DIA tengku
ke, dia millionare ke, dia lelaki
terkacak di dunia sekali pun, ada aku kesah? Huh, janganlah Tok mi ni nak
satu-satukan aku dengan anak cucu cicit kenalan dia lagi. Aku rimaslah! Rimas!
Salah ke umur dah nak cecah angka 30
tahun ni kalau tak kahwin? Aku tanya ni, salah ke?
“Salah. Nanti ovari expired!”
Giloss!
Aku
menoleh ke belakang, suara siapa lagi kalau bukan suara Tok mi. Macam tahu-tahu
aje apa yang ada dalam fikiran aku.
Puan Sri Laila tu Tok mi aku, dialah
paling susah aku tak kahwin. Tok yah pun tak cakap apa-apa dia dah pandai nak kondemkan aku dengan manusia-manusia tak
ada citarasa tu! Ishh! Rimas!
Tok mi melabuhkan duduk di sebelah
aku. Aku menutup buku yang berada di tangan aku dan meletakkan di sisi kiri
aku. Wajah aku memang dari pagi tadi dah mencemik. Macam orang tak cukup zat!
Zat apa?
Zat besi kut!
“Please
Fia, you need to marry this year! No matter what, apa yang Fia cakap,
alasan Fia semua tu, Fia tak suka, dia gemuklah, dia kurus sangat, dia tegap
sangat, badan dia macam tak cukup sihat, dia terlalu kacak, dia terlalu
romantik, dia terlalu selekeh, dia tak pandai jaga hati Fia.”
Huh! Semua sekali alasan selama 3
tahun berturut-turut Tok mi dah bentangkan depan aku. Tu lah alasan aku bila
nak tolak semua calon-calon Tok mi. Esok aku dah kena cipta alasan lain ni.
Urmmmm. Kita fikir jap lagi, ya.
“Yang tadi tu pula siapa? Tak
habis-habis lagi Tok mi ni nak carikan calon. Fia dah cakap Fia tak nak.
Titik!” Aku terus berdiri bangun. Ke meja cermin dan mencapai cekak rambut dan
dicekakkan di kepala aku. Nak cekakkan kat Tok mi, mana boleh. Dalam hidup ni,
aku hanya ada dia dan Tok yah aje. Walaupun, niat asal kalau geram memang nak
cekak-cekakkan aje.
“Dia Sharifah Badriyah. Dia ni kawan
arwah mama Fia. Baru setahun dia kembali ke Malaysia. Aunty Riya ada anak lelaki seorang dan anak perempuan dua orang.
Anak lelaki dia tu peguam.” Tok mi menceritakan detail tentang tetamu yang datang ke rumah pagi tadi. Aku angguk
aje tanda faham.
“Dah tu, apa kena mengena dengan
Fia?”
“Fia cubalah berkawan dengan dia,
mana tahu yang kali ni sangkut.”
“If
I say no?”
“You must to say yes! I already give
Aunty Riya your name card number. Mungkin esok dia
akan call Fia ajak jumpa and listen to Tok mi, date with him. Cuba
untuk masa depan Fia.”
Masa depan? Dulu aku belajar suruh
jauh-jauh dia cakap untuk masa depan. Ni aku dah belajar cukup punya jauh,
cukup punya tinggi, ingat tak ada lagi nak kena buat, tapi ada juga! Rimas!
Sampaikan aku nak sambung Phd dah tak bagi pula. Kata belajar tinggi-tinggi
untuk masa depan, ni nak buatlah ni. Tapi di halang.
Apakehel?
So,
nak tak nak, memang aku terpaksa berdating
dengan anak Riak tu. Urmmm Siapa nama anak Riak tu agaknya?
“Siapa nama anak lelaki Aunty Riak tu Tok mi? Aku menghadap Tok
mi. Tok mi membalas senyum senget. Senyuman gatal. Ingat aku gedik-gedik nak ke
jumpa lelaki tu?
Oh,
please okay, ni hanya sebab Tok mi, not
Aunty Riak, not anak kepada Aunty
Riak tu.
“Bukan Aunty Riak. Nama dia Sharifah Badriyah. Panggil aje dia Aunty Riya.”
Ampun! Maaf. Terdengar tadi Riak.
Rupanya Riya. Maaf, Aunty, Fia tak
tahu. Susah benor namanya. Tapi mana
tahu orangnya pun riak, kan? Macam anak dia. Aku doa-doalah anak dia riak.
Sebab boleh jadikan alasan nanti kalau nak tolak calon yang ni, calon ke berapa
agaknya? Nanti suruh Lisa kira. Aku malas nak kira.
“Nama dia Megat.”
Ohh Megat, macam jebat ke? Jebat
Shahnaz Ahmad tu, berlakon dengan Nelydia. Urmmm esok dah boleh minta Lisa
cipta alasan ni. Tapi kena scan dulu
orangnya macam mana.
Lisa, aku ada kerja untuk kau.
****
LISA dah
ketawa terbahak-bahak. Huh, bahak-bahak, nanti aku sumbat masuk cicak dalam
mulut tu, terui bunyi cicak pula!
“Aku tak ada masa nak kahwin ni
semua. Boleh tak kalau tak payah kahwin? Aku suka kut hidup macam ni. Aku tak
perlukan lelaki dalam hidup aku.”
Kata-kata aku tu memang betul pun.
Ini hidup aku, bukan hidup Tok mi. Aku boleh survive sendiri hidup ni. No
need nak kahwin bagai. Bukan aku lesbian,
tapi aku hanya tak suka lelaki.
Erk? Salah-salah. Bukan tak suka
lelaki, tapi aku tak nak fikir soal lelaki. Sejak bila? Sejak ni...
Sejak aku tersilap kawan dengan suami
orang! Huh, naya hidup aku masa tu.
“Kau tak nak ada anak? Kau tu seorang
aje tau. Hanya ada Tok mi dan Tok yah. Kau perlukan suami dan anak-anak. Nanti
kau dah tua siapa nak jaga kau?” Lisa dah bersuara. Aku dengan senang jawab
macam ni aje...
“Apa guna ada anak yatim? Aku boleh
pilih mereka untuk hidup bersama aku.”
Nampak? Kacangkan jawapan sakai aku.
“Giloss!
Suka hati kau la Fia! Malas nak bercakap dengan kau ni.”
“Malas nak bercakap, nanti kejap lagi
datang meja aku bercakap dengan aku juga.” Jeling aku ke arah Lisa. Geram aje
dengan bini dan mak orang ni. Tak padah dengan perut dah melayut. Urmmm, Lisa
tengah mengandung tu, baru 4 bulan. Masuk kandungan ni dah nak masuk dua orang
anaklah.
“Ni mesti duk kutuk perut aku! Dah
dah, petang ni kau pergi tengok apartmen yang ni. No rumah 2324. Dia nak
ubahsuai reka bentuk dalaman ruang tamu dan dapur dia.” Lisa memberi aku satu
fail berwarna kuning cair itu. Aku pun buka fail tersebut dan tengok segala
maklumat yang ada.
“Encik Furqan.” Nama lelaki tu termuncul keluar juga dari mulut aku.
Fur....Qan? Apa nama ni? Pelik pula.
Nama aku juga yang sedap.
Ilmi Syafia.
Aku tersenyum mengejek. Nama Furqan?
Entah mana dapat nama Furqan. Tak pernah dengar. Aku menjelir lidah ke arah
fail kuning tu. Seolah-olah macam menjelir lidah dekat tuan punya nama yang
pelik. Huh, bukan Encik Furqan tu tahu pun.
Aku gila? Aah kut. Kadang kepala terputus
fius ada juga dalam kepala otak ni. Lantaklah. Bila terpandang kad nama Encik
Furqan tu, aku teringat pula dekat anak riak yang Tok mi cerita semalam. Anak
riak tu nama Megat. Dan dia peguam. Samalah macam Encik Furqan ni, peguam juga.
“Furqan & Co.” Furqan and company. Peguam.
Yang aku tahu peguam ni biasanya
pendiam. Tapi pendiam mereka bukannya bodoh, kalau bodoh, buat apa boleh jadi
peguam, kan? Pendiam mereka tu sebab berfikir. And satu lagi, peguam ni kalau cakap mesti nak betul aje, nak
menang aje, kan? Senang juga ni kalau jumpa Megat. Nanti ada alasan nak beri
dekat Tok mi kenapa aku tak ngam dengan anak riak tu.
Tak ngam sebab Megat cakap nak betul
aje, aku cakap semua nak bangkang! Huh! Tak payahlah Lisa tolong fikirkan idea,
aku dah dapat dah. Patut berterima kasih dekat Encik Furqan ni sebab nampak
nama kad dia aje, dah dapat beri aku idea.
“Terima kasih Encik Furqan.” Aku
tersenyum senang. Horay!
Rasa aman pula hidup pada pagi ni.
Tapi terus jadi jahanam bila tiba petang. Sebab...
“Boleh saya tahu yang encik minta
saya ke sini sebab nak buat pengubahsuaian apartmen ni, kan?”
