ketawa melihat reaksi rakan kolejnya itu.
Tiba-tiba petikan gitar kedengaran.
Hakim menunduk melihat hasil tangannya yang sedang memetik gitar. Mereka yang
lain diam dan menikmati bunyi sentuhan gitar dari pengajar muzik itu.
Sudah
lama ku memendam rasa,
Cinta
di dalam dada
Namun
tidak pernah bersuara
Kerana
takut kecewa
Kutunggu
waktu yang lebih baik
Untuk
langkah pertama
Jauh
dari apa yang ku kira
Hatimu
ada yang punya
Di
dalam mimpi kita berdua
Mesra
bersama dilamun cinta
Oh
tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Hakim melihat sekali lagi ke arah
Alfira. Alfira yang turut merenung ke arahnya.
Alfira melihat dan mendengar
bait-bait lagu itu. Lagu untuk siapa agaknya? Teka Alfira sendiri. Mungkin untuk
si Mimi. Alfira tergelak kecil apabila tersedar dengan pemikirannya itu. Kenapa
harus dia tertanya-tanya. Sepatutnya dia biarkan saja.
Hakim meneruskan semula nyanyiannya.
Mungkin
juga semuanya salahku
Terlalu
mengharapkan cinta
Tapi
sepi yang merasuk kalbu
Membawa
angan melayang
Di
dalam mimpi kita berdua
Mesra
bersama dilamun cinta
Oh
tetapi kenyataannya aku sedar
Kau
ada dia
Selesai lagu itu, petikan gitar juga
tidak bergema lagi. Tepukan dari rakan-rakan yang lain kedengaran. Hakim bangun
dan lagi sekali dia memandang ke arah Alfira yang turut sama sedang bertepuk
tangan. Hakim menunduk sedikit sebagai hormat kerana nyanyiannya telah selesai
dan terus berlalu ke arah rakan-rakannya semula.
“Lagu untuk siapa? Untuk Mimi lah tu.”
Hakim menumbuk bahu Fakrul. “Tak
masal je untuk Mimi. Bukan untuk dia okey. Untuk seseorang yang lain.” ujar
Hakim selamba.
Rakannya yang lain sudah bising dan
bersorak gembira. Hakim buat tidak tahu saja.
“Razif tu dari tadi berkepit je
dengan Alfira. Aku dah kata, yang Alfira tu tak akan layan dia punya. Dari dulu
jual minyak, tak laku juga. Tapi Razif tetap nak test market katanya.” Rakan mereka yang bernama Taufiq itu
bersuara.
Mereka yang lain terus saja melihat
ke arah Razif. Hakim hanya menjeling sekilas. Kalau dia ada hak atas Alfira,
dah lama agaknya dia tarik Alfira agar jauh dari Razif. Rasa nak sondol dengan
lori pasir! Huh, biar kena timbus dengan pasir tak bangun-bangun! Dari dulu
memang dia tak berkenan dengan Razif. Lagi tak berkenan bila dia dapat tahu
Razif ada hati nak dekat dengan Alfira. Nak test
juga. Orang dah tak mau, lagi nak dekat!
“Memang cantik Alfira tu. Dulu dia
budak TESL, kan? Lepas setahun dia berhenti.” Taufiq mengangguk mengiyakan
kata-kata Fakrul pula.
“Kau tak jatuh hati dekat budak TESL
tu ke Kim?” Hakim merenung Fakrul yang sedang mengajukan soalan kepadanya.
“Aku tanya kau ni sebab dari tadi aku
dan budak-budak ni pun dah mula suka dekat Si Alfira tu. Tapi kita orang tak
macam Razif yang tetap tak mahu kalah nak juga jual minyak lagi. Kau tengok tu
Alfira pun nak tak nak je layan dia.”
Fakrul bersuara lagi apabila melihat
Hakim tidak menjawab pertanyaannya.
“Dia dah ada kekasih kut. Buat apa
nak jatuh cinta dekat kekasih orang.” balas Hakim spontan. Mereka yang lain
hanya mengangguk setuju.
Tapi aku dah jatuh cinta pada dia
sebelum aku tahu dia dah berpunya. Dan aku tak tahu bila rasa ni aku nak buang
dalm hati aku. Bisik hati kecil Hakim.
*****************
“OKEY, dah
nak balik?” Alfira menoleh ke belakang apabila mendengar suara Hakim.
Tidak lepas mata Alfira memandang
Hakim. Hakim yang pelik hanya menjongketkan keningnya yang tebal itu. Kening double-jerk dah muncul. Why so cool? Alfira rasa macam tenang je
tengok wajah lelaki di depannya ini.
Alfira telan liur apabila melihat
wajah reaksi Hakim yang sebegitu rupa. Kening yang sedikit tebal itu membuatkan
Hakim kelihatan...... lebih sempoi dan seksi. Hakim semakin pelik, kerana
Alfira masih lagi merenung ke arahnya. Hakim memeluk tubuh pula.