Encik Furqan diam saja. Dia tenung
aku dari tadi. Dah kenapa? Gila? Kurang siuman? Kalau nak tahu, dah 20 minit
aku duk berdepan dengan Encik Furqan ni tau. Tapi satu patah haram jadah dia
tak bercakap. Dia tengok aku aje. Aku pula?
Aku tengok dia jugalah!
“Boleh tahan juga. Cantik, menarik.”
Aku menarik nafas lega. Bersuara juga
lelaki ni. Ingat bisu tadi.
Ada ke peguam bisu?
“Encik nak ubah suai agar cantik dan
menarik ke? Encik nak ubahsuai yang macam mana? Untuk apartmen encik ni, saya
rasa tak banyak nak diubah. Cuma perlu banyak untuk ditambah.” Ujar aku. Aku
nak cepat ni tau, tak boleh berlama-lama.
“Saya tak nak ubahsuai apa-apa pun.
Sengaja saya suruh awak datang.”
What?!
Giloss! Apa kes ni? Aku banyak kerja. Bukan ada appoiment dengan dia ni aje, banyak lagi klien aku nak jumpa!
Aku bangun dan berdiri.
“Awak gila? Tak siuman? Terencat ke
apa? Yang saya tahu, saya ke sini sebab nak bantu klien saya untuk
pengubahsuaian rumah dia. Tapi saya datang sini, tunggu awak nak bercakap pun
ambil masa 20 minit. Saya ingat awak bisu ke, sembelit ke, sebab tahi keras,
semalam tak makan sayur. Tapi rupanya awak sengaja suruh saya datang sini?
Boleh explain tak kenapa? Saya tak
nak bua...”
“Lagi satu, saya suka orang banyak
bercakap. Macam awak.”
Aku belum habis membebel, dia dah
mencelah. Apa kes ni?! Nak apa ni? Aku tenung lelaki yang sedang duduk tu atas
bawah. Kacak? Ya kacak. Tapi tak akan buat aku terpikat pun!
“Saya nak balik. Terima kasih Encik
Furqan. Terima kasih banyak-banyak sebab buat saya gila hari ni.” Ujar aku dan
nak berlalu pergi.
“Saya Megat. Megat Furqan Bin Megat
Ezwan.”
Langkah kaki aku terhenti. Aku terdiam
sejenak berdiri membelakangkan lelaki itu. Megat?
“Saya anak lelaki Syarifah Badriyah.”
Ujar lelaki tu lagi. Sah! Dialah
Megat yang Tok mi cakap semalam. Dan masa tulah hidup aku kucar-kacir.
****
“SAYA nak
jumpa dengan Cik Ilmi Syafia.”
Aku yang terdengar suara lelaki tu,
pantas menoleh ke arah meja setiausaha aku. Lelaki? Wajahnya tak jelas, sebab
lelaki tu membelakangkan aku.
Aku terus mengambil helaian-helaian
yang aku print tadi. Aku mendekati
meja Afifah.
“Ya, saya Ilmi Syafia. Kenapa?” Aku
terus bersuara dan...
“Awak?” Terkejut beruk aku bila
lelaki tu menoleh ke arah aku. Jahanam hidup aku. Nak apa lagi ni?
“Jom, kita keluar lunch.”
Apakebenda ni?
Ajak keluar lunch? Aku tak nak.
Semalam dah aku cakap dengan Tok mi yang aku tak nak!!!!!!!!
“Awak mesti nak. Tak boleh tak nak.”
Giloss!
Ni nak jadi Tok mi dengan Lisa ke? Dah pandai baca fikiran aku.
“Siapa awak nak paksa-paksa saya?”
Tanya aku berani. Aku memang berani pun.
“Bakal teman lelaki, bakal tunang, atau
bakal suami?” Selamba dia jawab macam tu sambil berpeluk tubuh.
“Siapa yang nak jadi bakal teman
wanita awak? Bakal tunang awak, dan bakal isteri awak?” Aku masih membalas.
Ambil kau!
Dia tersenyum senget. Menampakkan
lesung pipit dia di pipi kiri. Handsome! Aku
tak sengaja terpuji pula. Aishhh, tarik balik!
“Lupa pula nak beritahu... Apa yang saya
nak, saya pasti akan dapatkan. Apa yang saya cakap, saya pasti akan jadikan
ianya realiti.”
Mulut aku melopong. Nak masuk lalat
pun masuklah, biar mati sebab tertelan lalat banyak, daripada kena kahwin
dengan manusia depan aku ni. Kalau biawak ada pun, aku beri aje biawak masuk
dalam mulut aku, biar cepat sikit putus nyawa!
Afifah dah tengok aku pelik. Aku
hanya angkat bahu saja buat tak tahu. Aku nak aje menyumpah seranah lelaki ni.
“Saya tunggu awak dekat bawah. Kereta
mini cooper lama berwarna merah. Kalau 10 minit awak tak turun. Esok juga saya
minta Tok mi bersedia untuk nikahkan kita.”
Aku lagi melopong! Dengar tak apa dia
cakap? Dengar tak?!
Aku tengok aje lelaki tu keluar dari
pejabat aku ni. Keluar dengan gaya bersahaja. Tanpa senyum, tanpa muka ketat,
tanpa muka masam. Muka macam orang tak ada perasaan.
Aku nak turun ke tak ni?!
****
AKU pandang
dia, dia pandang aku. Bila dia pandang aku, aku tak pandang dia lagi. Aku
buat-buat tengok meja makan, buat-buat tengok tangan aku. Aku buat-buat tengok
kuku jari tangan aku. Aku buat-buat tak tahu.
“Saya dah suka kat awak.”
“Kenapa awak suka saya?”
“Sebab hati saya bergetar hebat bila
dengar nama awak. Tu baru dengar nama aje. Bila tengok rupa awak semalam...”
Aku merenung dia tajam. Aku menunggu
kata-kata dia yang seterusnya. Bila dia tengok muka aku semalam kenapa?
Ecehh! Konon bergetar hebat. Nak
cakap yang dengar nama aku je hati dia dah nak meletop. Nak jatuh cinta. Mesti
lepas ni dia cakap yang bila nampak aje rupa aku semalam, hati dia dah cair
jadi madu. Nak jilat-jilat! Macam tu?!
Poyo!
Giloss! Ayat manis! Diabetes!
“Bila nampak rupa awak semalam, tak
adalah cantik sangat. Biasa aje.”
Siut!
Bedebah betul! Aku ingat dia nak puji aku cantik macam Datuk Siti Nurhaliza
ke, tapi hampeh!
“Tak
adalah rupa macam Datuk Siti Nurhaliza pun. Rupa awak ni macam Saloma, bini
P.Ramlee.”
Rahang aku dah nak jatuh ke bawah.
Apa dekat muka aku ni ada beritahu ke apa yang aku sedang fikir? Dia ni tahu
aje baca fikiran aku. Ni ada ambil berkat dari Tok mi dengan Lisa ke?
Kejap lagi memang kena soal siasat
Lisa dan Tok mi ni!
“Jawapan awak jangan nak sakai
sangat. Okey, saya nak beritahu awak...” Aku terhenti dari berkata.
Nak panggil dia apa? Megat ke Furqan?
Tapi aku lebih suka nama pelik tu. Furqan.
“Panggil saya Qan.”
Aku tengok kiri kanan. Mana tahu dia
ada bawa hantu raya dia sekali dekat sini. Tahu aje apa aku fikir.
“Okey, Qan. Ya, Qan. Saya tak nak
lagi jumpa awak, berkenal-kenalan dengan awak. Tak nak. Saya dah beritahu
dengan Tok mi saya, yang saya tak nak ada apa-apa lagi dengan awak. Walaupun,
kita baru jumpa 2 kali. Termasuk sekarang. Sekali je saya jumpa awak, dah buat
saya ni meluat. Tak nak. Faham?”
“Kenapa? Salah ke kalau kita
bersama?” Aku dah angkat kening bila Furqan tanya aku soalan sengal tu. Salah
ke kalau kita bersama?
“Ya, memang salah. Sebab saya tak
suka awak. Bukan awak aje calon nenek yang saya tolak. Dah berpuluh-puluh calon
saya tolak. Termasuk awak. Tolong saya tak nak.”
“Macam saya cakap, saya akan dapatkan
apa yang saya nak. Apa saya cakap, saya akan jadikannya realiti.” Wajahnya tak
angkuh. Tapi kata-kata dia tu macam ajet menjadi
aje.
“Tolong. Saya tak nak ada apa-apa
dengan awak.” Rayu aku. Dah malas dah sebenarnya. Nak marah, nak jerit, aishh
malas aku!
“Kita beri masa untuk hubungan kita.”
Ni aku pelik. Aku dah kata aku tak
nak. Apa pasal dia nak beri masa pula ni? Aku tak nak juga masa dia.
“Saya tak nak. Awak berilah saya masa
10 tahun sekali pun, 20 tahun pun, saya tak nak.” Aku dah tak tahan. Tak faham
ke aku cakap aku tak nak?
Dia tersenyum sinis. “Saya beri masa
sehari untuk awak fikirkan. Dan sebulan untuk baikkan hubungan kita.”
Giloss!
“Saya
dah suka awak Ilmi Syafia. Saya tak pernah seangkuh ni bila saya berkata
demikian. Saya tak pernah juga segila ni bila dah sukakan seseorang. Ini kali
pertama saya turut kata-kata ibu saya.”
Aku terpana.
Aku terkulai.
Aku terpanasaran!
“Aunty
Riak tu belum tentu sukakan saya.”
Aku tengok Furqan dah gelak
terbahak-bahak depan aku ni. Sampai nak menangis aku tengoknya. Keluar air mata
bagai. Dah kenapa?
“Aunty
Riya. Not Aunty Riak. Kelakar awak ni. Serius, you’re so funny to me.”
Kelakarlah sangat. Siapa suruh nama
ibu dia macam nak sebut perkataan riak? Nasib baik dia tak marah. Mana tahu
tiba-tiba dia pelangkung aku dengan
pasu bunga atas meja ni ke? Tapi bagus juga, ada alasan nak tolak mamat ni jadi calon Tok mi.
Tak habis-habis 3 tahun ni, hidup aku
hanya cari alasan nak tolak semua calon-calon lelaki Tok mi ni. Dan kenapa nak
tolak yang ni susah sikit? Lain macam. Urmmm.
****
SEMUA
setuju minta aku berikan masa untuk hubungan aku dengan si Furqan tu. Semua ni
gila ke?
“Berikan masa. Apa kau nak takut? Dia
bukan suami orang kut. Dah cukuplah tu, dah bertahun berlalu, apa lagi kau nak
fikirkan lagi.” Lisa nasihatkan aku. Lisa ni, aku tak nak nasihat dia pun, dia
tetap nasihatkan aku. Inilah gunanya kawan, walaupun, dia tahu aku tak pernah
dengar nasihat dia, dia tetap nasihatkan aku.
“Masalahnya, hati aku dah terkatup
rapat. Aku tak boleh suka dia. Bukan dia aje, semua lelaki. Aku tak nak.”
Ya, hati aku ni macam dah keras. Aku
bukan takut dikecewakan, aku rasa kalau aku kecewa pun aku dah tak kisah. Tapi
tolonglah, aku dah tak nak ada kaitan dengan lelaki. Kecuali Tok yah aje.
“Kau sebenarnya takut. Kau trauma
lagi ni.”
Erk? Kan, aku dah kata, Lisa ni bela
hantu. Tahu aje apa dalam kepala aku ni.
“Bukan macam tu. Kau fikirlah Lisa.
Aku baru kenal dia. Dua hari aje. Dua hari ni pun tak sampai 24 jam aku
bersemuka dengan dia. Aku tak tahu apa-apa tentang dia. Dia minta berikan aku
masa sehari untuk fikirkan semula. Dan sebulan untuk baikkan hubungan aku
dengan dia. Masalahnya, aku bukan ada gaduh pun dengan dia, nak baikkan apa
pula? Baik dia tolong baikkan hati aku ni, yang dah sakit sangat sebab dia!”
Panjang lebar aku membebel.
“Dia tengah nak cuba baikkan hati kau
la ni. Kau tu yang tak nak. Tolong Fia, cuba.” Lisa seperti berharap.
“Lagipun, aku suka tengok dia. Relax aje Furqan tu. Kacak pun kacak.
Apa lagi kau nak? Kau nak tolak dia sebab dia terlebih kacak ke? Alasan tu kau
dah guna 3 bulan lepas.” Ujar Lisa lagi. Aku termangu.
Cepat Fia cari alasan lain. Cari
alasan lain.
“Huh, kereta dia tu kereta buruk!
Sakai betul. Mini cooper lama. Kereta Mr Bean tu. Uishh! Aku tak sukalah lelaki
guna kereta tu.” Alasan ni boleh jadi tak?
“Peguam kut. Aku rasa banyak lagi dia
punya kereta. Besar-besar semua.” Lisa nak menangkan Furqan!
“Amboi, aku yang naik kereta dia tadi
tu kau tak fikir. Macam nak keluar dari kereta tu tau. Aku rasa macam aku pula
nak lari pecut! Apa punya kereta entah, lembab gila!”
Aku asyik membebel. Iyalah, kereta si
Furqan tu kereta besi lama. Ish, style
like orang kaya. Kereta pula tu macam besi nak riuk dah!
“Cinta tu, kau beri beribu alasan
pun, kalau dah nak hadir cinta tetap hadir. Mungkin sekarang kau beri beribu
alasan, tapi nanti kerana beribu alasan tu mungkin akan ada satu alasan yang
kau cintakan dia. Bukan satu je, boleh jadi, beribu alasan tu buat kau sukakan
dia.”
Lisa dah kaitkan tentang cinta.
Cukuplah selama ni aku hidup hanya bekerja keras untuk syarikat aku ni. Ilmi
Design & Interior Decorations. Ilmi segalanya. Lepas kecewa, aku habiskan
masa dengan Ilmi. Bangun pagi Ilmi, makan Ilmi, tidur pun mimpikan Ilmi. Ya,
syarikat aku ni yang banyak buat aku lupakan masalah aku. Pada aku, biarlah
masalah syarikat yang bermain dalam kepala, jangan masalah lelaki yang terselit
dalam otak ni. Buat haru aje hidup!
Tapi satu alasan dalam beribu alasan
yang aku berikan untuk menolak cinta Furqan. Hanya ada satu buat aku sedar.
Mata dia sepet! Tu buat aku macam
suka pula tengok dia.
Erk? Hahahah dalam banyak-banyak
alasan. Tu je boleh jadi alasan aku suka dekat Furqan? Giloss!
Betul ke kata Lisa, bila aku selalu
cari beribu alasan untuk tolak Furqan, mungkin akan ada satu alasan yang buat
aku terperangkap dengan Furqan? Kalau tak satu alasan, mungkin alasan yang
beribu-ribu tu akan buat aku terikat dengan peguam tu. Tapi alasan apa? Nak
cintakan orang tak perlu ada alasan. Tapi kenapa Lisa cakap lain?
****
AKU melihat
kereta yang berada di dalam perkarangan banglo rumah Tok yah. Kereta siapa? BMW
X6. Aku memakirkan kereta aku di sebelah kereta tersebut. Aku mengambil
barang-barang kerja dari belakang kereta dan terus menutup pintu kereta aku.
Ni calon baru ke? Aku dah cakap
dengan Tok mi semalam, yang aku tak nak pun terima Megat Furqan tu. Tok mi pun
diam aje. Huh, ni mungkin Tok mi dah carilah tu calon baru.
Aku terus masuk ke dalam.
“Assalamualaikum.” Salam aku berikan.
“Waalaikumussalam.” Jawab semua
orang. Aku tak toleh pun muka mereka semua. Aku letakkan kasut tumit tinggi aku
tu di dalam almari kasut. Sudah tu, baru aku pandang semua.
“Dah balik pun. Malam balik ni, sibuk
sangat ke?” Tok yah dekati aku. Dia memaut bahu aku dan mengajak aku
mengikutinya ke arah tetamu yang datang ke rumah tu.
Aku tengok satu persatu. Pertama, seorang
lelaki dalam lingkungan 50-an. Kedua, huh, ni aku dah kenal sangat. Aunty Riak!!!! Jadinya, ini keluarga
Megat Furqan! Ohhh no! Aku berharap Tok mi cari calon baru aje, daripada Furqan
ni. Sebab dengan Furqan, aku dah beri macam-macam alasan pun, tetap juga susah
nak keluar dari perangkap lelaki ni!
“Hai Fia.” Tegur Aunty Riak kepada aku. Ishhh, asal susah sangat aku nak cuba
hilangkan menyebut perkataan riak ni?
Nak tak nak kena layan juga. Tapi
mana Furqan? Tak ada pun.
Ish! Buat apa aku cari lelaki tu?
Baguslah dia tak ada.
“Hai aunty. Dah lama sampai?” Aku cuba beramah.
Aku menunduk mencium tangan Aunty Riya. Selepas itu, aku mencium
pula tangan suaminya yang di sebelah. Aku meletakkan beg dan barang kerja aku
bersebelahan dengan Tok mi. Aku melabuhkan duduk sebelah Tok mi.
“Lama juga. Sempat tadi makan malam
dekat sini.” Jawab Aunty Riya. Aku
mengangguk.
“Suka aunty dapat jumpa dengan Fia. Baru ni dapat jumpa dengan Fia.” Ujar
Aunty Riya teruja. Jumpa aku pun
teruja ke? Aku bukannya Ziana Zain pun.
Baik aku blah dulu. Dahlah penat. Ni
pun bertegur sapa pun dah kira baik. Bukan sombong, tapi aku tak nak beri orang
harapan. Satu hari untuk berfikir dah berlalu. Satu hari masa yang diberikan
Furqan semalam dah habis. Aku buat tak tahu saja. Biarlah. Aku memang tak nak
ada apa-apa dengan dia pun.
“Saya dah bincang dengan famili
kita.”
Aku rasa macam pernah dengar suara
ni. Aku terus menoleh ke arah pintu rumah banglo Tok yah. Furqan? Ingat tak
ada. Ada rupanya. Pantang betul nama kena sebut. Walaupun, sebut dalam hati,
ada aje dia muncul.
Furqan menghampiri kami semua. Aku
yang dah angkat punggung nak naik atas, terus tak jadi. Terus aje duduk semula.
Furqan melabuhkan duduk di sebelah ibunya. Dia kini berhadapan dengan aku.
“Saya beri awak masa sehari untuk
fikirkan tentang kita.”
Aku angguk saja. Betullah, dia memang
ada beri aku masa sehari untuk berfikir dan sebulan untuk membaikkan hubungan
aku dengan dia. Aku melihat satu persatu manusia yang berada di ruang tamu
banglo ni. Dari ibu Furqan sehinggalah ke wajah Tok mi. Dan akhir sekali
terhenti di wajah Furqan yang bermata sepet tu.
“Jadinya, seharinya dah habis. Hari ni
saya datang nak maklumkan pada keluarga awak dan keluarga saya, yang kita akan
cuba untuk memahami antara satu sama lain. Saya nak hubungan kita lebih
serius.” Dengan tenang Furqan berkata begitu. Aku?
Aku mana boleh tenang lepas dengar semuanya.
Rasa nak jerit. Tapi memalukan nanti. Rasa nak pijak-pijak aje Furqan waktu ni.
ISHHHHHHH!
“Tapi.... Tapi saya tak beri apa-apa
kata persetujuan.” Jawab aku tenang. Dalam hati tak tenang doh!
“Diam tanda setuju. Itu yang saya belajar.
Diam tu tandanya awak setuju.” Mudahnya Furqan cakap. Gila ke? Huh, mereka
semua ni kenapa diam? Tengah sembelit ke?
“Baguslah. Tok mi tahu yang Megat
memang untuk Fia.” Huh baru Tok mi nak bersuara. Ingat tadi berak!
Tapi apa yang Tok mi cakap aku tak boleh
nak setuju. Cuma, asal kepala dalam rumah ni angguk aje apa Tok mi kata tadi?
Aku pasti, Tok yah seorang aje yang tak setuju dengan kata-kata Tok mi. Tok yah
hanya akan ikut kata aku aje. Aku menoleh ke arah Tok yah.
Allah! Tok yah pun angguk sekali!
“Betul kata awak Ila. Saya pun rasa
yang Megat sesuai untuk cucu kita.” Lagi Tok yah cakap macam tu. Yang aku? Nak
pitam dah!
“Saya dah pilih awak Fia. Dan saya
juga harap dalam masa terdekat ni, saya dapat buat awak memilih saya juga.”
Bila masa aku nak kau pilih aku? Aku
tak suruh pun kau pilih aku. Aku pun tak nak pilih kau!
“Kenapa saya perlu pilih awak?” Tanya
aku. Merenung tepat ke dalam anak mata Furqan.
“Sebab hati saya dah pilih awak sejak
pertama kali dengar nama awak.”
Poyo!
Jangan nak gula sangat! Ingat aku terpikat?!
****
KEJADIAN yang aku tak boleh terima kelmarin sudah 3
hari berlalu. Tiga hari juga aku terseksa. Rasanya lebih seksa dari aku kena
hempuk dengan isteri bekas kekasih aku dulu! Kalau diminta suruh pilih antara
bersama dengan Furqan atau kena hempuk dengan isteri bekas kekasih aku tu, aku
lebih rela kena hempuk kut!
Aku memang rasa sengsara sangat sejak
tu. Sebab apa? Sebab...
“Hello. Ada apa ni call pagi-pagi?”
“Good
morning. Dah bangun belum ni?”
Aku rasa nak hempuk! Mana dia dapat
nombor aku ni?! Ni tak lain tak bukan..
“Semalam sebelum balik, Megat minta
nombor telefon Fia. Tok mi dah bagi. Nanti kamu boleh sembang panjang-panjang
dengan dia.”
Aik? Sesuka nak bagi nombor aku.
Nasiblah Tok mi ni aku cinta separuh mati tau! Aku diamkan aje. Ni lagi satu, bakpe aku nak sembang dengan mamat yang konon cintakan aku sejak
dengar nama aku tu? Ada apa dengan nama Ilmi Syafia? Rasanya sebelum ni tak ada
pun calon yang terpikat kat aku segila macam Furqan tu terpikat. Ya, ya aje ni
sejak dengar nama dah terpikat! Nampak benor
nipunya!
“Nak sembang apa pula ni? Rimaslah!
Fia banyak kerja ni.” Jawab aku malas. Memang tadi aku balik rumah bawa kerja
bertimbun pun. Nak settlekan sebelum
aku kena ke Kedah untuk projek baru.
“Sembanglah nanti nak buat kenduri
kahwin macam mana, nak berapa ribu hantaran. Nak baju warna apa, nak buat
majlis resepsi dekat hotel berapa bintang, lagi sembanglah nak berapa orang
anak.”
Aku yang dekat dalam bilik dah
melopong. Aku belum kata setuju lagi tau nak kawan dengan si Furqan tu. Ni Tok
mi dah cakap macam tu? Siap nak berapa orang anak?
Aku pun turut jawab pertanyaan Tok mi
yang berada dekat luar pintu bilik aku ni. Walaupun, pintu bertutup, aku tahu
Tok mi ada tercegat dekat depan pintu tu dengan setepek putih macam pontianak
bedak sejuk dekat muka. Bersama baju kepak kelawarnya!
“Buat kenduri dekat siam. Hantaran
telekung dan senaskah al-Quran. Nak baju warna hitam. Nak buat majlis resepsi
dekat motel. Cukup ada dua orang anak saja. Anak tekak Fia satu, anak tekak
Furqan satu.” Laung aku dari dalam.
Dan...
Bummmm!
Ya Allah, ni macam filem seram yang
terhangat sekarang ni, cerita pelakonnya Nabila Huda dan Syamsul Yusof tu. Apa
tu? Huh! Munafik! Serupalah macam filem seram tu. Tok mi dah tolak pintu bilik
aku berdentum macam kena bom! Dengan rambut dia serba putih, muka pun putih
dengan bedak sejuk. Huh! Muka Tok mi pun dah semacam je tu.
“Itu macam nak nikah lari aje!” Marah
Tok mi sambil bercekak pinggang.
“Okey lah tu. Jimat bajet.” Aku jawab
sambil menunduk tengok fail kerja.
Ulang cerita pasal Furqan call pagi buta tu.
“Dah tentulah dah bangun. Dah tu
siapa jawab panggilan awak ni?” Jawab aku malas. Dah mamai ni. 6 pagi dia
telefon ni buat apa? Nak buat qiamulai ke?
“Baguslah dah bangun. Nak ucap
selamat pagi aje dekat bakal isteri ni.”
Buerkkk
Aku rasa dengan gigi-gigi sekali nak tanggal bila muntah ni!
“Bila masa saya kata nak jadi bakal
isteri awak?”
“Semalam.”
“Mana ada. Saya diam aje.”
“Diam tu tanda setujulah sayang.”
Sayang..sayang.. Nanti melayang! Dah
melayang, memang aku tak akan terbayang-bayang! Piraahh!
“Saya
tak rasa saya akan jadi bakal isteri awak.”
Memang betul pun, aku tak rasa aku
akan bakal isteri dia. Isteri tu pun lagi tak mungkin! Macam ni minta Tok mi
aje kahwin dengan Furqan! Ni rasa berdegup dup
dap dup dap tak ada pun. Rasa mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak
kenyang pun tak ada rasa. Jadinya, dia memang bukan jodoh akulah tu.
Aku tidur pukul 2 pagi pun, tak cukup
tidur, tetap juga rasa cukup tidur. Tak perlu nak bercinta dengan dia bagai,
aku dah bahagia hidup macam ni.
“Tapi saya rasa... Dengan hanya
dengar nama awak, dah buat saya tak sabar untuk nantikan hari esok. Itu belum
tengok lagi muka awak. Bila dah tengok muka awak. Mimpi saya pun hanya milik
awak seorang tau.”
Aku nak tanya, dia betul ke ni lawyer? Atau dia ni anak ikan mak datin
dekat luar sana? Manisnya mulut bak gula pasir nak buat air kopi dan teh!
“Saya memang lawyer. Tak semestinya lawyer
tak boleh berkata-kata romantik macam ni.”
Aku cakap dalam hati ke atau
terkeluar cakap dengan dia? Rasanya aku cakap dalam hati. Pasaipa dia boleh jawab soalan dalam hati dengan tepat ni?
“Saya nak tidur!” Jawab aku geram. Betullah.
Aku nak tidur. Kejap lagi nak jumpa klien pukul 9.
“Ni dah 6:30 ni. Solat subuh dulu,
ya. Saya akan doakan yang hati awak terbuka juga untuk saya nanti.”
Aku terus matikan panggilan tu.
Kenapa nak doa bagai ni? Macam mana kalau Allah makbulkan yang aku akan jadi
milik dia? Ya Allah, kenapa mesti dia?
Aku mengucap panjang. Tak boleh cakap
macam tu dekat Allah. Mungkin ni ujian yang aku kena tempuh. Ya, aku kena
tempuh ujian ni, tempuh ujian supaya aku dapat jauh dari Megat Furqan tu. Sukar
betul ujian Allah beri kali ni. Susah... susah...
****
AKU melangkahkan
kaki aku untuk ke kereta aku. Selesai dah berjumpa dengan bos besar projek dekat
Kedah tu. Aku dan Lisa terus memboloskan diri ke dalam kereta.
“Dia suka kau. Cuba kau buka hati kau
ni sikit.”
Aku menoleh sekilas ke arah Lisa.
Sekilas aje, kalau tenung dia lama-lama karang, kena cium dengan tiang lampu
pula. Aku tengah memandu ni kut! Walaupun, rasa nak cekik aje Lisa waktu ni,
tapi aku tak nak mati lagi. Ilmi nanti siapa nak jaga?
Aku diam. Aku tak nak bahas soal ni
lagi. Tak lama lagi aku dah nak ke Kedah. Ada projek untuk ubahsuai bilik
resort. Sambil tu, mungkin aku boleh fikir. Dah dua minggu juga telinga aku ni
dengar suara Furqan. Walaupun sibuk, Furqan tak pernah miss untuk telefon aku. Aku mengaku aku dapat biasakan diri dengan
dia sekarang. Walaupun, bila bercakap dengan dia, aku rasa macam nak kena
kencing manis, sikit-sikit dia nak korek perasaan aku. Sikit-sikit nak cakap
pasal hati dan perasaan dia pada aku.
“Jangan cuba untuk buang perasaan
yang semakin mendatang dalam hati kau. Aku tahu, kau diam kali ni sebab kau dah
tak ada alasan nak beri untuk tolak Furqan, kan? Selalu kau asyik menjawab aje
apa kata aku. Ni, tak ada jawab apa. Kau diam aje.”
Macam terkena batang hidung sendiri,
bila Lisa berkata macam tu. Betul ke? Aku dah tak ada alasan lagi nak lari dari
Furqan?
“Dia lelaki baik. Sejak pertama kali
aku jumpa dia, aku tahu dia baik. Jarang nak jumpa lelaki baik sekarang. Nak
kata dia nak harta kau? Dia tu pun banyak harta. Berkepuk-kepuk harta dia. Ayah
dia tu Dato Megat Ezwan kut. Berapa banyak harta dia ada? Furqan pun ada
syarikat guaman sendiri. Dia tak mukin macam bekas kekasih tak guna kau tu,
yang hanya nak harta kau.”
Aku memandu macam mayat hidup.
Pandang depan saja. Nasib baiklah ni lebuh raya, tak ada belok-belok,
simpang-siur, nasib tak ada.
Ya, nak lelaki yang baik sekarang
susah. Zaman pun sekarang makin maju. Otak manusia pun makin maju. Maju nak
mempermainkan gadis seperti aku! Aku mengaku aku kecewa dulu, terlalu kecewa.
Hidup aku hanya ada Fuaz aje. Arwah papa dan mama meninggal masa umur aku 10
tahun. Sejak tu Tok mi dan Tok yah jaga aku. Tok mi dan Tok yah pun hanya ada
anak seorang aje, arwah papa aje anak mereka. Dan cucu mereka pun hanya aku
saja. Aku mengaku, dari sekolah aku tinggal di asrama. Habis aje sekolah, aku
sambung belajar di luar negera, dan bertemu dengan Fuaz. Itu saat bahagia,
semua rasa sunyi hilang bila dia ada bersama. Rupanya, dia tu suami orang.
Selama 4 tahun aku berkawan dengan suami orang. Memang patut bila balik
Malaysia, aku kena hempuk!
Tok yah dan Tok mi nak saman mereka,
tapi aku larang. Aku tak nak. Aku malu. Kalau kes ni tersebar, mana aku nak
letak muka? Bini Fuaz tu pun macam sasau aje. Macam orang gila! Aku tak tahu k,
yang aku kawan dengan suami orang. Sumpah tak tahu! Kalau tahu, memang dah lama
aku baling tikus dekat Fuaz tu!
Ya, Furqan lelaki yang baik setakat
ni. Furqan lelaki yang penyabar dengan aku. Dia selalu bertanya khabar aku,
walaupun hanya seminit aje aku boleh bercakap dengan dia dalam talian. Dia
selalu ke opis aku, ajak aku keluar makan. Kadang aku tolak, sebab aku sibuk.
Tapi Furqan tak kisah. Furqan terus keluar. Aku terasa hati juga, takut dia tak
dapat tahan dengan perangai aku ni. Aku takut juga dia merajuk.
Erk? Kau dah kenapa Syafia oii, dah
fikirkan hati Furqan sekarang ni pula?
Tak lama lepas tu, dia datang lagi.
Dia bungkus makan untuk aku. Laaaa, ingat merajuk, rupanya tak.
“Tak cukup lagi ke Furqan ambil berat
tentang diri kau? Bila dia datang opis, kau tak ada, dia tanya kat aku yang kau
dah makan belum.” Aku mendengar lagi Lisa membebel. Rasa lama pula ni nak
sampai opis aku bila dah dengar Lisa membebel panjang.
Ya, dia bukan saja ambil berat pasal
aku. Dia ada juga kadang singgah rumah Tok mi. Saja aje nak datang ziarah.
Walaupun, masa tu aku tak ada. Dia hormat orang tua juga. Pandai dia layan Tok
mi dan Tok yah.
Aku mengaku, dalam beberapa minggu ni,
aku dah terbiasa adanya Furqan dalam hidup aku.
****
Maaf, saya tak dpt nk
call awk. Saya ada kes tgh hari ni. – Megat Furqan
Aku membaca pesanan whatsapp yang diterima dari Furqan.
Automatik aku tersenyum. Terfikir juga, kenapa dia tak ada call pagi ni. Pagi tadi masa subuh, dia ada hubungi kejap. Dan
selalu, dalam jam 10 atau 11 pagi, mesti Furqan akan hubungi dia, saja, dia
akan tanya pasal kerja aku, tak pun kita orang akan berbual pasal kerja dia.
Tapi hari ni tak ada. Hanya dapat whatsapp
dari dia aje.
“Asyik senyum aje bos ni. Saya
sukalah tengok bos sekarang. Macam berseri-seri aje.”
Aku terus mengangkatkan wajah aku.
Afifah sudah pun berdiri tegak bersama fail di depan meja kerja aku ni. Tak
perasan. “Tak ketuk pintu ke?”
“Naik tercabut dah tangan saya ni
ketuk pintu. Saya masuklah, ingat apa-apa jadi dekat bos, rupanya masuk aje,
bos tengah tersenyum-senyum.”
Ya ke? Aku tersenyum-senyum? Apa hal nak
tersenyum-senyum pula ni? Aishhh! Ni dah parah dah!
“Ni fail yang bos kena semak. Saya
keluar dulu.” Afifah meletakkan beberapa fail di atas meja aku. Dia kemudian,
meminta diri untuk keluar.
Qan! Awak dah buat saya hilang separuh dari
diri saya!!!
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku
melihat nama si pemanggil. Furqan?
“Hello.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusssssssalammmmm.” Huh,
ambil ni. Sengaja nak kenakan aku kan. Panjang aku jawab salam.
“Alhamdulillah. Sedap saya
mendengarnya.” Ciss! Sengaja!
“Kata tadi sibuk, ada kes. Tak boleh
nak call. Macam dia aje yang sibuk,
kita tak sibuk!” Jawab aku. Iyalah, tadi kata sibuk, ni boleh pula call orang.
Aku terdengar suara Furqan ketawa di
sana.
“Marah ya, saya tak call awak. Kenapa? Rindu dah ke?”
Bila masa entah rindu. Tak akan
punya!
“Aik, diam aje. Ingat nak cakap dengan kita
yang dia rindu kita. Saya call awak
ni sebab rindu kat awak juga. Lagi 5 minit saya dah kena masuk dalam ni. Ada
masa lagi nak rindu-rindu dengan awak.”
Lagi 5 minit? Sempat dia hubungi aku
tu! Ishh apa lah.
“Tak payahlah nak rindu bagai, nak call bagai. Baik awak siap bersedia nak
menang kes untuk hari ni. Karang dah call
saya, silap-silap, boleh kalah pula kes awak hari ni. 5 minit tu ada apalah
sangat. Pejam celik 10 kali pun dah habis 5 minit!”
Betullah, 5 minit aje pun nak call aku. Tadi masa ada lebih masa, tak
nak pula call.
“Pada
saya, setiap minit tu berharga. Walaupun, seminit, asal saya dapat dengar suara
awak dah cukup. Ni saya call awak
sebab nak dengar suara awak. Suara awak ni semangat saya tau. Kalau saya menang
kes ni, awak kena kahwin dengan saya bulan depan juga. Macam mana?”
Rasa tercekik tulang ikan pula,
walaupun, aku tak makan ikan sekarang ni. Apa kes pula ni nak kahwin-kahwin?
Tapi, dengarnya setakat ni Furqan salah seorang peguam yang terbaik. Jarang
sekali dia kalah dalam setiap kes, bukan jaranglah, tapi dengarnya memang tak
ada yang kalah!
“Tak nak saya. Saya tak ada deal apa-apa dengan awak pun. Awak
pandai-pandai buat taruhan macam tu. Tak nak saya.”
“Fia, saya dah nak masuk ke dalam ni.
Take care okay. Makan, jangan tak
makan nanti. See you. Bye.”
Tutt
tutt tutt.
Belum
sempat aku jawab apa-apa, Furqan dah matikan panggilan telefon.
“Amboi, ada orang tu dapat call setiap saat, setiap minit, setiap
jam. Cemburulah kita.” Lisa terus saja melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan
aku.
“Bohong sangatlah setiap saat tu. Nak
berak pun makan masa berminit najis nak keluar.”
“Tu kalau sembelit. Kalau cirit-birit,
cepat aje keluar.”
Aku menjeling tajam ke arah Lisa. Ada
aje nak jawab.
“Aku suka tengok perubahan kau
sekarang. Kau nampak lainlah. Nampak ceria.” Lisa bersuara sambil menekan-nekan
pen di tangannya.
“Selama ni aku tak ceria ke?” Aku
rasa aku sama aje. Ceria aje. Okey aje. Kenapa? Ada beza ke hari ni?
“Bukan tak ceria. Kau okey aje dulu.
Tapi sejak kau berkawan dengan Furqan, wajah kau ni ada serilah. Dulu manjang
kau dengan kerja aje, tapi sekarang, kau ada masa juga nak keluar dengan
Furqan.”
“Perubahan yang baik. Tak elok asyik
fikir kerja aje. Umur kau dah meningkat. Tak nak ada keluarga ke? Aku harap,
dia memang jodoh kau. Biar jodoh lambat sampai, asalkan ada jodoh. Asalkan
jodoh berkekalan. Teruskan perubahan ni. Aku nak kau happy.” Ujar Lisa lagi.
“Aku mengaku. Dia lelaki yang paling
lama bertahan. Dah lebih dari seminggu dah aku dengan dia. Aku mengaku, aku dah
mula terbiasa dengan adanya dia. Cuma aku takut....”
“Takut apa ni?”
“Macam mana kalau dia tinggalkan aku?
Mungkin apa yang dia buat ni semua hanya nak tarik perhatian aku. Lepas dia dah
buat aku jatuh cinta dengan dia, dia akan pergi macam tu aje. Macam mana?”
Ya, tu yang aku takut.
“Aku percaya kali ni, yang Furqan
bukan macam tu. Cuba kau uji dia. Atau aku rasa kau yang perlu diuji.”
“Kenapa pula aku kena uji diri aku
pula? Patutnya aku uji dia.”
“Yalah, sebab, kau ni sebenarnya dah
jatuh cinta dengan Furqan, tapi kau menindakkannya. Kalau kau uji Furqan,
kompem! Aku pasti, dia cemburu. Kalau uji melalui jarak pula, pasti dia yang
rindu!”
“Cuba kau beri masa untuk diri kau.
Tenangkan diri kau, buang kisah silam. Cuba fikirkan masa depan.”
“Minggu depan aku akan ke Kedah,
mungkin untuk kenal cinta, aku perlu ruang. Aku perlu rasa, betul ke yang hati
aku sekarang dah ada dia.”
“Good,
take your time. Aku harap kau balik nanti dapat buat keputusan yang betul.
Biasanya, kita yang kena uji lelaki nak tahu dia cintakan kita ke tidak, tapi
kes kau ni, kau yang kena uji diri kau. Nak sedarkan diri kau yang kau
sebenarnya dah memang jatuh cinta.” Betul kata Lisa, aku perlu uji diri aku
sendiri.
Aku memandang pelik satu nota yang
diselitkan di cermin kereta aku. Aku menarik nota yang berwarna kuning tu.
Saya tak pernah jatuh
cinta sedalam ni,
Bukan sebab saya tk
pernah bercinta sebelum ni,
Tapi sebab saya dah
lali dengan cinta. Sehinggalah...
Saya jumpa awak Ilmi
Syafia.
Hati saya sendiri
berkata mungkin memang awak jodoh saya,
Kali pertama dengar
nama awak, dah buat saya berfikir, Ya, memang awak.
Megat Furqan
Bila masa pula lelaki ni selitkan
nota dekat kereta aku? Aku simpan nota tu ke dalam beg tangan. Bibir ni asyik
nak tersenyum aje. Betul ke ni cinta? Huhh! Macam nak gila dah ni! Diabetes!
Tolong! Manis sangat dah ni! Gula banyak sangat!
Aku masuk kereta. Mesti kejap lagi, malam
nanti Furqan ada telefon aku. Mesti punya. Ya, aku tunggu.
Erk?! Gila! Aku dah kena serang
penyakit cinta ke?! Siap nak tunggu panggilan dari Furqan ni? OHH NO!
****
MALAM ni
kami keluar makan malam bersama. Furqan kata rindu nak tatap muka. Ish, ya ya
aje rindu!
“Nota tadi tu saya letak dekat kereta
awak, masa saya lalu depan syarikat awak. Kalau boleh, setiap saat saya tak nak
awak lupakan saya.”
Ohh, patutlah. Lalu depan syarikat
aku, tu sempat selitkan nota. Kalau aku? Belum tentu nak buat macam tu. Ya,
Furqan lelaki yang paling lama setakat ni calon yang Tok mi kenalkan. Kalau
calon sebelum ni, semuanya dah lari sebab tak tahan dengan perangai aku yang
terlebih degil! Lagipun sengaja aku degil dan keras kepala, supaya depa semua
tak suka duk nak tunggu aku lama-lama!
Dua tiga hari aje dah tak ada lagi
nak datang. Senyap terus! Tahulah aku yang mereka semua dah mengalah. Tapi bila
dengan Furqan, degil aku mula lentur perlahan-lahan. Dia bagi aku telan ubat
apa ni? Panahan cinta apa ni dia guna? Ish, bahaya betul Furqan ni!
“Minggu depan saya ke Kedah.”
“Ya, Tok mi ada beritahu. Berapa
lama?”
Amboi, Tok mi lah reporter Furqan rupanya.
“ 3 hari. Urusan kerja. Ada projek
besar dekat sana. Resort.”
“Mesti saya rindu.”
“Jangan call saya. Jangan whatsapp saya.”
“Ehh kenapa pula?” Furqan seakan
terkejut. Dia terus menolak pinggannya jauh sedikit dari dirinya.
“Biar. Biar kita macam ni. Saya nak
lihat sama ada betul ke yang hati saya pilih awak.” Ujar aku lembut. Boleh pula
cakap lembut aku ni sekarang, ya?
“Tapi saya rindu. Macam mana dengan
rindu saya? Call dengar suara awak
satu minit pun jadilah Fia.”
“Tolong. Saya nak uji hati saya. Saya
tak nak saya salah pilih kali ni.”
Furqan terdiam. Dia sepertinya sedang
berfikir.
“Mimpi yang Allah dah beri pada saya
iaitu awak. Saya dah pilih awak dan... Ya, saya yakin yang awak akan pilih
saya.”
Aku terharu. Betul ke mimpi Furqan
adalah aku? Allah hadirkan aku dalam mimpinya? Kenapa awak ni terlalu manis
bergula sangat Furqan?
“Saya pernah kata, saya tak akan
cakap perkara yang saya rasa tak mungkin. Saya pernah cakap dulu, apa yang saya
nak, saya pasti akan dapatkan. Apa yang saya cakap, saya pasti akan jadikan
ianya realiti. Tapi saya lupa, awak manusia, bukannya perkara seperti kes-kes
yang saya selesaikan selama ni. Saya sedar awak gadis, gadis yang pernah
terluka. Belum tentu mimpi tu tanda jawapan dari Allah yang awak jodoh saya.
Tapi entah kenapa, hati saya kuat katakan memang awak. Memang awak.”
Awak tunggu saya Qan. Tunggu saya
dapatkan jawapan bagi hati saya. Tunggu saya. Malam tu aku cakap sorang-sorang
dalam bilik. Baru berapa jam lepas aku keluar makan dengan Furqan. Tapi ni dah
rasa rindu. Nanti kalau aku kat Kedah macam mana? Jumpa memang tak lah. Nak call, aku yang pandai-pandai tak bagi.
Urmmmm.
****
SEHARI berlalu.
Sehari dah aku di Kedah. Penat juga ni, padahal baru aje ukur tempat. Urmmm.
Telefon aku memang senyap betul! Nampak sangat Furqan turut permintaan aku.
“Syafia nak makan dekat mana?”
“Mana-mana ajelah. Tapi kalau boleh,
saya macam teringin nak makan satay pula.”
“Saya tahu satay mana yang sedap
dekat Langkawi ni.” Rizal memandu dengan cermat. Dialah yang nak ambil alih
resort dekat Langkawi ni. Banyak juga dia buat projek. Dekat Malaysia ni entah
dah banyak dah hotel dia. Ni sekarang, nak cuba pula ambil alih resort. Pandai
betullah cari duit dia ni.
“Terima kasih sebab ajak saya makan
satay yang paling sedap ni. Betul sedap sangat satay dia.” Ujar aku. Tadi
memang rasa nak jilat kuah kacang tu, satay pun lembut aje. Rasa macam nak
makan lagi, tak nak balik.
“Ni, saya ada bungkuskan satay untuk
awak. Tengok awak makan tadi macam tak cukup sangat. Saya dah kata, memang
sedap.” Rizal menghulurkan plastik yang berisi satay. Dia bungkus untuk aku?
Memang tak cukup kaki dengan tangan
aku masuk bilik nanti terus makan!
“Terima kasih. Wah, tak sabar saya nak
makan.” Aku mengambil huluran tersebut.
Diam seketika diantara kami. “Saya
nak..”
“Syafia.” Panggil Rizal. Belum sempat
aku nak minta diri naik ke bilik. Sekarang ni kami di lobi hotel ni.
“Awak nak apa?” Tanya dia.
“Tak, awak kenapa tadi? Awak ada nak
apa-apa ke panggil saya?” Aku tak jawab pertanyaan dia. Aku menantikan
kata-kata dari dia.
Rizal menggelengkan kepala. “Tak ada
apa. Cuma esok nanti saya ambil awak jam 9 pagi. Kita sarapan dulu dan baru
pergi tengok resort tu lagi.”
Aku rasa tak puas hati. Nak apa
sebenarnya dia ni? Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Ya ke? Atau
ni perasaan aku saja.
“Okeylah macam tu. Saya nak masuk
bilik saya dulu. Jumpa esok.” Setelah meminta diri, aku terus melangkahkan kaki
ke arah lif.
Dah rindu. Rindu dekat Furqan.
Urmmmm.
Aku rindu, dah dua hari dah aku di
Kedah. Dua hari juga tak dengar suara Furqan.
“Awak memang single lagi ke?” Tiba-tiba Rizal menanyakan aku soal ni. Aku
mendongak memandang dia.
“Kalau saya single pun, kenapa?” Tanya
aku.
“Awak marah kalau saya cakap yang
saya dah mula suka kat awak?”
Terkejut aku. Biar betul? Aku rasa
macam nak gelak guling-guling dekat sini. Apa kes dah ni? Ada orang suka aku?
Beraninya Rizal. Rasa nak rakam balik aje, bagi Lisa dengar. Ada juga orang
suka perempuan degil macam aku ni.
Kau lupa ke Fia, yang si Furqan tu
bukan ke suka kau juga?
Aah, kan?
“Awak betul ke maksudkannya ni?”
“Ya, saya dah mula suka awak sejak
saya berurusan dengan awak. Bukan di sini. Sejak kita berurusan di KL lagi.
Saya pernah gunakan khidmat awak untuk ubahsuai ruang dewan hotel saya dulu.
Sejak tu saya mula suka awak. Lama, kan?”
Aku menyedut jus yang berada di depan
aku. Masa tu tahun lepas kut, ya, tahun lepas aku pernah juga berurusan dengan
Rizal. Lama juga tu dia simpan hati dekat aku. Setahun lebih.
“Saya ada satu permintaan.”
Aku angkat kening. “Apa?”
“Kalau awak sudi nak beri saya ruang
untuk kenali awak, malam ni sila hadirkan diri makan malam dekat restoran hotel
penginapan kita ni. Pukul 8.”
Wah wah!!! Tak sangka secepat tu.
Tapi? Perlu ke?
Rizal baik. Lama juga aku kenal
dengan dia, dia memang seorang lelaki yang baik. Dia juga lelaki yang kuat
bekerja. Lelaki yang jujur. Jadi, perlu ke?
Malam tu... Tepat pukul 8 malam...
Aku call Tok mi. Aku dah buat keputusan dah. Aku harap Tok mi terima.
Semua akan terima keputusan aku.
“Fia sihat?” Tanya Tok mi di hujung
talian. Aku tersenyum.
“Sihat Tok mi. Tok mi dengan Tok yah
sihat tak?”
“Sihat juga ni. Rindu dengan Fia laa.
Rindu nak gaduh dengan cucu Tok mi ni.”
Amboi, bila gaduh dengan aku, kata
benci aku la, kata geram dengan aku la, ni rindu pula.
“Baru je dua hari. Dulu masa Fia ada
projek dekat Jakarta seminggu, Tok mi tak cakap pula rindu.”
“Dah tua ni, memang macam nilah rasa.
Nanti Fia balik, Tok mi masak sedap-sedap.”
“Jadi, selama ni Tok mi tak tua ke?
Tok mi anggap diri muda, ya?”
“Kamu ni Fia! Ada aje nak buat Tok mi
ni geram!!”
Aku dah ketawa mengekek-ngekek. “Kata
tadi rindu nak gaduh dengan Fia. Ni Fia cari jalan gaduh la ni. Tok mi....”
Panggil aku di hujung ayat.
“Apa dia? Lain macam aje bunyinya.”
“Fia dah buat keputusan, yang Fia...”
****
“SAYA faham.
Hati tak boleh dipaksa.” Rizal bernada sayu. Aku buat-buat tak tahu. Ya, aku
tak terima dia.
Semalam, satu hari aku semabang dengan Tok mi.
Aku tak hadirkan diri pun makan malam bersama Rizal. Dalam jam 10 malam, baru
aku mesej Rizal maklumkan yang aku tak boleh. Dalam hati aku dah ada dia. Dalam
3 hari ni, masa yang cukup singkat, dah buat aku sedar, aku nak teruskan
hubungan aku dengan dia. 3 hari je dah buat aku lama berfikir. Padahal 3 hari
je kut. Tapi rindu aku pada dia macam 3 tahun. Ni kalau balik aje KL, dengar
suara dia, memang aku rasa nak peluk-peluk aje. Nak cium-cium aje dahi kepala,
rambut dia tu!
Semalam...
“Yang Fia pilih Megat Furqan. Fia
harap dia terima Fia bila Fia balik KL nanti.”
“Alhamdulillah. Tok mi tau, kali ni Tok mi
tak silap. Dia memang sesuai untuk kamu Fia. Megat asyik mai sini aje tau.
Datang sini tengok gambar kamu. Asyik ucap rindu dekat Tok mi aje. Dia rindu
kamu sangat-sangat tu. Kamu tak ada ke call
dia?”
Nak call
apanya, aku yang larang dia call aku.
Memang aku nak uji hati ni, betul ke aku pilih dia. Dan sekarang terbukti.
Tapi... Tiba-tiba...
“Nak kahwin dah Megat Furqan ni.”
“Apa?!” Aku yang sedang termenung
teringat panggilan semalam antara aku dengan Tok mi terus saja melayang tiup
angin. “Awak cakap apa tadi?”
“Ni, Megat Furqan dah nak kahwin tak
lama lagi dengan pilihan hati dia. Awak kenal Megat? Anak Dato Megat Ezwan tu.
Dia peguam terbaik di Malaysia.” Ujar Rizal laju. Tak ada titik!
Prank
prank prank!!!
Hati aku dah berkecai satu persatu. Nak
menangis sangat dah. Aku terus merampas surat khabar tu di tangan Rizal.
MEGAT FURQAN AKAN
BERKAHWIN
Aku
baca tajuk surat khabar tu berulang kali. Betul nama dia. Dan betul gambar dia!
Sampai hati awak Furqan. Konon eh kau! Cakap dengan aku tak serupa bikin!
Cintakan aku, pilih aku, rindu aku, janji bagaikan gunung. Bagaikan nak daki
gunung everest Tapi? Lastly? Dia daki
Batu caves aje! Dasar penipu! Aku tak percaya lagi dia!!!!
Telefon aku dah berdering-dering
minta di angkat. Aku tengok pemanggil dari siapa. Dari Tok mi! Sah! Tok mi
mesti terkejut. Tok mi jangan risau. Fia tak akan sedih-sedih! Jantan tak guna!
Lepas tu Lisa pula yang call. Ni mesti semua terkejut! Tapi asal
Furqan tak call?
Gilosss!
Buat
apa dia nak call, dia dah nak kahwin
tak lama lagi. Tak akan dia nak call aku
pula. Nak cakap yang dia dah tipu aku? Atau nak cakap yang dia tak mampu tunggu
aku selama 3 hari ni? Ishhh! Aku tak akan menangis sebab lelaki!
Siut!
Aku nak cincang-cincang aje Furqan saat ni. Boleh juga masak daging cincang
buat begedil daging! AHHHHHHH! Jerit dalam hati jela mampu. Panggilan manusia
dari KL tu aku biarkan.
****
SAMPAI KL,
aku berlagak biasa. Aku tengok rumah kosong. Tanya bik, bik kata Tok mi dan Tok
yah keluar dari petang tadi. Aku berlalu ke tingkat atas, naik ke bilik aku.
Aku tak sedih.
Fia tak akan sedih maa, Fia tak akan
sedih paa.
Aku tenung gambar arwah mama dan papa
di sisi meja katil tu. Sejak pagi tu, aku tak ada nangis langsung. Aku buat
biasa. Chill la, aku dah pernah
kecewa lagi teruk dari ni. Tapi teruk juga Furqan buat aku. Ahhh sudah! Sama
aje semua.
Tiba-tiba...
Aku peluk bantal. Aku menutup muka
aku. Aku tak tahan, aku menangis juga!
Perempuan memang tak boleh lari dari
menangis, kan? Huh!! Aku tak tahan.
“Kenapa awak buat saya macam ni.
Kenapa? Saya dah mula nak beri hati saya ni kat awak!!! Kenapa? Jahatnya awak
Qan!” Tersendu-sendu aku menangis.
“Ehh air mata, kenapa kau keluar?!”
PAGI
tu aku datang ke opis seperti biasa. Cermin mata Rayban terletak elok di wajah. Nak cover mata ni. Tak nak nanti Lisa anggap aku lemah. Pagi tadi masa
keluar pun, terus aje keluar. Jam 7 dah keluar rumah. Tak nak terserempak
dengan Tok mi dan Tok yah. Tak sedar semalam mereka balik pukul berapa. Lepas
nangis aje aku pun tertidur.
“Rindunya saya dekat bos. Wah, bukan
main lagi, sesejak nak kahwin ni siap pakai spec lagi masuk opis. Berseri
muka.” Afifah menegur aku. Aku meluru masuk aje. Selalu aku ucap juga selamat
pagi untuk dia.
Kepala otak dia! Berseri? Dia tak
tahu ke yang aku nangis macam separuh mati. Berseri lagi muka si Furqan tu nak
kahwin tau! Aku nak kahwin dengan siapa pula si Afifah ni. Dengan bapak dia
ke?! Ishhh geram! Ingat masuk opis boleh tenangkan hati. Tapi lagi tak tenang
pula dah!
Aku buat kerja macam biasa. Sarapan
tak apa semua tak. Jam pun dah menunjukkan pukul 9 pagi. Lisa memang tak ada
lagi, dia jumpa klien dekat luar. Mungkin tengah hari baru masuk opis.
“Hai princess.”
Aku
mendongak melihat tetamu yang datang. Suara memang aku cam, suara tu yang aku
rindu sangat! Tapi apa dia buat dekat sini?
“Apa awak buat dekat sini huh?!” Aku
terus bangun. Aku capai kotak tisu di atas meja aku.
“Saya nak jumpa awaklah. Saya rindu
awak.” Ujarnya.
Aku genggam kotak tisu tu sampai dah
renyuk. “Rindu kepala otak awak! Awak dah nak kahwin, masih lagi nak
mempermainkan saya eh?! Saya bukan perempuan yang mudah awak nak main-mainkan.
Keluar dari bilik saya sekarang! Saya tak nak tengok muka awak!”
Huh, nak mati aku rasa sebab tengking
orang pagi-pagi ni.
Aku nak lanyak aje Furqan sekarang
ni. Aku tengok Furqan terkejut. Sejambak bunya yang disembunyikan di
belakangnya terjatuh melurut. Dia menghampiri ke arah aku.
“Kenapa ni Fia? Apa dah jadi? Kenapa
awak marah saya sangat ni?”
Bodohnya. Dia dah nak kahwin, lepas tu boleh
lagi nak permainkan aku, dia boleh tanya kenapa aku marahkan dia? Ni peguam ke
tidak?
Aku apa lagi, aku baling kotak tisu tepat ke arah muka dia saat ni!
“Apa jadi ni Fia?!” Tiba-tiba Lisa dan
Afifah dah tercegat depan pintu bilik aku. Aku menjeling tajam ke arah mereka.
“Ni nasib baik kotak tisu. Kalau ada
pisau, dah lama saya tikam awak!” Sempat lagi aku berkata demikian. Geram
sangat.
“Apa kau dah buat dekat bakal suami
kau ni Fia?!” Lagi sekali suara Lisa kedengaran.
Aku melihat Lisa menghampiri aku dan
Furqan. Bakal suami aku? Furqan? Apa ni?
Aku mendongak melihat Furqan yang dah
bersakai muka dengan helaian-helaian tisu tadi. Apa yang Lisa cakap?
****
“ALASAN apa
kali ni awak nak beri untuk tolak cinta saya?”
Aku tersenyum geli hati. Amboi,
sindir aku.
“Satu aje alasannya. Tapi alasan ni
bukan untuk tolak cinta awak. Alasan ni adalah kenapa saya terima awak.” Ujar
aku. Sikit pun tak pandang ke wajahnya. Aku hanya melarikan anak mata aku
melihat langit malam tu.
Penuh bintang. Bintang semua nak
dekati bulan. Urmm. Aku bersandar di kereta buruk bakal suami aku tu. Kereta
Mr.Bean dia. Haishhh! Nampaknya kena biasakan dirilah ni.
Teringat kejadian minggu lepas, kes
aku baling kotak tisu tepat ke muka Furqan. Kesian dia. Nasib baik masa tu Lisa
sampai.
“Kau kenapa ni?”
“Dia dah nak kahwin, dia masih lagi nak
dekat-dekat dengan aku. Tak malu ke?”
“Salah ke dia nak dekat dengan kau?
Kaulah bakal isteri dia. Kau tak baca surat khabar ke semalam?” Lisa pandang
aku. Aku pandang Lisa.
“Sebab aku bacalah, aku tahu yang aku
dah dibodohkan oleh dia!” Aku langsung tak pandang Furqan. Tiba-tiba Furqan
terus berhadapan dengan aku.
“Kita akan kahwin tak lama lagi. Awak
kata yang awak setuju untuk pilih saya.” Ujar Furqan pula.
Aku makin pelik, apa ni?
“Jap jap.. Kau betul-betul ke baca paper semalam?”
Aku pandang Lisa pula. Aku angguk.
“Betullah. Kalau tak, macam mana aku boleh tahu yang dia ni nak kahwin!” Aku
jeling tajam ke arah Furqan.
“Afifah, bawa surat khabar semalam ke
sini. Ada atas meja saya.” Pinta Lisa. Cepat-cepat Afifah keluar dan cari surat
khabar semalam.
“Kau baca ni.” Lisa hulurkan surat
khabar kepada aku. Aku pun baca. Baca tajuk besar macam semalam. Tak ada apa
pun yang berubah. Ingat kat situ akan berubah ke kata yang, MEGAT FURQAN TAK JADI KAHWIN. Ish, mana
akan berubah! Lainlah kalau surat khabar hari ni.
“Kau jangan baca tajuk besar aje.
Baca semua sekali.” Lisa bersuara lagi. Aku nak tak nak baca juga.
Perenggan yang ketiga, ada
mengatakan.
Megat Furqan juga
mengaku yang hatinya telah dicuri oleh cucu kepada Tan Sri Hamid iaitu gadis
cantik yang bernama Ilmi Syafia. Dia juga berkata yang dia akan mendirikan
rumahtangga tak lama lagi. Begitu hebat anak muda kepada Dato Megat Ezwan ni,
apabila, telah menang beberapa kes dalam mengendalikan kes yang dialami oleh
Datuk Kadir pada jumaat yang lalu. Datuk Kadir berkata, dia tidak sia-sia
mengupah peguam sehebat Megat Furqan. Apa pun, kami sebagai rakyat Malaysia,
turut mendoakan kebahagian Megat Furqan dan bakal isterinya.
Dari situ aku sedar. Kenapalah aku
tak baca surat khabar tu dengan teliti? Rizal pun satu, agaknya dia dan aku
hanya baca tajuk besar sahaja.
“Apa alasan awak terima saya?” Tanya
Furqan yang telah menyedarkan aku dari lamunan kejadian kelmarin.
“Alasan saya terima awak, sebab...
Awak cintakan saya dan saya turut cintakan awak.” Ujar aku. Lega rasanya.
Ya, kalau benar dia memang untuk aku,
pertahankanlah dia untuk aku ya Tuhan. Dulu macam-macam alasan aku beri nak
tolak dia, dan sekarang, ada alasan juga kenapa aku terima dia. Sebab dia
cintakan aku dan aku cintakan dia.
“Boleh saya tahu, mana awak dapat
tahu yang saya pilih awak masa tu? Saya belum balik KL lagi masa tu, kan?” Aku
bertanya kepada Furqan, yalah, mana dia tahu yang aku pilih dia.
“Instinct”
“Yeje.”
Tak percaya aku.
Furqan tergelak besar. “Betul, naluri
saya dapat rasakan yang awak rindu saya masa tu. Tapi saya tak tahu yang awak
pilih saya. Sehinggalah malam sebelum tu, Tok mi call saya, dia cakap saya kena bersiap sedia. Dia cakap yang awak
dah pilih saya. Apa lagi, esok bila ada temu ramah dengan wartawan, gembira
punya pasal, sampaikan saya nak kahwin dengan awak saya duk bercerita. Gembira
sangat masa tu!”
Ni Tok mi punya pasal rupanya. Cepat
aje ya Tok mi ni. Dah jadi wartawan berjalan pula dah! Aishh, bukan main lagi
orang tua tu. Tua-tua pun, tu yang aku sayang.
“Terima kasih.”
Aku mendongak memandang Furqan.
“Untuk apa?”
“Sebab pilih saya. Kata-kata saya dah
jadi satu realiti.”
TAMAT
1 ulasan:
Best lah cerita awq ni.... Hope awq buat sambungan....
Catat Ulasan