“Kenapa tengok saya macam tu? Masih
belum hilang lagi ke rasa menggoda saya kepada awak sejak saya menyanyi tadi?”
Alfira tersedar dan tersentak
sedikit. Dia berdeham.
“Apa awak cakap tadi?” Alfira
seakan-akan kurang jelas apa yang Hakim katakan. Dengar tadi menyanyi?
Menggoda? Itu je yang dia dapat tangkap oleh pendengarannya.
Hakim meleraikan pelukan tubuhnya.
Kedua tangannya dibawa masuk ke dalam kocek seluar.
“Awak cintakan saya tak?”
Membulat besar mata Alfira mendengar
soalan Hakim. Dia merenung tepat ke anak mata lelaki yang berkemeja kelabu itu.
“Dah sudah, saya tanya awak dah nak
balik ke?” cepat saja Hakim memintas sebelum Alfira ke pertanyaan yang lain.
Alfira masih memikirkan soalan tadi.
Tapi dia malas nak fikir banyak tentang soalan pertama Hakim itu.
“Jomlah, dah lewat malam juga ni.
Lagi lambat keluar, lagi lambat sampai nanti. Tak apa ke awak tumpangkan saya?”
“Kenapa? Awak tak nak balik dengan
saya ke?”
“Bukan macam tu. Saya tak mahulah nak
susahkan awak.”
Hakim menarik nafas perlahan.
“Menyusahkan apa pula ni. Kita sama haluan nak balik Melaka. Bukan susah mana.
Lainlah kalau awak nak ke Siam, itu memang susah dah.”
Alfira menjeling geram. Ada je Hakim
nak menjawab. Asal dengan sikap lelaki ni? Sekejap O.K, sekejap K.O. Aku datang
bulan pun tak ada sikap macam ni.
“Tu saya tahu. Tapi rumah kita bukan
bersebelahan pun. Saya ni tinggal dekat Bukit Katil dan awak dekat Krubong.
Jauh juga tu jarak dalam setengah jam. Tak susahkan awak ke?” Alfira mendongak
memandang lelaki itu.
“Awak kalau tak nak tumpang dengan
saya cakap je. Awak lebih rela bersama dengan kekasih awak Afendi tu, kan?”
“Apa awak cakapkan ni? Saya cuma tak mahu
susahkan awak.”
Ada mata-mata yang perasan dengan
pertelingkahan antara Hakim dan Alfira. Razif yang memandang pelik ke arah dua
orang itu. Tidak tahu pula dia Hakim dan Alfira rapat. Kenapa ya, mereka tu
macam sedang bertekak mulut je.
“Alfira ada apa-apa ke dengan Hakim
tu Farah?” Razif mula bertanya.
“Mana aku tahu. Biarlah mereka. Kau
nak sibuk-sibuk buat apa? Dahlah aku nak
balik dulu ni.” Farah meminta diri. Dia juga turut meminta diri dengan
rakan-rakan yang lain.
Razif hanya melihat saja dari jauh.
Memang tidak dengar apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Tetapi memang jelas
kelihatan wajah Alfira seperti tegang. Razif terus berlalu merapati rakan-rakan
lelaki yang masih lagi ada.
“Dah saya kata tak susah pun, tak la.
Awak tu yang sengaja beri macam-macam alasan. Jauh la itu la ini la. Nampak
sangat awak tak nak tumpang dengan saya. Nak tumpang dengan cinta hati awak tu,
kan? Dia sibuk dan dia yang minta saya untuk jaga awak!”
Hakim tidak tahu kenapa dia boleh
bersikap begini. Baik-baik mood dia
okey tadi, boleh pula Alfira beri banyak alasan. Geram juga dia bila dengar.
Lagi geram bila teringatkan kata-kata cinta Alfira kepada Afendi. Lagi terbakar
rasa hati ni.
Alfira rasa sepertinya panas di dalam
kepala sudah mencecah ke 100oc. Apa kena dengan Hakim ni pun dia tak
tahu. Mood lelaki ini tak boleh
diduga sama sekali!
“Awak nak kaitkan dengan Fendi ni
kenapa? Just say that you don’t want to
help me. It’s okay, I can ask someone else to take me home tonight!” Alfira
terus berlalu pergi. Dia tidak sempat mahu meminta diri dengan rakan-rakannya
yang lain. Dia takut air matanya akan tumpah di depan lelaki itu.
Hakim yang sepertinya baru tersedar
dalam kemarahannya itu terus mengeluh panjang. Dia menumbuk dinding dengan
perasaan yang geram dan perasaan bodoh. Dia rasa terlalu bodoh kerana tidak
dapat mengawal rasa marahnya tadi. Dia melihat Alfira yang sudah berlalu untuk
ke arah lif.
Kau memang buat aku gila panasaran
Fira!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan