KALI PERTAMA
ERIKA tidak lepas memandang jejaka yang sentiasa mendapat tempat di hatinya sejak 2 tahun dahulu itu. Kini matanya tidak lepas memandang susuk tubuh yang gagah perkasa bersama peluh yang berjuraian di dahi sedang berperang di atas padang untuk menjaringkan bola.. Fuhh kenapalah dia ni kacak sangat?. Mata aku naik juling kalau tengoknya.
“Kau nak ke mana tu Ika oii? Lepas ni kita kan nak jumpa dengan Cik Liza bincang pasal denda kita tu.”
“Ini kita nak pergilah ni” Mata Erika masih lagi tertancap ke arah Redzuan. Redzuan si kapten bola sepak kolejnya itu.
Erika meneruskan jalannya. Matanya tidak memandang ke depan jalan dan sebaliknya masih ke arah padang melihat pelajar lelaki bermain bola sepak. Terbit senyuman kecil di bibir mungil Erika yang sedang leka kolom gula-gula lollipop itu. Mana tak senyum kalau dah si kapten bola sepak itu tersenyum kepadanya. Alamak aii cair hati ni. Tolong bawa baldi minta tadah!
Julia yang berada di belakang Erika sudah menghentikan langkahnya. Kenal sangat dengan perangai minah lollipop ini. Kalau dah nampak Redzuan memang dunia macam dia yang punya. Sepatutnya nak ke bilik Cik Liza ni belok ke kiri. Ini tidak Erika terus menonong berjalan tegak. Dan akhirnya................. Julia menggeleng kepala.
Tiba-tiba
“Arghhh!” jerit Erika terkejut dan terduduk menyembah lantai gelanggang bola keranjang itu.
“Kau buta ke?” sergah satu suara garau. Dia menyeringai kesakitan yang terasa di bidang dadanya.
Erika yang terduduk itu mendongak dan memandang lelaki yang bersuara garang. Ishh suka hati cakap aku buta. Tolonglah dulu aku ni.
Erika menghulurkan tangannya minta disambut oleh lelaki itu. Tetapi Eziyad buat tidak tahu. Lelaki itu berpeluk tubuh saja. Nak tolong?. Kirim salam dekat singa dalam hutan. Macamlah dia tak kenal minah lollipop a.k.a playgirl yang terhegeh-hegeh dekat Redzuan kapten bola sepak tu!
“Aku tak tolong playgirl macam kau ni tau.” Ujar Eziyad selamba. Dia kenal dengan minah ini. Minah lollipop dan padanya perempuan ini perempuan yang suka layan lelaki keliling pinggang. Kiranya macam playgirl lah tu. Minah ni gila-gilakan Redzuan dan pada masa yang sama Faris budak genius juga tu suka kat minah ni. Bukan tu saja, kawan-kawan dia Epul dan Aiman juga syok dekat minah ni!
“Tak nak tolong sudah! Muka macam lembu. Jangan ingat saya nak sangat awak tolong saya. Dasar lembu!”
Erika bangun sendiri. Dia menepuk belakang badannya itu dan mengetatkan semula pegangan fail kerjanya di dadanya. Berlagak nak mampus lembu jantan ni. Hidung kembang!
“Kau cakap aku lembu?. Kau tu tak sedar yang kau tu monyet miang!”
Pada Eziyad dia tidak boleh kalah dengan perempuan playgirl ni. Apa yang ada dekat perempuan ni sampai ramai sangat syok gila dekat dia?. Rupa tu........Ya cantik. Mengaku juga si hati Eziyad. Tapi kalau perangai macam monyet miang buat apa!
“Ya, lembu macam lembu awak ni. Hidung kembang. Ishh berpeluh pula tu. Ishh banyak bulu ketiak. Tak cukur ke?. Ishhh busuk sangat lah bau lembu ni”
Sengaja Erika kenakan lelaki di hadapannya ini. Padahal tak berbau pun peluh lelaki yang bernama Eziyad ini. Saja je dia kutuk dan yang menggelikan dia itu adalah lelaki itu pakai baju tanpa lengan dan bercekak pinggang dan akhirnya terserlahlah bulu ketiaknya. Pantang betul Erika kalau lelaki tak cukur bulu ketiak ni!
Dia kenal jugalah dengan Eziyad ini. Lelaki kaya dan kacak kegilaan malaya. Semua itu tak betul pun. Yang kaya bapak Eziyad dan yang kacak mestilah Redzuan dia. Kihkihkih.
“Yang kau pergi tengok ketiak aku kenapa? Kau memang dasar miang ya. Sini aku bagi kau bau ketiak peluh ni” Eziyad sudah berpura-pura mengelap tangannya dengan ketiak untuk memaksa gadis itu menciumnya.
Cakap ketiak aku busuk dan suka-suka je cakap aku tak cukur bulu ya. Sini aku bagi kau bau. Eziyad memang baru sudah bermain bola keranjang dan jadinya memang ketika itu dia sedang berpeluh.
Erika sudah mengundurkan diri ke belakang. Gila betul lembu jantan ni. Ishh selekeh. Aku sepak juga lembu jantan ni sampai ke Afrika Selatan ni kang!
Eziyad mendekati Erika dan tangannya itu sudah semakin hampir untuk ditekup ke muka gadis itu. Dan akhirnya Erika menyelamatkan dirinya dengan gula-gula lollipopnya.
“Tak guna!” marah Eziyad geram. Erika sudah ketawa mengekek-ngekek suka. Padan muka kau!
Mana tak Eziyad geram. Lollipop itu telah dicucur ke arah ketiaknya. Ketiaknya melekit-lekit saat ini. Memang perempuan ini suka cari pasal. Eziyad pantang betul dengan orang yang kacau hidup dia dan membuatkan hidup dia huru-hara.
Kena kau kejap lagi. Bisik hati Eziyad.
Eziyad mengutip lollipop yang sudah dibuang oleh Erika tadi dan dia terus menonyoh lollipop itu ke arah hidung mancung milik gadis itu. Ini padahnya kalau cari pasal dengan Nazri Eziyad.
Erika melopong. Jahat betul lembu ni! Erika rasakan seperti mahu menangis saat ini. Dah lah lollipop miliknya tadi belum habis dimakan tapi terpaksa dibuang kerana sudah kotor dek kena ketiak lembu jantan ni. Sekarang ni hidungnya pula kena dengan lollipop bersalut peluh ketiak lembu jantan tu!
Eziyad mendekati ke arah Erika dan sempat dia berbisik sebelum pergi.
“Macam mana bau ketiak aku?. Nak lagi nanti bagitahu”
Erika bertambah geram. Dia tidak berpaling pun melihat susuk tubuh lelaki itu pergi. Rupaya inilah sikap Nazri Eziyad. Memang sombong betul lelaki itu. Sejak 3 tahun di kolej ini, inilah kali pertama dia dan Eziyad bertemu muka dan berbalas mulut. Ciskek betul punya lembu jantan!
Tiba-tiba Erika terdengar suara perempuan ketawa. Dia berpaling ke belakang dan melihat. Masam tetus wajahnya ketika itu. Sampai hati Julia ketawakannya.
“Kenapa kau tak tolong aku? Tercegat dekat belakang aku buat apa?”
“Tak berani aku nak pandang wajah kacak Eziyad tu. Takut cair pula. Erk jangan nak salahkan aku k. Kau yang salah sebab angau sangat tengok si Redzuan tu buat apa?. Menonong je jalan tegak. Kita kan nak jumpa Cik Liza.”
Erika menayang wajah muncung mulut itik. Ini pertemuan kali pertama yang menyakitkan bagi hidupnya.
2. KENA DENDA
“CIK LIZA memang pandai je cari jalan mudah nak cukupkan ahli perkhemahan tu. Bukan aku sengaja masuk kelas dia lambat. Kau faham-faham lah macam mana aku bertungkus-lumus siapkan kerja aku sampai tak tidur.”
Faris hanya tersenyum melihat bebelan gadis comel di hadapannya ini. Dia sudah berkawan dengan gadis comel ini dari bangku sekolah menengah lagi. Sambung belajar juga di tempat yang sama. Kalau nak tahu sebenarnya dia jiran sebelah rumah je dengan si minah lollipop ni.
“Pergi jelah perkhemahan tu. Jangan risaulah. Nanti dah balik aku tolong kau buat kerja Encik Yusof pula. Itulah Ika, lain kali jangan suka tangguhkan kerja” Nasihat Faris sambil itu dia mengunyah burger di depannya.
“Kau tau yang aku tak suka aktiviti berkhemah ni semua kan? Ishh tak suka betullah. Lagi pula ada ex-girlfriend kau tu. Dia tu tak suka aku dan aku pun tak suka tengok dia!”
“Aku ada kan?. Jangan risau lah. Kita kat sana 5 hari je.”
“Amboii senang kau cakap. Aku banyak kerja nak buat ni tau. Kerja Encik Yusof pun belum tentu sempat nak siapkan lepas balik dari kem kejadah tu”
“Aku ada, aku ada untuk kau.”
Inilah kalau cakap dengan si Faris. Sikit-sikit aku ada, aku ada. Masa aku kena tonyoh dengan lollipop salut peluh ketiak mana pula dia?. Errr tapi Erika tak harap sangat budi baik Faris. Faris dah terlalu baik dan banyak membantu dia. Dia tahu perasaan Faris kepadanya Cuma dia tak boleh terima.
“Dah lah. Kalau elak macam mana sekali pun dan beri alasan kucing aku beranak 100 ekor sekali pun Cik Liza tak akan terima. Aku memang kena pergi juga kem tu.” Faris menggeleng kepala. Tak berubah langsung sikap malas Erika dengan aktiviti seperti ini.
“Macam tu la. Pergi je. Sekurangnya kau dapat tambah markah bonus koko kau nanti.”
“Koko krunch kepala jambul kau la. Ishh aku tak suka aktiviti mcm ni!!!” Erika sudah dapat bayangkan bagaimana nanti dia ketika menyertai kem nanti. Perkara paling menyusahkan betul!
“Aku dengar kem kali ni Redzuan sertai sekali” Faris cub pancing mood Erika. Dia tahu yang Erika suka pada Redzuan. Dia pun suka pada Erika tapi perasaan Erika kepadanya tidak sama sepertinya. Dia tak boleh nak paksa Erika untuk suka dia dan dia cuma berharap Erika bahagia dengan pilihan Erika sendiri.
“Betul ke ni?” Bersinar mata Erika. Dari duduk terus terbangun dia berdiri tegak. Sekurangnya boleh juga dia cuci mata. Orang kata sambil menyelam minum air. Masa inilah dia boleh dekat-dekat dengan Redzuan.
“Riz, aku tak sabar pula nak tunggu jumaat ni.”
“Ada-ada je kau ni. Dengar Zuan pergi terus tak sabar ya.” Faris tergelak kecil. Geli hati dengan sikap Erika ini.
Kalau orang tak kenal Erika dengan rapat, mesti dia fikir yang Erika ini gatal. Tapi hanya dia saja yang lebih mengenali gadis comel itu. Gadis yang selalu buat dia tersenyum senang hati walaupun cintanya tak berbalas. Tapi dia terlalu ingin melindungi gadis yang dah lama dia kasihi itu.
“Esok teman aku pergi shopping barang untuk kem nanti ya.” Erika terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan Faris dan kafe itu. Sebelum itu sempat dia menghadiahkan Faris flying kiss dari jauh.
Erika Erika. Faris juga turut bangun untuk pergi.
3. DIA IKUT SERTA
“HAI Erika join juga ke kem kali ni? Tentu seronok” Erika hanya membalas senyum saja ke arah lelaki yang bernama Epul itu. Gula-gula lollipop masih dikemam di dalam mulut. Ishh tak lari dia punya lollipop tu ada je dibawa ke mana-mana.
“Sorry bro aku lambat. Ada hal sikit.” Eziyad menepuk bahu Epul dari arah belakang dan terus saja melabuhkan duduknya di sisi Epul itu.
Erika ternampak saja si lembu jantan itu terus berpusing laju. Baik dia pergi sebelum perang dunia ke 2 meletus semula. Kalau boleh memang sekarang juga dia nak cucur mulut lembu jantan tu dengan bara api. Biar melecur tak boleh cakap lagi.
“Ehh nak pergi mana ni Ika?. Jom lah duduk sini. Faris kejap lagi dia datang lah tu.”
Eziyad dan Erika lantas menoleh ke arah Epul. Memang tak boleh nak lari lagi. Bisik hati Erika waktu ini. Eziyad pula sudah mula menjeling ke arah Erika. Monyet miang ada pula dah. Patut Epul senyum sampai ke telinga.
Epul tahu yang Erika sedang mencari Faris kerana tadi Erika ada bertanya kepadanya. Erika kala itu sudah menayang muka bosan. Apa hal lembu jantan ni tengok-tengok aku?. Nak makan kaki aku ke ni?.
“Jangan dilayan perempuan playgirl macam ni Pul. Macam tak ada perempuan lain dekat sini. Faris dan Redzuan punya ni. Jangan kacau” sinis sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Eziyad membuatkan Erika terus naik hantu!
“Awak dah kenapa? Penyibuk betul. Suka hati saya lah nak suka dekat siapa pun. Saya harap sangatlah lembu jantan ni tergolek masuk longkang! Tak guna. Awak siapa nak cakap saya playgirl? Awak tak tahu apa-apa senyap”
Erika tidak boleh menahan geramnya. Dia terus menyembur kata-kata marah di depan Eziyad. Semua mata pelajar-pelajar kini melihat ke arah mereka. Epul sudah melopong. Tidak tahu cara untuk menenangkan keadaan. Faris dan Julia yang baru sampai itu juga terkejut apabila melihat Erika dalam keadaan marah.
Tak dapat menahan geram. Erika membalingkan gula-gula lollipop dia ke wajah Eziyad. Lollipop itu tepat terkena dahi bersih Eziyad. Eziyad sudah menggengam penumbuknya. Sekejap lagi memang ada yang dapat sebiji telur dekat pipi ni.
“Tak guna perempuan. Kau sini” Eziyad terus menarik tangan Erika untuk membawanya jauh dari mata-mata pelajar yang lain. Memang nak kena perempuan dungu ni. Sakit sangat hati dia kali ini. Lebih sakit berbanding kejadian di gelanggang hari itu.
Erika menarik semula tangannya. Apa pegang-pegang ni?. Nak bawa dia ke mana? Soal Erika sendiri. Dia menepis lagi tangan sasa milik Eziyad.
“Ez sudah, sudah. Relax bro selesaikan masalah ni tenang je.” Epul menyampuk. Dia takut juga tengok kemarahan Eziyad waktu ini. Dia kawan Eziyad dan dia tahu macam mana Eziyad bila marah. Lelaki ini lelaki yang tak duga perangainya.
“Ez, maafkan Ika. Dia tak sengaja tu. Dia tengah marah sangat tadi” Faris mencuba nasib pula.
“Kau ikut aku sebelum aku malukan kau dekat sini”
Eziyad tidak hiraukan suara pujukan Epul dan Faris. Dia masih menatap wajah Erika yang kini sepertinya sedang menahan sakit. Sakit kerana genggaman tangan dia yang memegang tangan Erika kuat sangat.
Erika tak tahan menahan sakit ini. Air matanya sudah mula bertakung dan tunggu masa saja nak mengalir membasahi pipi putih mulus miliknya. Sakitlah lembu jantan oii! Jerit Erika geram.
Eziyad menarik tangan gadis itu agar mengikutinya.
“Lepaskan saya! Siapa awak nak paksa saya ni? Jangan pegang-pegang!” dengan sekuat tenaga Erika meleraikan tangannya dari genggaman makhluk pemusnah hidup itu. Dia menggosok-gosok tangannya yang kini sudah merah.
“Kau nak ikut aku atau kau nak aku cium kau dekat sini? Depan Faris dan juga Redzuan?” Eziyad sudah mula ugut Erika. Matanya kini di arahkan ke arah Faris dan juga Redzuan yang baru saja sampai. Redzuan sepertinya tertanya-tanya kerana dia tidak tahu apa yang berlaku dari tadi.
Pelajar yang lain sudah mula berbisik-bisik dan bertepuk tangan. Mereka semua dengar ugutan dari Eziyad itu.
“Dah lah tu Ez. Ini pergaduhan kecil. Kau tak akan nak cium anak orang sesuka hati kau saja hanya sebab dia tak ikut kau?” Faris yang sentiasa tenang itu cuba untuk meredakan keadaan yang tegang itu.
“Dasar lembu jantan keluar dari kandang! Gila ke awak ni huh?!”
Eziyad tersenyum sinis dengan kata-kata Erika itu. “Setakat cium kau je bukan luak mana. Kut-kut ramai dah kau bagi kan? Kau kan playgirl”
Panggg. Terkejut semua orang yang berada di situ. Air mata Erika sudah berjurai-jurai membasahi wajahnya. Dia tidak dapat menahan dengan tuduhan dari lelaki syaitan bernama Eziyad itu. Apa masalah aku dengan dia ni pun entah lah!
Eziyad menahan geram. Sakit?. Tidak sakit sangat. Lagi sakit adalah hatinya waktu ini.
“Ikut aku sekarang!” Eziyad capai pergelangan tangan Erika dan dia terus menarik gadis itu mengikutinya. Mereka kini sudah keluar dari dewan kolej.
“Tunggu” Redzuan menghampiri mereka berdua dan akhirnya sebuah tumbukan diberi kepada Eziyad.
Hujung bibirnya kini berdarah. Eziyad masih tidak melepaskan genggaman tangan Erika. Erika hanya membatukan diri. Dia terkejut dengan tindakan Redzuan tadi.
Eziyad mengesat bibirnya dengan belakang tangannya sebelum dia membalas tumbukan di wajah Redzuan.
Bukkk... Redzuan mengerang kesakitan. Dia terduduk dan cuba untuk bangun. Erika ingin membantu tetapi ditahan oleh Eziyad yang kini tangan mereka masih bertaut. Dia memandang wajah Eziyad yang penuh dengan rasa bahang api kepanasan itu.
Pelajar yang lain sudah berlari mendapatkan mereka.
“Aku tak suka orang kacau hal aku. Ini hal aku dengan perempuan ni. Jangan risau nanti aku pulangkan dia. Aku tak ingin simpan lama-lama benda yang dah sedia busuk ni” Eziyad menjeling sekilas ke arah Erika.
Erika tidak menghiraukan kata-kata lembu jantan itu. Sebaliknya matanya masih tertancap ke arah Redzuan.
Tiba-tiba Redzuan bangun dan terus menolak kuat tubuh Eziyad dan Eziyad jatuh terduduk bersama Erika. Pegangan tangan mereka masih utuh kuat. Ketat betul genggaman tangan Eziyad.
Redzuan cuba meleraikan pegangan tangan itu. Tidak boleh!. Dia tumbuk pula perut Eziyad. Dia tidak tahan melihat air mata kesakitan Erika pada saat itu. Akhirnya Eziyad melepaskan pegangan tersebut. Perutnya yang senak membuatkan dia kurang berdaya.
Dia terus terbaring di lantai licin. Matanya masih melihat ke arah Erika yang kini sudah berada di sisi Redzuan.
“Jangan kau berani tuduh dia macam-macam. Aku akan lindungi dia dari manusia macam kau.” Redzuan membawa Erika pergi. Pelajar yang lain sudah mendiamkan diri dan melihat saja apa yang berlaku.
Faris menahan rasa. Rasa pilu kerana sebelum ini dia sentiasa menjadi pelindung Erika. Tetapi kini Redzuan telah menggantikan tempatnya dan pilihan Erika kali ini memang baik. Dia tersenyum dan terus berlalu pergi.
Pelajar-pelajar perempuan sudah mula bercerita sana sini. Sesetengah dari mereka memang tidak suka dengan Erika. Ya, Hani sakit melihat kejadian itu. Erika pada mulanya telah merampas Faris dan kini saat dia mula rapat dengan Redzuan, Erika juga telah merampas Redzuan darinya. Dasar tak guna!
Epul membantu Eziyad untuk bangun.
“Kau ni sepatutnya boleh selesaikan cara baik. Tengok tak pasal-pasal padahnya kau yang dapat” gumam Epul geram.
Eziyad mengangkat tangan agar Epul berhenti dari membebel.
“Aku tak tahu kenapa. Aku perlu buat sesuatu dekat perempuan tu”
Eziyad sendiri tidak tahu kenapa. Dia benci sangat dengan Erika. Kebencinanya semakin menjadi apabila berlaku kejadian di gelanggang bola itu. Perempuan tamak memang tak boleh beri muka. Ya. Dia tak boleh biarkan Erika menang dan tersenyum senang.
“Jangan buat main weh. Dia perempuan. Baik kau lupakan je apa yang dah jadi ni. Masalah kecil je pun”
“Kau diam. Dia dah kacau hidup Nazri Eziyad. Jadinya, dia kena terima apa yang akan jadi”
**************
“APA dah jadi dengan kamu berdua?.” Cik Liza tetap mahu bertanya kepada mereka. Dia sudah tahu apa yang jadi. Pelajar yang lain menjadi saksi kejadian tadi. Tapi dia tetap mahu Redzuan dan Eziyad membuka mulut.
“Salah faham Cik. Saya janji tak akan berlaku lagi” Redzuan harap Cik Liza boleh terima jawapannya.
“Saya tak janji kalau benda ni tak berlaku lagi. Rasanya akan berlaku lagi” Eziyad jeling sekilas ke arah Redzuan yang berada di sisi kananya. Kemudian matanya kembali terarah ke Cik Liza.
“Awak dah besar. Jadinya selesaikan masalah ini baik-baik. Saya tak mahu nak denda lebih-lebih. Lusa pun kita semua akan adakan aktiviti perkhemahan di Kedah. Hari ini berkumpul untuk bincangkan pasal ini tapi tak tahu pula ada berita sensasi lebih hangat dari biasa ya?”
Mereka di dewan semua diam saja. Erika hanya menunduk. Dia sudah dipanggil tadi ke depan oleh Cik Liza. Kini giliran dua orang lelaki itu pula.
“Saya harap tak berlaku lagi. Okey awak berdua boleh duduk di tempat masing-masing.” Redzuan dan Eziyad kembali ke tempatnya.
“Ohh ya Ez. Awak yakin boleh sertai perkhemahan ini? Atau awak nak batalkan saja sebab muka bibir awak tu semua dah bengkak. Larat lagi?” Eziyad senyum sini sebelum menjawab pertanyaan dari Cik Liza itu.
“Setakat tumbukkan lembik macam ni tak mengancamkan kekuatan saya Cik.” Dia menjeling ke arah Redzuan itu. Hatinya lagi sakit.
Erika sudah pening berfikir. Macam mana ni? Eziyad juga akan sertai kem itu juga. Errr ...
4. KAMI BERSAMA – I
ERIKA tergesa-gesa berlari mendekati bas milik kolejnya itu. Dia termengah-mengah apabila sudah pasti berhenti berhadapan dengan pintu masuk bas. Dia meletakkan begnya di tar jalan hitam itu. Lollipop di mulut dikemamkan ke arah kiri mulutnya pula.
“Awak lambat Erika” tegur satu suara garau milik Encik Yusof. Erika hanya mampu menayangkan wajah tidak bersalah. Tersenyum sambil mengaru kepala. Nak bagi alasan apa ya? Aci tak kalau cakap yang aku sebenarnya saja-saja lambat memang tak nak pergi?.
Ya, Erika sengaja melambatkan diri. Dia harap dia tidak akan sertai kem ini. Tetapi silap sungguh strateginya itu. Cik Liza lagi bijak kerana sudah bertenggek di depan rumah sewanya. Memang tak boleh larilah macam ni.
“Hi hi hi, maaf Encik. Saya sakit perut tadi tu yang lambat. Keluar masuk bilik air je dah banyak kali. Ini saya tak pastilah dalam perjalanan ni saya boleh tahan ke tidak. Boleh tak saya tak pergi je?”
“Alasan awak je tu. Awak pergi ke kereta yang sana berwarna merah tu. Bas dah penuh sangat ni” Cik Liza menyampuk perbualan antara Encik Yusof dengan Erika.
Erika sudah tersenyum gembira. Bas penuh? Lagi baguslah. Bolehlah aku tak payah ikut. Yahooo!!
“Kalau macam itu tak apalah Cik Liza. Saya tak payah ikut saja. Lagi pun perut saya tak selesa. Bas pun penuh. Saya tak kisah kalau tak ikut.”
Cik Liza melihat saja wajah Erika yang sedang menununduk itu. Macamlah dia tak nampak senyuman kegembiraan di wajah anak muda itu.
“Awak naik je kereta merah sana tu. Tuan kereta tu pun yang ajak awak naik sekali. Bagus juga kamu berdua rapat. Jangan gaduh-gaduh lagi.”
Jangan gaduh-gaduh lagi? Aku gaduh dengan siapa? Rasanya tak ada siapa pun dia gaduh. Julia dengan dia okey je. Faris pun okey. Redzuan lagilah bertambah okey sejak-sejak dia bergaduh dengan Eziyad.
Alamak!!! Jangan kata yang pemilik kereta merah itu Eziyad.
“Si....si...siapa orang yang ajak saya naik sekali dengan dia tu?”
“Eziyad. Dia memang drive sendiri ke Kedah. Nasib baik dia bawa kereta dan awak boleh tumpang sekali. Apa salahnya kamu berdua berbaik.”
Erika mengeram je dengar pernyataan Cik Liza itu. Dia nak berbaik dengan lelaki mulut celupar tu?. Ishhh tak mahulah dia. Dia lebih rela terpacak atas bumbung bas dari naik kereta bersama Eziyad. Tolonglah.
“Saya tak nak. Kalau macam tu baik saya tak pergi”
“Awak kena ingat Erika. Awak sertai kem ni pun sebab awak kena denda. Bertambah pula yang awak ada masalah dengan Eziyad. Saya tengok dia tak ada apa-apa pun Okey saja. Siap dia ajak awak tumpang sekali. Dia nak berbaik dengan awak tu.”
Erika mencebik dalam diam. Cik Liza fikir yang Eziyad tak guna tu nak berbaik dengan aku?. Tak mungkinlah. Erika dapat rasa yang Eziyad ada agenda lain ni.
“Bas dah nak bergerak ni Cik Liza. Pemandu pun dah minta kita gerak sebab tak mahu makan masa. Saya dah suruh je bas gerak dulu.” Encik Yusof pula bersuara.
“Tak apa. Biarlah mereka gerak dulu Encik Yusof. Nanti kita ikut saja dari belakang. Oh ya kamu Erika, naik je dengan Eziyad tu. Dia ada dalam kereta. Pastikan awak ada sekali dekat Kedah nanti. Jangan lari, kalau tidak awak tahulah apa saya buat pada awak.”
Erika menelan liur dengan payah. Pasti markah aku kena tolak. Kalau kena tolak apa lagi yang tinggal? Tinggal lagu Najwa Latif sajalah. Kosong kosong kosong.
Erika melangkah lemah ke arah kereta Porsche Cayman berwarna merah itu. Anak orang kaya memang kereta semua nak mahal. Setakat ni tak pernah lagi aku tengok anak orang kaya pakai kancil. Bebel Erika sendiri. Dia mengetuk cermin kereta sisi sebelah pemandu. Cermin kereta yang gelap itu tidak menampakkan pemilik kereta yang berada di dalam.
Cermin kereta itu pun menurun. Terjegul wajak kacak milik Eziyad. Kacak? Ohhh plesss la, Redzuan lagi kacak.
“Muncul pun ratu playgirl kita. Ingat tak nak pergi”
Erika menjeling malas. Malas aku nak bertekak dengan kau ni monyet bin beruk.
“Bukalah pintu ni. Saya nak masuk”
“Nak kiss dulu. Pipi sini” Eziyad menunjukkan ke arah pipi kirinya. Saja nak mengenakan wanita yang berbaju putih dan bersweater biru cair itu. Rambut yang diikat tocang satu.
“Saya malas nak bertekak dengan awak. Cepat buka pintu ni.” Erika rasa nak ketuk je kepala Eziyad bajet kacak ni. Nak aku cium pipi dia? Huhh meh sini tapak kasut aku nanti yang lekat kat pipi tu baru tau!
Eziyad mencebik geram. Kau ingat aku nak sangat kau cium pipi aku ni dasar perempuan murah? Eziyad tidak tahu kenapa dia memang tak suka perempuan murah macam Erika ni. Ada apa sangat sampai Faris dan Redzuan rebutkan Erika ni? Epul pun satu juga backup perempuan lollipop ni.
Eziyad keluar dari keretanya dan mendekati Erika yang sememangnya dari tadi berada di sisi sebelah pemandu. Dia membukakan pintu kereta dan menyuruh Erika untuk masuk ke dalam.
Erika malas ambil peduli. Biarlah kalau lelaki beruk ni nak layan dia macam puteri pun. Ingat dia nak terpikat ke? Macamlah dia tak tahu yang Eziyad buat semua ini tak ikhlas. Dia masih nampak api kebencian di dalam mata lelaki itu kepadanya. Kenapa Eziyad membencinya? Itu persoalan yang selalu bermain dalam benak otak dia.
Eziyad menutup pintu kereta sesudah selamat Erika masuk ke dalam. Beg baju kecil Erika yang berada di luar tepi kereta itu dicapai dan dicampak jauh dari mereka. Erika yang berada di dalam sudah mengetuk cermin kereta.
Dia cuba membuka pintu tetapi telah dikunci. Eziyad cepat-cepat memboloskan diri ke tempat pemandu. Rasakan kau!
“Kenapa awak buang beg baju saya?. Awak memang gila!”
Eziyad memandu dalam keadaan tenang. Ya, dia memang gila buat macam itu. Tidak tahu kenapa dia nak buat perempuan ini menderita.
“Awak berhentikan kereta dan tolong ambil beg saya. Dalam tu ada baju saya!”
“Itu balasan untuk kau”
“Apa salah saya dekat awak? Hanya setakat saya terlanggar awak dan melekitkan bulu ketiak awak yang lebat tu awak nak berdendam dengan saya sampai macam ni? Tak cukup ke awak dah malukan saya hari itu depan semua orang?”
Erika harap sangat yang lelaki sebelah dia ini berpatah balik untuk mengambil begnya. Tetapi sayang sekali, Eziyad hanya buat tidak tahu.
Erika dalam diam dia menangis sendiri. Dia menolehkan wajah ke sisi cermin agar lelaki bangsat itu tidak melihat dia menangis. Nasib baiklah ada baju dalam 2 helai dan seluar 2 helai juga dalam beg sandang belakangnya ini. Tapi mana cukup baju itu untuk selama dia berada di Kedah.
“Saya benci awak. Terlalu benci.” Ujar Erika dalam dendam. Tangannya digenggam erat cuma matanya masih terarah ke luar sisinya.
“Aku pun benci kau. Benci perempuan yang tamak akan lelaki” balas Eziyad sinis.
**************
“YA, Encik Yusof. Saya ada ni berhenti rehat dan makan jap. Jangan risau saya tak akan lari. Saya tau jalan.” Sesudah itu Eziyad menutup panggilan tersebut. Dia menoleh ke arah kirinya melihat Erika yang sedang nyenyak tidur.
“Dah bangun! Tidur je tau”
Erika terkejut dengan suara menengking tinggi itu. Menggelabah dia bangun dari tidurnya.
“Dah sampai?”
“Kita keluar makan. Aku letih ni. Kau tidur je tau, aku yang drive.” Eziyad terus keluar dari keretanya tanpa menunggu balasan dari Erika.
“Saya pun tak suruh awak drive. Naik dengan awak pun seribu juta kali saya tak mahu. Tapi terpaksa!” jerit Erika. Lelaki itu dengar atau tak lantaklah dia.
“Awak tak order kan saya sekali ke?” tanya Erika sesudah duduk berhadapan dengan Eziyad yang sedang makan itu.
“Order sendiri. Tak nak aku bazirkan duit aku untuk kau”
Erika mencebik. Ingat aku heran sangat dengan duit dia?.
Erika pun tak lapar sangat. Dia cuma haus saja. Dia kemudian pergi ke arah gerai yang menjual air. Dia membeli air mineral 2 botol. Nanti boleh buat minum dekat dalam kereta.
“Jauh lagi tak nak sampai sana?” Erika mula bertanya kepada Eziyad yang sudah selesai makan itu.
“Lagi 3 jam macam tu.”
Erika mengangguk saja. Lagipun Eziyad pun macam acuh tak acuh saja nak jawab soalannya tadi. Lelaki itu jawab sikit pun dah kira bagus.
Erika mengeluarkan gula-gula lollipopnya. Selesai plastik gula-gula itu dibuka dan dengan segeranya terus gula lollipop itu selamat masuk ke mulut. Dia tak sedar yang Eziyad hanya melihat saja tingkahnya saat itu.
Eziyad menggelengkan kepalanya. Apa yang sedap sangat dengan gula-gula tu?. Ada kencing manis nanti baru padan muka!
“Jom.” Eziyad sudah bangun untuk berlalu. Erika juga bangun dan
Tiba-tiba
Seorang lelaki terlanggar bahu Erika. Erika menyeringai sakit. Sikit je pun.
Lelaki itu memandang wajah Erika. Cantik. Bisik hatinya.
“Hai, maaflah ya saya tak perasan ada orang tadi. Saya Hazim”
Hazim menghulurkan tangan untuk bersalaman. Erika hanya senyum saja.
“Hai, tak apa. Okeylah saya nak cepat. Dah ada orang tunggu tu.” Erika cuba untuk melarikan diri. Eziyad juga sudah berada jauh ke hadapan.
“Ehh nanti dulu. Saya nak nombor awak boleh? Siapa nama si manis ni?” Naik meremang bulu roma Erika tika itu. Si manis lah sangat!
Erika melihat penampilan lelaki itu dari atas ke bawah. Not bad.
“Maaf sangat saya tak boleh bagi. Saya nak cepat ni dan okey bye”
Tiba-tiba tangan Erika direntap perlahan dari belakang. Erika menoleh dan melihat lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Hazim itu memaut pergelangan tangannya kini.
“Jangan sombong sangat. Nak kenal pun tak boleh ke?.”
“Maaf tolong lepaskan tangan saya.” Erika rasa macam nak hempuk lelaki ni. Nak pijak lumat-lumat. Tapi dia tak berani pula.
“Ehh bro, lepaskan tangan awek aku.” Eziyad mendekat dan mencapai tangan Erika yang digenggam oleh lelaki itu.
Dia merungkaikan genggaman tersebut. Lelaki ini tak faham bahasa agaknya. Dia tahu dan dengar tadi yang Erika telah minta agar lelaki itu melepaskan tangan tetapi lelaki yang bersawang muka dengan tahi lalat ini tak dengar. Pekak kut!
Erika mendongak dan melihat saja Eziyad waktu ini. Wajah serius lelaki itu menjadi tatapan matanya sebentar.
“Maaf-maaf. Ingat tadi dia seorang diri je.” Hazim tersengih malu. Melepas pula dah perempuan cantik untuk diayat hari ini.
“Jangan pegang orang sesuka hati.” Selesai menuturkan kata-kata itu Eziyad menarik tangan Erika agar mengikutinya untuk masuk ke kereta.
“Kalau dah dasar melayan orang lelaki memang kerjanya itu bagi kat kau saja ya” sindir Eziyad. Ya, entah kenapa sakit pula hati dia kalau tengok ramai lelaki cuba untuk mendekati Erika ini.
“Jangan marah awek awak ni. Awak kata saya awek awak.” Erika tergelak kecil. Entah kenapa tidak tahu dia tak marah pula kali ini.
Rasa macam satu perasaan yang lain hadir bila Eziyad mengaku depan lelaki tadi yang diri dia adalah awek Eziyad. Rasa apa? Entahlah.
“Aku nak selamatkan kau je tu. Kalau aku nak awek pun, aku tak akan jadikan kau awek aku.”
“Kenapa?”
“Sebab aku benci kau”
“Kenapa?”
“Aku tak suka kau”
“Nanti awak suka”
“Tak”
“Suka”
“Tak”
“Suka”
“Tak”
Erika tersenyum sinis.
“Tak”
“Suka” dan mata Eziyad membulat besar. Apa dia cakap tadi?. Suka?
“Kan saya dah kata awak akan suka.” Erika ketawa mengekek-ngekek dalam kereta itu. Eziyad diam saja. Entah kenapa susah pula dia nak marah kali ini.
5. KAMI BERSAMA – II
JULIA sudah melambai-lambaikan tangannya ke arah Erika. Erika berlari anak mendapatkan kawan baiknya itu. Dia dengan Julia kawan sekuliah tapi mereka tidak tinggal bersama.
“Kau kena tolong aku Ju. Aku punya beg baju si lembu jantan tu campak dan tinggalkan dekat kolej. Sekarang ni baju aku tak cukup tau.”
Julia terkejut dengan kenyataan yang baru didengarinya itu. Sampai begitukah Eziyad balas dendam kepada kawannya itu? Dahsyat!
“Nasib baiklah aku bawa baju seluar lebih. Itu pun aku tak tahu cukup ke tidak. Anak-anak kecil kau tu muat ke dengan aku?” Julia berfikir sebentar. Kena tanya-tanyakan juga sesiapa yang bawa baju lebih. Kasihan pula dekat si Erika ni.
“Tu punya pasal. Ishh geramlah aku dengan lembu jantan tu. Kau tengok tu muka dia. Selamba macam tak ada salah je.” Erika menjuihkan bibirnya ke arah kelibat Eziyad itu.
“Nanti aku tolong tanyakan dengan budak-budak ni. Tu lah kau sengaja datang lambat kan?. Tu padahnya. Kalau awal kau sampai kolej, memang ada ruang kosong dalam bas. Faris dengan Redzuan asyik tak tentu arah je risau tengok kau kena naik kereta dengan Eziyad.”
“Dah lah dah. Jom kita ke sana. Dia orang semua dah berkumpul tu.” Erika menarik tangan Julia yang masih tidak berhenti membebel. Iyalah Ju, aku salah!
“Dalam pegangan tangan saya adalah senarai nama kumpulan untuk kamu semua. Pelajar semua ada 100 orang pelajar dan setiap kumpulan adalah 5 orang. Jadinya saya nak ada 20 kumpulan okey. Saya tak mahu kamu sendiri pilih. Nama-nama ni semua sudah saya random. Jangan nak tukar-tukar.”
Hani tersenyum senang dengan taklimat yang diberi oleh Encik Yusof itu. Dia memang baik dan rapat dengan pensyarah Encik Yusof. Oleh itu, Encik Yusof telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menguruskan ahli-ahli kem tersebut. Dialah yang tentukan semua kumpulan ini.
“Kau okey tak Ika?” Faris mendekati Erika yang sedang berpeluk tubuh itu. Risau juga dia bila mendapat tahu yang Erika ke sini bersama-sama menaiki kereta Eziyad.
Erika mengangguk saja tanpa bersuara. Dia sedang tekun mendengar nama yang sedang dipanggil itu. Dia harap dia berkumpulan sama dengan Redzuan. Redzuan kumpulan 3. Harap sangatlah dia pun kumpulan 3.
“Eziyad ada buat apa-apa tak dekat kau?”
“Jangan risau Riz. Aku okey ni. Dia cuma tinggalkan beg baju aku dekat kolej je. Tak apa. Masalah tu dah selesai.”
Faris menggelengkan kepalanya. Eziyad tu memang jenis pendendam. Tapi kalau Erika dah kata macam tu lega juga hatinya. Takut juga Eziyad tu buat macam-macam dekat Erika.
“Okey dah nama aku dah panggil tu. Aku pergi dulu.”
“Okey.” Erika melihat saja Faris yang berlari anak untuk bersama dengan kumpulannya itu. Faris kumpulan nombor 1.
Alahai, mana nama aku ni. Kumpulan nombor 3 dah penuh kut 5 orang. Ishh, Julia berkumpulan dengan Faris. Redzuan pula berkumpulan dengan si Hani rambut kena asid tu. Bebel Erika geram.
Erika melihat saja gedik Hani yang sedang mendekati Redzuan. Bila Redzuan tersenyum ke arahnya, terpaksalah Erika membalas senyuman plastik untuk Redzuan.
“Eziyad, Yana, Muaz, Azam dan Erika awak kumpulan nombor 5.”
Erika melangkah lemah ke arah kumpulannya itu. Dia tak berapa dengar permulaan nama tadi. Kalau dia tahu yang Eziyad juga berkumpulan dengannya memang dia rasa malang dengan dunia ini.
Hani dari jauh sudah tersenyum kemenangan. Dia memang sengaja menyatukan Eziyad dan Erika. Biar padan muka perempuan tu bersama dengan musuhnya Eziyad. Dia akan pastikan yang Redzuan jauh dari Erika. Faris pun tidak ketinggalan juga. Ini saatnya dia mengambil kesempatan untuk mendekati Redzuan.
“Bila saya dekat sini, awak pun dekat sini. Ehh tolonglah ni kumpulan saya. Pergi jauh sikit” Erika rimas bila nampak muka si lembu jantan ni. Menyakitkan hati tu memang sudah pasti. Menyakitkan mata tu lagilah terlalu pasti!
“Ezz memang kumpulan dengan kitalah Ika.”
Erika merenung wajah Yana meminta kepastian. Tolonglah Yana, tolong cakap yang semua ni tak betul. Mungkin Ezz lain kan? Bukan Eziyad.
“Ezz lain eh maksud kau kan?. Bukan Eziyad yang ni” Erika menunjukan jari telunjuk ke arah wajah Eziyad.
Yana sudah tersenyum geli hati. Comel sebenarnya Erika ini.
“Eziyad memang kumpulan dengan kita. Kita orang tau korang tak baik tapi tolonglah ya beri kerjasama” Muaz pula bersuara menerangkan kecelaruan fikiran Erika tadi.
Erika rasa seperti batu terhempap di atas kepalanya. Kenapa aku perlu bersama dengan dia lagi? Cukuplah dalam kereta tadi. Sekarang ni dekat sini pun nak bersama?.
Erika diam saja. Malas nak ambil pusing dengan keadaan sekarang. Mereka semua sudah bergerak ke tapak perkhemahan. Padang Terap nama tapak perkhemahan ini. Sini adalah hutan simpan Gunung Jerai.
Jauh juga jarak khemahnya dengan Julia. Alahai tapi nasib baiklah Yana ni baik juga. Boleh buat kawan.
Mereka semua perlu siap sediakan khemah. “Yana, tak boleh ke kita tukar tempat lain? Tak sukalah khemah kita ni bersebelahan dengan si Ezz tu. Kau tau kan aku dengan dia tak okey?”
“Tak bolehlah Ika. Setiap kumpulan dah diberi tempat masing-masing untuk didirikan khemah. Alaaa bukan kita satu khemah dengan mereka pun. Bersebelahan je. Tapi ini untuk kebaikan kita juga. Kalau ada apa-apa berlaku nanti senang lelaki ada nak tolong.”
Erika menarik nafas malas. Betul juga cakap Yana ni. Dan ini masanya dia perlu berbaik dengan Eziyad. Dia tak mahu bergaduh dengan sesiapa. Tapi macam mana nak berbaik kalau Eziyad tu pun tak ada usaha nak berbaik dengan dia?
“Aku harap kau okeylah dengan kumpulan ni. Aku tau kau tak berapa baik dengan Ika tu. Tapi jangan sampai bawa masalah dengan kami eh Ezz?” Azam bersuara sambil memunggah barang-barangnya dimasukkan ke dalam khemah mereka.
“Jangan risau. Aku tak akan susahkan korang. Aku tak suka dia je” Eziyad menepuk punggungnya dan bangun untuk mengangkat begnya pula.
“Boleh aku tahu kenapa kau sampai tak suka dia? Dia buat salah apa?”
Muaz turut mengangguk untuk tahu juga kenapa Eziyad benci akan Erika. Nasib baiklah soalan yang ditanya oleh Azam itu bernas.
“Kau hanya perlu tahu yang aku tak suka dia” Eziyad menjawab ringkas. Dia tak nak orang tahu kenapa dia tak suka perempuan playgirl macam Erika itu.
Tengok sajalah dari tadi mata Erika dan Redzuan tidak beralih. Walau dari jauh sekalipun mereka tetap tersenyum-senyum. Senyuman paling gedik Erika berikan kepada Redzuan. Nak muntah hijau Eziyad melihatnya.
“Mana tau korang berkumpulan ni supaya korang berdua boleh berbaik-baik. Tak salah kau berbaik dengan Erika tu” Muaz pula sudah menambah idea.
“Aku tak suka dia”
“Ehh eh, dah tu awak ingat saya suka awak ke?” Erika menyampuk dari belakang. Dia dengar perbualan jejaka tiga orang itu. Geram pula bila melihat dengan selambanya Eziyad menyatakan yang lelaki itu tak suka padanya?. Ada aku kisah?!
“Baguslah kau tak suka. Aku lagi beribu kali tak suka kau” balas Eziyad selamba
“Awak beribu kali tak suka saya. Saya berjuta-juta kali tak suka awak tau!”
“Okey fine. Aku hanya nak kau tahu yang aku memang tak suka kau. Tak suka perempuan playgirl macam kau. Tak akan suka kau, dan tak akan pernah suka kau. TITIK!”
Erika mendekati Eziyad. Dia cuba berhadapan dengan lelaki itu.Terlalu sakit apa yang diperkatakan oleh lelaki itu tadi. Dia mendongak melihat mata tajam lelaki yang kini berhadapan dengannya.
“KENAPA?. Saya nak tahu kenapa?” Erika bertanya dengan berani. Jarak antara mereka memang dekat.
Eziyad menelan liur. Berani sangat si Erika ni getus hatinya. Dia tidak boleh menjawab pertanyaan itu. Yang dia tahu memang dia tak suka Erika dan dia ada sebab tersendiri.
“Kau nak tahu kenapa aku memang tak boleh jawab kenapa.”
“Saya tetap nak tahu kenapa. Kalau tidak saya tak akan berganjak dari sini.”
Muaz, Azam dan Yana sudah tak tentu arah. Mereka takut juga tercetusnya perang seperti hari kelmarin itu.
Eziyad tersenyum sinis. “Bagus kalau kau tak nak berganjak. Jangan kau marah kalau aku cium kau dekat sini. Depan mereka lagi.”
Erika terus terdorong ke belakang setelah mendengar kata-kata Eziyad itu. Gila namanya ini! Eziyad tergelak kecil.
“Tahu takut.”
Ahli kumpulan mereka yang lain menarik nafas lega setelah Eziyad pergi berlalu dari situ. Takut juga kalau betul-betul Eziyad lakukan sesuatu terhadap Erika.
“Kau tak rasa apa-apa ke Ika?” tanya Yana kepada Erika setelah mereka berdua berada di dalam khemah.
“Rasa apa pula ni?”
“Kalau aku berada dekat dengan si kacak Eziyad tu, aku rasa hati aku dah cair. Kau tak akan tak sedar yang Ezz tu handsome?”
“Redzuan lagi handsome dari Ezz tu okey. Dan Eziyad tu bukan taste aku.”
“Ecehh cakap besar. Nanti jatuh cinta baru padan dengan muka. Okey dahlah. Nanti kita nak solat berjemah isyak sama-sama ni. Kita kemas sikit-sikit je ni dulu.”
Erika mengangguk saja. Dia turut kemas barangnya. Lagipun barang miliknya tak banyak pun. Semua ni gara-gara lembu jantan tu. Nasib baik tadi Julia dan Yana ada bagi sedikit baju kepadanya.
*****************
“RISAU saya tadi bila dapat tahu awak tumpang kereta Ezz. Nasib baiklah korang selamat je sampai sini” ngadu Redzuan terhadap rasa risaunya itu. Takut juga dia kalau-kalau Eziyad itu buat perkara buruk dekat Erika.
Dia semakin hari semakin sayang dengan Erika. Erika semakin mendapat tempat di hatinya.
“Jangan risaulah. Saya pandai jaga diri saya. Ezz tu pun tak akanlah dia nak buat sesuatu tak baik. Dia saja je ugut-ugut padahal dia tak berani pun” jawab Erika ya, ya saja tu. Terharu sangat sebab Redzuan risau akan dirinya. Aww aww so sweet.
“Awak satu kumpulan dengan dia ni pun jaga diri k. Jangan risau, saya ada je tengok-tengokkan awak.” Erika mengangguk setelah Redzuan mengeluarkan ayat romantik itu. Redzuan tengok-tengokkan dia?. Kau ado?!. Tak ado ken?. Kihkihkih
“Nanti kalau dia buat apa-apa dekat saya, saya panggil awak eh? Awak pun kena selalu ada tau”
“Baiklah kesayangan hamba” Erika tersenyum senang mendengar balasan dari Redzuan itu.
“Okeylah saya nak balik ke khemah saya. Awak jangan dekat-dekat sangat dengan Hani eh? Cemburu tau!”
Redzuan ketawa terbahak-bahak. Cemburu juga Erika ni.
“Ya jangan risau.”
Erika membuka zip khemahnya itu. Sebelum masuk ke dalam, dia melihat kelibat seseorang yang tidak jauh darinya. Eziyad?
Dia mendekati Eziyad yang sedang terduduk itu. Telekung yang dipakai itu disingkap sedikit agar tidak kotor. Kenapa dengan lelaki ini? Sepertinya menahan kesakitan.
“Awak kenapa ni?”
Eziyad mendongak melihat Erika yang berada di sisi kirinya itu. Tangannya masih mengelap darah yang mengalir di pergelangan tangan kirinya itu. Mata Erika sudah tertancap di pergelangan tangan Eziyad yang terluka.
“Awak luka ni. Kena pisau ke?” Erika mencangkung di hadapan lelaki itu.
“Meh sini saya tengok.”
Belum sempat Eziyad nak menjawab, Erika sudah mencapai tangan dia.
“Sikit je ni. Tangan aku kena ranting kayu tajam tu. Dah kau jangan dekat-dekat nanti telekung kau pula kotor”
“Awak tunggu sini. Dalam beg saya ada ubat luka dengan kain balut.” Erika cepat-cepat masuk ke dalam khemahnya itu.
“Bak sini tangan awak. Biar saya sapu ubat ni.” Erika terus saja mendekati Eziyad. Telekungnya sudah dia buka tadi.
“Aku kata tak payah la weh. Sikit je ni.” Eziyad menarik tangannya semula. Dia terus bangun dari duduknya.
Erika turut bangun sekali. Dia menjeling tajam ke arah Eziyad. Walaupun suasana malam itu tidak berapa jelas dengan keadaan wajah Eziyad. Tapi dia tetap nampak wajah lelaki itu mengerut kesakitan. Dasar lembu jantan degil!
Erika menarik semula tangan lelaki itu. “Saya nak tolong awak ni. Sekejap lagi ada taklimat dan tak akan awak nak pergi dalam keadaan macam ni?”
“Tangan aku, bukan tangan kau. Kau tak payah nak sapu ubat segala. Baik kau sapu ubat dekat otak kau yang mereng ni.” Dengus Eziyad geram.
Tiba-tiba Eziyad terkejut dengan tindakan spontan dari Erika itu. Jari telunjuk Erika sudah mengunci mulutnya. Erika dengan selambanya meletakkan jari telunjuknya ke mulut Eziyad.
“Awak diam. Jangan banyak cakap. Suka hati saya jugalah kalau saya nak tolong awak atau tak kan?. Biar saya sapu ubat dan tolong balut”
Eziyad diam. Dia tidak tahu kenapa setiap perlakuan yang dilakukan oleh Erika selalu membuatkan dia beku. Dia melihat saja tangan gadis itu yang lincah menyapu ubat ke atas lukanya dan akhirnya pergelangan tangannya itu sudah siap dibalut.
“Okey sudah siap. Awak pergi kat sana dulu. Mesti kumpulan kita dah tunggu tu. Saya nak tukar baju. Semua ni gara-gara awak la tau. Habis terkena sedikit ubat kuning ni dekat baju saya. Baju saya pula awak dah campak jauh dekat kolej kan?. Cakap dengan Yana saya datang kejap lagi.”
“Aku tak suruh kau sapu ubat. Kau yang degil nak. Lepas tu salahkan aku. Tak ikhlas langsung” sindir Eziyad geram. Tadi dah aku kata tak payah, dia yang nak.
“Alaaa jangan marah. Tapi salah awak juga pergi tinggalkan beg baju saya kan?. Saya tak banyak baju ni tau. Nasib ada Yana dengan Julia bagi pinjam baju.”
Eziyad malas nak ambil tahu. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Erika mencebik. Dasar tak sedar diuntung. Terima kasih kat aku pun tak ada!
6. RASA APA INI?
MATA Eziyad sukar untuk lepas dari melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Redzuan dan Erika itu. Dari tadi dia cuba elak dan sibukkan diri tetapi mata dia tetap mahu melihat gelak tawa Erika yang seperti mengejeknya ketika itu.
“Okey semua, malam ini kita semua lakukan aktiviti ice breaking. Sila buat berkumpulan dalam bulatan kumpulan masing-masing” Encik Yusof bertepuk tangan dua kali sebelum memberi taklimat supaya mendapat perhatian dari anak muda remaja itu.
“Alaaa, kita kumpulan lain. Apa kata awak join kumpulan saya?” Redzuan sudah muncung bibirnya. Kalau boleh dia nak sentiasa bersama dengan Erika.
“Tak bolehlah. Kalau boleh dah lama saya heret awak bersama dengan saya tau. Dah cepat nanti Encik Yuuu...”
“Zuan cepatlah. Awak kan ketua kumpulan nanti Cik Liza cari susah pula” Hani menyibuk dan mencelah perbualan antara pasangan yang sangat menyakitkan hatinya saat ini. Dia akan pastikan yang Erika jauh dari Redzuan.
“Pergilah sana tu.” Erika buat muka biasa saja bila berhadapan dengan Hani. Dia tahu gadis ini terlalu membencikan dirinya. Nak kata aku rampas Faris? Tolonglah yaa, aku kawan dengan Faris sejak dalam perut ibu kita orang okey!
Hani dengan wajah tak malunya menarik tangan Redzuan. Redzuan terkejut tetapi tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum kelat saja bila terpandangkan wajah Erika yang beriak biasa itu.
“Penat tau Hani cari Zuan tadi. Mana tau hilang ke. Susah kalau Zuan tak ada dekat sisi Hani” Hani perkuatkan nada suara manjanya itu. Sengaja nak bagi Erika Minah Lollipop ini dengar. Bagi terbakar sikit telinganya. Biar cair tahi telinga tu.
Erika mencebik masam apabila melihat Hani dan Redzuan berlalu pergi. Redzuan pun satu bukan nak elakkan diri dari tangan dipegang oleh Hani anak Pak Kasim ni!
Erika melabuhkan duduknya di sebelah Yana dan di sebelah kirinya pula adalah Azam. Berhadapan dengannya pula adalah Eziyad. Apabila terpandangkan wajah Eziyad, Erika menarikkan wajah tanda pelik. Kenapa Eziyad seperti merenung dirinya?. Tapi Erika hanya membalas senyuman saja dengan renungan tajam itu.
5 minit berlalu.
10 minit berlalu.
Erika rasa tidak senang duduk. Kenapa dengan Eziyad yang asyik melihat ke arahnya?. Dia rasa seram pula. Renungan lelaki itu tajam seperti nak terkam mangsa. Aku bukan rusa ya Ezz yang singa nak terkam dan makan.
Eziyad rasa gelisah. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia perlu melihat saja pergerakan gadis yang berhadapan dengannya saat ini. Kalau Erika bergerak sikit dan mengangkat kakinya. Habislahhh , habis semua. Yang malu nanti gadis itu.
Erika rasa seram. Eziyad ini memang gila agaknya. Erika tidak dapat menumpukan rakan-rakan yang lain memperkenalkan diri mereka. Nasib baiklah kumpulannya tadi sudah selesai. Dia pun memperkenalkan dirinya cincai saja. Cuma masa pergenalan diri tentang Eziyad saja yang dia ambil kisah sedikit. Tidak tahu kenapa dengan dia. Nak ambil kisah pasal mamat bulu ketiak tu buat apa ya?
“Saya Eziyad dan saya hanya ada ayah saja tak ada ibu. Sekian”
Erika teringat kembali apa yang diucapkan oleh Eziyad tadi. Eziyad lelaki yang dingin. Apa yang buat Erika pelik dan ragu adalah kenapa Eziyad mengatakan yang dia hanya ada bapa saja tidak ada ibu?. Dia anak angkat ke?. Ohhh agaknya ibu dia dah meninggal dunia. Tapi janganlah cakap tak ada ibu. Kecil kut hati ibu dia dengar dekat syurga tu nanti!
Erika mendengus perlahan. Mata Eziyad masih lagi ke arahnya. Kenapalah dengan orang gila tak betul ni? Dah setengah jam asyik duk pandang aku ni. Apa aku cun sangat sampai dia tak boleh tengok tempat lain ke? Gumam Erika geram.
Eziyad satu hal. Satu hal lagi adalah seluar ketat si Yana ni. Seluar track ni ketat sangat. Tengoklah badan si Yana pun keding dan bantut je. Nasib baiklah muat-muat je cuma ada ketat sikit dan sukar untuk memberi nafas dekat perut ni. Alahaiii. Nak berjalan pun payah.
“Erika awak dan kumpulan awak tolong sediakan pelan untuk aktiviti esok. Senarai aktiviti sudah ada cuma saya nak awak aturkan semua aktiviti dengan masa yang sesuai” arahan dari Cik Liza di dengar oleh semua pelajar. Erika mengangguk saja.
Cik Liza memang nak beri tugasan itu kepada Erika. Erika kena denda jadinya gadis itu perlu lakukan tugas yang diberinya termasuklah sertai kem ini. Kalau tidak markah akan ditolak. Adanya patut gadis molek itu tidak menyiapkan tugasan yang diberi pada hari yang sepatutnya. Dua bulan masa diberi tapi ada saja alasan gadis yang bernama Erika itu.
“Awak boleh ambil senarai aktiviti itu di bawah kanopi sana” arah Cik Liza lagi.
Eziyad sudah gelisah. Dia bergegas bangun sebelum Erika bangun. Dia terus mendekati gadis itu. Erika pula pelik dengan Eziyad. Dia yang berura-ura untuk mengangkat punggung itu pun terus saja berdiri tegak.
Pelajar yang lain melihat saja situasi itu. Cik Liza juga turut tidak ketinggalan melihat antara Eziyad dan Erika. Apa kena dengan budak dua ekor ni?
“Cik Liza, biar saya teman Erika untuk ke sana. Gelap tu. Betul tak Ika?” Eziyad bersuara berhadapan dengan Erika. Mata Erika masih dia tenung. Dia tidak menghiraukan rakan yang lain. Lantak pie lah!
“Errr err kenapa dengan awak ni? Saya okey jelah.”
“Okey baiklah.” Itu saja balasan dari Cik Liza. Dia pun tak mahu halang. Mungkin ini boleh buat hubungan dua manusia ini berbaik. Bagus juga Erika dan Eziyad berkumpulan. Dapat juga mereka ni berbaik. Mungkin. Teka Cik Liza sendiri.
“Yelah Ika. Gelap dekat sana tu. Biar Ezz teman kau.” Yana bersuara.
“Baiklah” itu saja balasan Erika. Dia pun mula melangkahkan kakinya untuk ke arah yang ingin dituju.
Eziyad mengeluh pening. Dia terpaksa okey buat semua ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Kenapa dia perlu risau akan Erika? Dia kan bencikan Erika dan biarlah Erika mendapat malu sekali pun. Tapi rasa apakah ini?
“Kau jalan dekat sikit dengan aku. Sini” terus saja Eziyad menarik pergelangan tangan Erika. Erika terdorong rapat dengan sisi kiri Eziyad.
“Kenapa dengan awak ni?. Tak betul ke apa. Dahlah dari tadi asyik duk pandang saya je. Awak kenapa ni?” marah Erika perlahan. Dahlah kaki aku ni sukar nak jalan. Lagi suruh berkepit rapat dengan si bulu ketiak ni pula!
“Kau jangan banyak bunyi tau. Kau jalan rapat sikit.” Eziyad sudah beri arahan. Erika menjeling tajam.
“Awak ni kenapa? Kaki saya nak jalan rapat ke terkangkang ke. Biarlah. Itu keselesaan saya”
“Kau ni memang tak ada adab agaknya. Dah cepat jalan.”
Erika yang geram dan sakit hati dengan kata-kata si Eziyad itu melangkah laju. Sedap mulut cakap aku tak ada adab. Yang dia tu mulut tak beradab macam baguslah sangat!
“Hey Ika tunggu!” Erika buat tak dengar saja panggilan lelaki itu. Dia terus laju ke arah kanopi yang berada di hadapannya. Jarak dalam 200 meter lagi.
Eziyad mengejar langkah Erika dan dapat juga dia melintasi langkah gadis itu. Tiba-tiba........
“Krekkkk” Erika dan Eziyad saling berpandangan. Wajah Erika saat ini pucat tak berdarah.
“Bu bu bunyi apa tu wak?” Erika seperti menggigil ketakutan. Eziyad melihat ke kiri dan kanan. Tak ada apa-apa pun.
“Dah cepatlah. Mana tahu ada harimau ke. Cepat kita ambil fail tu cepatlah kita pergi dari sini” Erika sudah takut. Ya, takut tau. Ini kawasan hutan. Walaupun hutan ni terjaga rapi tapi macam-macam ada. Lagi-lagi benda halus yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Naik bulu roma si Erika saat ini.
Eziyad mengikut saja langkah Erika. Kali ini tak perlulah dia nak lindungi gadis ini. Dah jauh dari orang kut, so tak adalah siapa yang nampak.
“Krekkkk” Lagi sekali bunyi itu. Erika terus berlari mendapatkan Eziyad. Dia menarik pergelangan sasa lelaki itu.
“Takut” ujar Erika perlahan. Wajahnya dilihatkan ke kiri dan kanan. Depan dan juga belakang.
Eziyad menarik nafas perlahan. Kenapalah Erika ni pada matanya comel sangat?. Rasa apakah ini? Itu saja yang sering ditanya oleh hatinya.
“Krekkkk” Lagi sekali bunyi itu.
Janganlah kata itu bunyi seluar...... Eziyad sudah dapat agak. Erika diam saja dan mata kedua-dua mereka sudah melihat ke arah seluar yang dipakai oleh Erika.
“Seluar kau ni yang bunyi dari tadi. Tulah, siapa suruh pakai seluar menyeksa macam tu. Kau tu perempuan melayu dan islam. Pakailah seluar longgar sikit. Ini seluar bayi siapa kau sarung?. Ketat nak mampus aku tengok. Tak malu ke huh?”
Erika sudah malu. Rupanya bunyi seluarnya yang semakin tetas itu. Macam mana ni? Bukan salah dia pun, ini bukan seluar dia tapi seluar Yana bagi pinjam.
“Macam mana ni wak? Saya tak mahulah pergi sana. Nanti semua orang nampak malulah saya. Awak pun jangan tengok! Awak tengok saya butakan mata awak!”
“Dah puas aku tengok tadi. Kau pakai seluar anak kecil warna pink kan?” Eziyad ketawa jahat. Erika sudah bengang. Dengan pipinya sudah merah jambu.
“Tak guna!” marah Erika geram. Dia menumbuk perlahan bahu lelaki itu.
“Semua ni sebab awak tau. Kalau tak kerana awak saya tak akan pakai seluar ni. Ini seluar Yana bagi pinjam. Awak tengoklah si Yana tu kecik je orangnya. Memanglah ketat saya pakai. Semua salah awak!”
Eziyad rasa bersalah pula. Patutlah rupanya ini seluar Yana. Sepatutnya dia fikir panjang juga masa nak campak beg si Erika ni.
“Jom kita balik khemah. Tapi ambil dulu fail Cik Liza tu”
“Tak nak! Nanti awak nampak lagi benda tu. Lepas tu bolehlah awak ejek-ejek saya”
“Jangan risau, aku jalan belakang kau. Jadi tak nampaklah. Dah cepat ambil fail tu” arah Eziyad.
Mereka pun berjalan menuju ke khemah mereka pula. Tiba-tiba Erika teringat sesuatu. Dia terus berpusing ke belakang.
“Tak akan saya nak pakai seluar Yana yang kecil tu lagi. Nanti koyak lagi macam mana?”
Eziyad tidak menjawab. Dia terus ke khemahnya yang bersebelahan dengan khemah Erika. Dia masuk ke dalam dan mengambil dua helai seluar track miliknya dan dia keluar lalu diberi seluar itu kepada Erika.
“Nah, ni seluar aku. Kau pakai dulu seluar ni. Seluar ni ada besar sikit dan bergetah. Kau lipat je bahagian pinggang tu.”
Erika mencapai seluar tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. “Terima kasih, saya masuk dulu k. Awak tunggu tau kat luar ni. Jaga-jaga.”
“Awakkk” panggil Erika dari dalam khemah. Takut juga dia kalau Eziyad tinggalkan dia. Lelaki itu bukan boleh percaya.
“Yaa, aku ada ni” balas Eziyad malas.
Tak sampai beberapa minit lagi Erika panggil lagi. “Awakkk”
Eziyad malas mahu melayan. Dia tidak menyahut sahutan itu. Dia menunggu saja sambil berpeluk tubuh. Nak tukar seluar pun lama sangat ke.
Erika cepat-cepat keluar dari khemah. Dia takut Eziyad tinggalkan dia.
“Fuhh, saya ingat awak tinggalkan saya. Lain kali jangan diam je”
“Kau tu pakai seluar pun lama. Apa buat entah. Ini bau wangi kuat sangat kau nak siapa cium kau? Babi hutan kalau hidu ni memang kau habis kena kejar”
Eziyad menggelengkan kepalanya. Salin saja seluar tapi siap sempat lagi si Erika ni sembur minyak wangi. Apa dah, terkembang kempis hidung Eziyad saat ini. Tapi wangi. Puji Eziyad sendiri.
“Biarlah Zuan nanti bau wangi je” ujar Erika dengan gelak kecilnya.
Eziyad mencebik malas. Tak habis-habis dengan Redzuan muka pucat tu. Ya, wajah Redzuan tu pucat. Iyalah mungkin ada kacukan orang putih, tu wajah merah-merah pucat. Kacak lagi aku kut, wajah asli. Puji Eziyad sendiri.
Mereka berjalan beriringan bersama menunju ke tempat tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 12:20 pagi.
“Awak lain kali kalau apa-apa jangan tinggalkan saya. Takut tau, ini first time saya join kem macam ni. Nasib baik awak ada tadi. Terima kasih untuk seluar awak ni.”
“Dasar penakut” balas Eziyad selamba.
Erika berhenti melangkah. Dia berhadapan dengan lelaki itu. Tanpa menunggu lama Erika mencubit pergelangan tangan Eziyad. Wajah Eziyad berkedut menahan sakit.
“Sakitlah” Eziyad menarik tangannya dari dicubit.
Erika tetap juga nak bergurau dengan lelaki itu. Dia cuba untuk mencapai pergelangan tangan Eziyad lagi dan tanpa dia sedar sedikit saja lagi dia mahu tersembam ke atas tanah kerana permukaan tanah itu yang berlecak.
Eziyad cepat-cepat memaut pinggang ramping Erika. Mata mereka bertemu. Sesaat, lima saat dan sehingga 10 saat berlalu. Barulah Erika mengalihkan anak matanya. Pinggangnya masih lagi erat dirangkul oleh Eziyad.
Deru nafas mereka bersatu. Eziyad masih dengan persoalan dalam hatinya dan fikirannya. Rasa apakah ini?
“Errr err maaf, saya tak sengaja”
Erika kembalikan posisi tubuhnya dengan betul. Tangan lelaki itu telah dirungkai kemas olehnya dari pinggangnya.
Mereka berjalan semula seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Lain kali jangan tinggalkan saya. Saya ahli kumpulan awak tau. Ingat jangan tinggalkan saya” ujar Erika. Sebenarnya itu hanya untuk menutup malu untuk kejadian tadi saja.
Eziyad tidak tahu kenapa, kata-kata itu seperti suatu makna yang besar. Jangan tinggalkan saya?
“Ya, jangan risau, tak akan jadi apa-apa pada kau selagi aku ada” tanpa sedar Eziyad membalas seperti itu. Eziyad terus terdiam sendiri. Apa kena dengan mulut aku ni?
Erika diam. Entahlah, kata-kata Eziyad memberi satu makna yang sangat indah dalam perdengarannya. Dia suka dengar. Rasa apakah ini? Mereka berdua tertanya sendiri.
7. CEMBURU
KIRA-KIRA pukul 7 pagi selepas mereka subuh berjemaah. Mereka diarahkan untuk berkumpul di Dewan Minda. Dewan Minda adalah dewan yang memang telah tersedia ada di tapak perkhemahan Padang Terap ini.
“Saya tengok awak semakin rapat dengan Eziyad. Sampaikan malam tadi dia nak temankan awak tu” ujar Redzuan. Erika menarik senyum. Cemburulah tu.
“Dia ahli kumpulan saya jadinya tak apalah dia nak temankan saya. Yang awak tu saja je berkepit dengan Hani ke sana ke situ tak fikir pula hati saya ni? Sakitnya tuh di sini tau!”
Redzuan ketawa mengekek apabila mendengar ayat terakhir Erika itu. Kemudian dia terus diam. Ishh jangan suka-suka. Dia kan nak merajuk pasal kejadian malam tadi. Ya, dia cemburu melihat Erika dan Eziyad semakin rapat.
“Saya dengan Hani tu rakan berkumpulan juga. Dia memang mengada sikit jadi saya kena juga jaga hati dia. Kata orang nak menang perlu bersatu hati”
Erika mencebik. Ecehhh, bersatu hati konon, Hani tu saja je nak buat aku ni cemburu.
Erika malas nak melayan alasan Redzuan. Kalau dia rapat dengan Faris pun Redzuan nak merajuk. Apalah, Faris tu bff dah lama tu. Memanglah dia dengan Faris rapat!. Sebenarnya Erika tak adalah nak marah sangat dan cemburu sangat pasal Redzuan dan Hani tu. Pada pandangan matanya itu dia faham sangat yang si Hani sengaja. Dia pun jenis ambil mudah saja. Tapi tak patut kalau Redzuan tak mengelak. Betul tak? Sepertinya Redzuan suka dengan apa yang Hani buat. Pegang sana, pegang sini. Tarik sana, tarik sini.
“Saya malas nak pujuk awak. Saya dah kata saya dengan Eziyad tu rakan sekumpulan saja macam awak dengan Hani. Huh macam tulah saya dengan Ezz. Okeylah sana nak ke sana”
Erika melarikan diri dari Redzuan. Redzuan mendengus geram. Ya, dia memang sakit hati lagi dengan Eziyad tu. Baginya Eziyad adalah lawannya.
Mereka perlu bersarapan dulu sebelum merentasi hutan yang menghubungkan dengan Hutan Lipur Bukit Wang. Erika, Yana, Azam dan Muiz bersarapan bersama. Hanya Eziyad saja tiada di situ.
“Macam mana Ika, kau dah sedia nak redah hutan?” Faris yang datang mengejut dari arah sisi Erika itu bertanya.
Erika menjeling tajam. Nasib baiklah tak terbukun aku dengan roti ni Faris oii!
“Dah lama aku sedia. Sejak 10 tahun yang lalu. Kau ni pun nak tegur, beri salam dulu ke, kata-kata manja dulu ke. Ini tak terus direct ke soalan. Nasib aku panjang umur lagi. Kalau tak dah keluar surat khabar tajuk berita ‘PELAJAR MAHASISWI MATI AKIBAT TERBUKUN ROTI DI TEKAK’.”
Mereka yang lain sudah ketawa. “Alahai, kau sikit-sikit nak puji je. Aku tengok kau dah semakin baik dengan Ezz. Sesuai pula aku tengok kucing dengan anjing ni malam tadi jalan sama-sama” Usik Faris lagi.
“Aah kan Riz? Aku pun tengok sesuai je diorang malam tadi. Siap nak berteman bagai” Yana menyampuk pula.
“Riz cepat!” laung Julia kuat. Faris menoleh ke belakang dan mengangguk.
“Kau tengok tu Ikaa. Julia dah jadi tarzan terlepas ni. Kejap lagi aku nak hantar dia dekat hutan semula. Aku pergi dulu”
Erika mengangguk. Mulutnya masih lagi mengunyah makan. Lepas ni bolehlah sumbat dengan Lollipop.
“Oh ya, mana Ezz? Dia tak makan ke? Kejap lagi dah nak gerak ni” Erika mula bertanya. Matanya melilau-lilau mencari susuk tubuh lelaki itu.
Akhirnya nampak juga dia lelaki yang dicari dari tadi. Eziyad berlari anak ke arah mereka.
“Awak pergi mana ni? Baik makan cepat. Lepas ni kita dah nak gerak” Erika terus saja bertanya setelah Eziyad tiba di hadapan mereka.
“Aku keluar kejap beli barang” balas Eziyad ringkas. Dia terus saja melabuhkan punggungnya di sebelah Azam.
“Ni saya bawa untuk awak. Saya tahu awak suka Lollipop strawberi kan?” Redzuan meletakkan satu beg plastik yang pebuh dengan gula-gula lollipop di hadapan Erika. Eziyad dijeling sekilas.
Terus saja bercahaya wajah Erika saat itu. “Ya Allah Zuan, puas saya cari perisa strawberi tapi tak ada. Terima kasih tau” Erika tersenyum bahagia. Dia memeluk beg plastik yang dipenuhi dengan lollipop itu.
Ya, dia bawa bekal lollipop tapi tiada pun perisa kesukaannya. Nasib baiklah kekasih hati dia ada belikan. Terharunya.
Redzuan tersenyum suka. Eziyad pula mencebik meluat.
“Apa kau suka tengok gigi kekasih hati kau ni rosak? Nanti gigi dia dah rosak berlubang, berulat bagai kau tinggalkan dia pula” Eziyad menyampuk. Ya, dia geram dan meluat meihat Redzuan yang seperti bajet romantik. Geli dia tengok!
Yang lain diam saja. Erika sudah membulat mata. Redzuan hanya beriak tenang.
“Awak ni kenapa? Ada saja nak cari masalah. Kita kan dah berbaik.” Erika bersuara bernada geram tapi ditahan agar tidak kelihatan.
Redzuan mengangkat tangan tanda agar Erika tidak bercakap lebih.
“Aku suka tengok Ika happy. Dia bahagia aku turut bahagia. Apa dia suka, aku akan beri” balas Redzuan tenang.
“Betul tu.” Erika mengiyakan apa yang dikatakan oleh Redzuan. Ohh terima kasih Redzuan sayangku yang kacak. Bisik hatinya gembira. Tapi apabila melihat wajah Eziyad waktu ini, dia tak berapa gembira pula.
Wajah Eziyad mula bengis. Ini wajah sewaktu Eziyad dan Redzuan gaduh hari itu. Wajah inilah wajah yang paling dia takut. Jangan cakap yang Eziyad akan mengamuk seperti dulu.
“Okeylah, saya pergi dulu. Nanti hati-hati ya. Saya tak boleh nak jaga awak sebab kita bergerak mengikut kumpulan. Semoga berjaya” Redzuan terus berlalu setelah memberi semangat kepada Erika.
“Awak okey tak?” tanya Erika dengan wajah yang seakan-akan takut itu.
Eziyad tidak membalas. Ahli kumpulan mereka yang lain sudah pun mula berkemas mengangkat barang mereka. Erika hanya membawa beg sandang belakang dan semua keperluan ada di dalam beg itu seperti air mineral, sedikit makanan dan juga baju. Tak adalah banyak sangat baju. Takut juga dia baju tak cukup. Confirm tak cukup, sebab mereka mesti akan lalui beberapa kawasan air terjun. Seluar yang dia pakai pun ini adalah seluar Eziyad berikan malam tadi.
Erika masih berharap Eziyad membalas pertanyaannya. Tetapi hampa, Eziyad buat tidak tahu.
“Ezz, tolonglah. Kita dah berbaik kan? Kenapa awak macam nak marah je. Kita dah okey je kan?”
“Aku tak akan okey dengan perempuan macam kau. Sampai bila-bila tak akan. Aku benci perempuan yang mengada, mengedik dengan ramai lelaki. Layan lelaki sana sini” Erika terkejut mendengar balasan dari Eziyad itu.
“Saya ingat kita dah”
“Tak, kita tak akan baik. Kau mulai sekarang jangan dekat-dekat dengan aku.” Eziyad bangun dan terus pergi dari situ.
Erika menangis. Tidak tahu kenapa dia terlalu sedih dengan sikap Eziyad padahal baru saja semalam dia berbicara baik dengan lelaki itu. Air matanya saat ini tidak berhenti mengalir. Kenapa bila Eziyad buat dia seperti ini tidak ada rasa benci seperti dulu di dalam hati?
Dulu bila Eziyad menghina dia, dia akan marah dan benci lelaki itu. Dia akan membalas semua kata-kata lelaki itu. Tetapi kenapa hari ini dia terasa sedih dan sayu? Kenapa hati terasa lain? Terasa sakit yang amat.
8. GERAMNYA
ERIKA mengeluh letih. Letih yang amat weh. Bila nak sampai ni?. Errr
Sesekali itu Erika melihat ke arah Eziyad dan Yana. Bukan main lagi si Yana tu bergelak sakan. Amboiii tak ingat dunia dah Yana ya. Hermantino tu nak letak mana Yana oii. Nasiblah si Herman dah jauh ke depan. Kalau tak dah tercetus perang dunia ke 3 pula.
Kenapa ya sakit pula mata ni tengok si Eziyad layan Yana elok saja. Tadi masa dia cuba-cuba nak dekati Eziyad, Eziyad beri jelingan maut. Bertambah pula dengan ayat sinisnya.
“Agak kau nak mengedik dekat-dekat ni kenapa? Pergilah jalan cepat”
Terus saja Erika melangkah laju ke arah Azam dan Muiz. Sampai hati Eziyad cakap macam tu. Naik pedih telinga dia kalau tiap hari kena cop perempuan gedik. Dia bukan nak gedik, dia Cuma nak berbaik dengan lelaki itu saja. Dia dekati Eziyad pun sebab...........
Erika berfikir sebentar. Sebab apa ya? Sebab aku sakit mata tengok Eziyad layan Yana dengan baik ke? Atau sebab aku memang suka bila berada dekat dengan Eziyad? Erkkk biar betul kau Ika oiii. Kau tertelan air petala 7 sungai ke sampai fikir macam tu. Tapi kenapa perasaan ni tak sama seperti perasaan dengan Redzuan.
Mata Erika mencari kelibat Redzuan dan rakan kumpulan lelaki itu. Ewahh bukan main lagi Hani tayang muka penat. Redzuan pun siap lapkan peluh Hani lagi dekat dahi tu.
Tengok tu? Kenapa rasa dekat Redzuan tu biasa je. Tak meluat sangat padahal Redzuan siap lapkan peluh Hani lagi. Tapi bila dengan Eziyad rasa tu macam membara pula, Yana pun tak adalah mengedik manja. Yana biasa saja, cuma perempuan tu dari tadi asyik gelak saja. Apa yang lucu sangat dengan Eziyad tu pun dia tak tahu. Geramnya dia rasa saat ini.
Maaf Yana, aku rasa macam nak ketuk kepala kau dengan batang pokok ru ni pula. Geram aku tengok korang ketawa. Kenapa Eziyad layan aku macam tak laku?.
“Ehh Azam, agaknya bila kita nak sampai ni? Banyak sangat air terjun ke nak kena hadap? Cukup satu sudahlah. Aku harap lepas air terjun yang ni kita terus balik”
“Sabarlah Ika. Ini baru pukul 1 petang kut. Kau yang uruskan aktiviti ni kan tak akan tak baca? Lepas ni kita ke air terjun yang kedua pula. Dah dekat ni. Ada 4 kawasan air terjun kita kena lalui, lepas tu barulah selesai kita jelajah kawasan ni.” Azam berhenti sebentar minum air setelah membalas bicara dengan Erika itu.
“Nasiblah korang ada tau. Aku mana pernah pergi kem macam ni. Lepas itu Cik Liza suruh susun atur jadual aktiviti pula memang aku tak tahu la. Nasib Yana dengan kau nak bantu.”
Ya, yang susun atur jadual aktiviti ini bukanlah dia tetapi ahli kumpulannya. Dah nama pun kerja berkumpulan, jadi perlulah bersatu. Dia pun tak banyak sangat buat kerja. Hihihi.
Erika asyik memandang ke arah Yana dan Eziyad. Apalah nak buat agar Yana tak berkepit dengan Eziyad ya?
Erika tersenyum sendiri. Dia sudah mendapat idea bagaiman agar Yana tidak lagi bersama Eziyad. Mungkin lepas ini bolehlah dia berjalan beriringan dengan lelaki itu.
“Eh Yana, aku rasa baik kau jalan jauh sikit dengan Ezz, tadi aku tengok Herman asyik tengok kau je. Nasib baiklah pujaan hati kau tu tak ambil peduli. Kau kena jaga hati dia lah, nanti aku takut korang bergaduh pula”
Erika bisik perlahan di telinga Yana. Yana sudah mula berfikir.
“Ya betul juga erk? Aduhh Herman tu boleh tahan juga cemburu dia. Kalau macam tu aku berjalan dengan kau jela Ika.”
Erika rasa nak meloncat gembira. Dia saja je buat cerita. Padahal Herman tu dah jauh ke depan. Hahahaha
“Ezz, aku jalan dengan Ika lah ya. Kau pergilah dekat Muaz dengan Azam tu.”
Eziyad mengangguk saja. Sempat juga dia menjeling sekilas ke arah Erika yang sudah ke depan bersama dengan Yana.
Eziyad mendekati Yana bukan kerana apa. Dia malas mahu melayan perempuan gedik yang lain yang asyik nak dekat dengan dia saja. Bila dengan Yana, mereka semua takut sikit sebab Yana tu garang. Ya, Yana garang walaupun badannya itu kecil saja. Lagi pula Yana pun ahli kumpulannya.
2 jam telah berlalu. Akhirnya mereka tiba di air terjun yang kedua. Erika membasahkan wajahnya. Fuhh terasa segar apabila air sejuk ini terkena kulit wajahnya. Dia ke arah yang terlindung dari semua orang. Dia sebenarnya mahu membetulkan tali colinya itu. Rasa tak selesa pula. Kalau tahulah lebih baik dia pakai sport bra saja tadi. Sesudah itu, dia duduk di batu-batu besar yang terdapat di air terjun yang mengalir itu.
Mereka hanya dibenarkan berhenti di setiap kawasan air terjun selama setengah jam sahaja. Tetapi kawasan akhir terjun yang terakhir iaitu air terjun yang keempat mereka akan bermalam di situ. Esok pagi barulah mereka bergerak untuk pula ke kem semula.
Erika leka dengan ketenangan kawasan itu. Kakinya juga penat dan membuatkan dia terlalu selesa duduk santai melihat permandangan air yang mengalir. Erika tidak perasaan yang rakan-rakan mereka yang lain sudah mula bergerak untuk ke kawasan air terjun yang seterusnya. Erika memejamkan matanya sambil menghirup udara yang segar.
Dia mengeluarkan air mineralnya dan minum. Dia pun mencapai satu lollipop perisa strawberi lalu di sumbat ke mulut. Dia mula bangun dan menoleh ke belakang. Sungguh terkejut apabila dia melihat kawasan ini tiada sesiapa. Mana Yana, Muaz, Azam?. Erika sudah kalut. Janganlah kata yang dia dah ditinggalkan oleh mereka semua.
“Yana, Yanaaaaaa. Azam, Muaz...... Korang kat mana ni? Tolong jangan mainkan aku. Aku takut wehh. Yana, oh Yana..”
Erika tidak berganjak dari situ. Dia sendiri lupa ke mana haluan yang dia perlu tuju. Tadi ke sana atau situ? Ishh dia menyesal sebab pergi ke arah yang sedikit jauh dari mereka semua. Inilah masalah si Erika, dia jenis pelupa. Mana ya, kanan ke kiri? Bisiknya sendiri.
Erika tidak dapat menahan rasa kalut dan takutnya. Dia terduduk dan tidak semena-mena dia menangis. Macam mana ni, dia takut sangat. Setelah puas dia menangis, dia melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.
Ya, dia perlu juga teruskan walaupun sendiri. Jangan takut Ika, kau boleh. Erika memberi semangat pada diri. Dia cuba juga untuk mengingati arah yang dia lalui tadi.
Orang kata lebih elok kalau disaat genting macam ini lebih elok ambil belah kanan. Erika berharap sangat inilah jalannya.
*********************
“EHH Yana, Ika mana?” Eziyad menegur Yana apabila dia baru terperasan yang Erika tiada di sisi Yana. Yana menoleh ke belakang. Dia mengangkat bahu.
“Bukan ke tadi dia dengan Muaz dekat belakang tu?” jawab Yana pelik. Ya, dia rasa tadi Erika dengan Muaz berjalan bersama. Erika tadi pakai baju putih dah bersweater biru gelap. Bukan ke dengan Muaz dekat belakang tu?.
Eziyad menoleh ke belakang. “Tu bukan Ika.” Balas Eziyad. Dia sudah mula rasa risau. Mana perempuan menyusahkan tu hilang?.
“Muaz, tadi Ika dengan kau kan?” Azam dan Yana mendekati Muaz dan gadis yang bersama dengan Muaz itu. Gadis itu bernama Farah.
“Taklah, aku dengan Farah ni. Kaki Farah sakit sangat tu yang dia tak dapat nak kejar kumpulan dia kat depan tu.” Ujar Muaz.
“Mana kau dapat sweater ni? Bukan ke ni sweater Erika?” tanya Eziyad kepada Farah.
“Aah ni sweater Ika. Dia bagi saya pakai tadi. Katanya dia nak ke arah air terjun nak betulkan sesuatu. Saya tak pakai sweater tadi dan rasa sejuk sangat, Ika pun bagi pinjam sweater dia.” Farah menjawab pertanyaan Eziyad.
Persoalannya sekarang mana Erika? Eziyad risau. Entah kenapa dia yang perlu rasa semua ini. Arghhh gila!
“Korang memang dari kita gerak nak ke air terjun ketiga ni korang memang tak ada nampak dia ke?” Eziyad tidak puas hati. Ini sudah berginjak ke pukul 6. Lagi setengah jam nak pukul 6 petang ni. Air terjun yang ketiga pun tidak jauh lagi. Kalau nak berpatah balik untuk ke tempat tadi makan masa 2 jam lagi.
Semua menggelengkan kepala. “Kau ketua Azam, lain kali sebelum gerak kau kena pantau betul-betul.” Eziyad rasa macam nak hilang separuh nyawa dia bila fikir. Geramnya!
“Maaf, maaf. Aku tak sangka akan jadi macam ni.”
“Kita patah balik jelah cari Ika.” Ujar Yana pula. Dia risau dengan keselamatan Erika itu. Ini hutan okey, hutan!
“Macam ni jelah. Aku tahu jalan ni. Kau teruskan saja. Aku patah balik dan pergi cari Ika. Kalau aku jumpa dia, mungkin kita orang tak akan teruskan lagi. Kita orang terus pulang ke kem.” Eziyad mula memberi arahan. Padanya ini saja jalannya. Lagipun dia tahu jalan kawasan hutan ini. Dia dah banyak kali pergi ke sini.
“Betul tu. Kalau beramai-ramai sangat pun nanti susah pula.” Muaz bersetuju.
Eziyad mengeluh perlahan. Dia menyesal kerana melayan Erika dingin tadi. Teringat pula kata-kata Erika pada malam hari itu.
‘Jangan tinggalkan saya tau’ Eziyad rasa nak saja dia menjerit nama gadis itu. Ika, mana kau ni.
****************
ERIKA mengeluh panjang. Kakinya dah sakit sangat ni. Dia ikut saja tadi ke arah kanan. Dia melihat jam dipergelangan tangan kirinya. 6:30 petang dah. Tak lama lagi senja.
Erika meneruskan juga perjalanannya bertemankan lollipop dia. Air minum dia juga dah nak habis. Menyesal tadi tak tadah air terjun tu.
Dia berjalan saja dengan pentunjuk tapak kasut yang ada. Ya, dekat sini ada tapak kasut orang. Jadinya tak salah jalanlah dia kali ini. Erika mengucap syukur dalam hati. Erika menyanyi riang lagu-lagu yang dia suka.
“Auch, aduhh sakit” Erika terus terduduk. Bahu kanannya berdarah terkena benda tajam di sekitar dahan-dahan pokok itu. Terkoyak tshirt putih dia dan tshirt ini sudah dipenuhi dengan darah.
Erika rasa malang sangat hidupnya. Baik-baik tadi dia bersemangat untuk teruskan perjalanan tetapi kini dia rasa nak menangis lagi. Dia sudah letih dan mengalah.
“Ika” Eziyad bergegas ke arah Erika yang dilihatnya sedang terduduk sambil menangis itu. Dia tadi terdengar suara esak sesorang dan orang itu adalah Erika.
“Awakkk” Erika menoleh, dia pantas bangun dan tanpa berfikir panjang terus saja dia memeluk tubuh lelaki itu.
“Macam mana boleh berdarah sampai macam ni? Kau ni pergi mana? Lain kali peka jangan leka.”
“Sa...saya tak sedar mereka semua dah hilang. Tolong jangan tinggalkan saya lagi. Tolong jangan.” Teresak-esak Erika menangis di bahu Eziyad ketika ini. Eziyad hanya membiarkan saja.
Setelah tangisan gadis itu reda, barulah Eziyad menjarakkan dirinya dari Erika. “Okey dah?”
Erika mengangguk lemah. Eziyad melihat bahu gadis itu yang terdedah. Darah banyak keluar ni.
Eziyad mengeluarkan kain balut di dalam begnya dan juga ubat kuning. Dia memaut lembut bahu Erika itu. Dia menguntingkan bergelangan baju Erika yang sudah tersedia koyak itu agar mudah untuk di sapu ubat dan dibalut. Semua ini terpaksa okey, bukan dia sengaja nak koyak-koyakkan.
“Kau jangan cakap aku ambil kesempatan pula. Aku nak bersihkan luka ni dan balut kawasan luka tu.”
Erika diam saja, dia tak banyak bercakap. Dia hanya lihat saja perbuatan Eziyad itu. Wajah mereka ketika ini memang dekat sehingga dapat mendengar deru nafas masing-masing.
Eziyad mengelap bersih kawasan yang berdarah. Kemudian dia sapu pula ubat luka. Panjang juga luka di bahu gadis ini.
“Lain kali sweater kau tu jangan nak baik hati sangat bagi orang pakai. Jaga diri dulu. Utamakan diri kau dulu. Faham?” Selesai Eziyad membalut luka Erika, sempat lagi dia membebel.
Erika seperti tadi. Dia hanya diam saja. Sepatah kata tidak keluar dari mulutnya. Hanya keluhan kecil ketika Eziyad membersihkan lukanya saja tadi yang bunyi. Dia masih merenung ke dalam anak mata lelaki itu.
Eziyad rasa kurang selesa. Dia turut sama merenung Erika yang sedang merenung ke arahnya.
Situasi itu berlaku selama 10 saat. Erika mula bersuara. “Kenapa awak tinggalkan saya tadi?”
“Ehh, biarlah aku nak tinggalkan kau ke apa ke. Kau siapa pada aku? Ini pun kira baik aku terjumpa kau” Eziyad menyimpan rasa risaunya. Tak mungkin dia akan beritahu kepada Erika tentang rasa yang sedang dia rasa.
Erika menyelak rambut yang menutup matanya itu sebelum bersuara lagi. “Saya tak tahu apa yang saya rasa. Tapi saya tak boleh kalau awak tak layan saya, saya tak boleh kalau awak pergi tinggalkan saya macam tu je. Saya takut kalau”
“Shuttt dah senyap. Baik kita patah balik ke kem. Dah senja ni” Eziyad menghentikan kata-kata Erika dengan jari telunjuknya. Dia tak mahu dengar kata-kata itu. Adakah Erika nak kata yang Erika mula suka kan dia? Ohh jangan perasan Ezz.
Lagipun dia benci perempuan. Ya, kerana perempuan hidup boleh tunggang-langgang. Seperti inilah, kerana Erika, hidup dia dah tak betul!
Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Erika dengan pantasnya memejamkan mata dan menutup telinganya. Nasib baiklah tak peluk si Eziyad ni. Tapi tadi dia ada peluk Ezz? Dan lelaki itu tak marah pun. Hihihi
Hujan rintik-rintik mula turun. Eziyad dan Erika saling berpandangan.
“Macam mana ni? Hujan dah turun”
“Tak apa. Hujan ni tak lebat. Kita jalan perlahan-lahan dulu” balas Eziyad. Dia menarik lembut tangan Erika untuk membantu gadis itu bangun.
Mereka berjalan beriringan bersama. Dalam 10 minit selepas itu hujan mula lebat pula.
Eziyad memaut bahu Erika agar mengikutinya. Eziyad berlari anak ke arah pokok besar itu. Langit pun dah mula kelam. Mananya tak, dah pukul 7.30 malam ni. Mereka menumpang teduh di bawah pokok yang besar itu. Hujan tetap juga tempias sedikit demi sedikit ke arah mereka. Itu pun kira beruntung kerana dilindung sedikit dengan dahan dan daun pokok.
Erika bergigil kesejukan. Baju nipis putihnya sudah habis basah. Kenapalah hidupnya malang yang dia rasakan. Menyesal tak pakai sport bra tadi. Tak akan nak tukar dekat sini pula? Eziyad ada ni. Baju pula dah basah.
“Kita berteduh sini dulu.” ujar Eziyad. Nasib baiklah kawasan sini tak adalah binatang berbisa seperti ular. Kawasan ini pun masih lagi atas. Lainlah kalau dekat bahagian bawah tu memang situ kawasan tinggal binatang berbisa. Tapi tak boleh bersyukur seperti itu. Kekadang perlu berhati-hati juga.
Eziyad menoleh ke sisi kirinya. Dia melihat Erika yang bergigil kesejukan. Erika ketika itu yang sedang berlutut. Erika berlutut untuk menahan kesejukan dan juga untuk menutup dadanya yang semakin terserlah sedikit itu.
“Kau tak ada baju lebih ke?”
“Ada” jawab Erika perlahan.
“Pergilah pakai baju tu. Tak akan kau nak pakai baju basah macam ni. Sejuk ni” Eziyad menggeleng kepala. Apalah si Ika ni, semua nak kena suruh agaknya.
Erika sudah tak tentu arah, macam mana dia nak tukar baju? Dekat depan lelaki ini ke? Ishh gila namanya tu.
“Tak akan saya nak tukar depan awak”
“Kau sarung jelah sekali baju tu. Tak pakyah nak tukar. Sarung terus baju kau tu.”
“Mana boleh. Dah basah lokos baju ni.”
“Dah kau salin je. Aku pusing belakang.” Eziyad terus saja mengalihkan tubuhnya ke belakang. Dia memberi lalaun kepada Erika untuk menukar baju.
Erika mengeluarkan baju lengan pendeknya. Hanya itu saja yang ada. Dia mengambil kesempatan ini untuk menukar anak baju dia juga.
Lamanya, gumam Eziyad perlahan. “Kau dah sudah belum?”
Eziyad secara tak sengaja tertoleh sedikit ke belakang.
“Ehh awak jangan!” kalut suara Erika ketika ini.
Astagarfirullah mengucap panjang Eziyad dalam hati. Nasiblah dia ternampak sedikit saja tadi. Sikit je. Itu pun nampak perut kempis putih gebu Erika. Tapi tetap juga buat jantung dia bergetar laju.
“Dah belum?”
“Ya, dah dah” Erika mengucap panjang juga. Nasiblah lelaki itu tak toleh terus. Kalau tak memang habislah dunia dia nanti.
“Baju lengan panjang tebal sikit tak ada ke? Baju ni kau pakai” marah Eziyad geram. Entah kenapa banyak sangat geram hari ini.
“Mana ada. Ini je baju yang saya ada. Awak lupalah tu beg saya awak yag campak” sindir Erika pula.
Eziyad baru teringat. Ya, dia ada belikan baju dan seluar untuk Erika pagi tadi. Pagi semasa dia tidak bersarapan itu kerana dia keluar singgah beli baju untuk gadis ini. Kawasan kem ini gerai jualan memang selepas subuh sudah buka. Nasib baik juga dia memandu kereta sendiri untuk ke sini.
“Ini pakai baju ni. Tebal sikit nanti” Eziyad menghulurkan baju coklat berlengan panjang kepada Erika. Erika menyambutnya.
“Baju perempuan ni, mana awak dapat?”
“Pakai ajelah. Kau nak ke tak nak? Kalau tak nak bair padan muka kau mati kesejukan dekat sini. Ini dah pukul 9 dah. Kita gerak balik esok pagi je.”
Erika malas nak bertanya banyak. Pakai sajalah. Lagipun memang sejuk sangat ni.
9. IBUKU CURANG
MEREKA berdua hanya berdiam diri saja. Erika diam, Eziyad pun diam. Tiba-tiba perut Erika berbunyi. Errr masa nilah kau nak buat dayang senandung.
“Awak, saya laparlah.” Ngadu Erika mengada. Dia menoleh ke sisi kanannya menunggu balasan dari Eziyad.
Eziyad dah nak tergelak tapi ditahan. Wajah comel gadis itu sentiasa mendapat tempat di hati. Ecehhh!.
“Aku tau, kalau tak, tak adanya keluar konsert Wings dekat situ” Erika mencebik mendengar sindiran lelaki itu.
Eziyad mengeluarkan roti yang dibawa. Hanya tinggal sebuku roti saja. Tak apalah, bagi saja perempuan ni makan. Malam nanti payah pula nak tidur kalau ada konsert buat bising.
“Nah, makan roti ni.” Erika mencapai huluran roti tersebut. Dia tersenyum senang.
“Terima kasih awak” Eziyad hanya membalas dengan anggukan.
Setelah roti itu habis. Baru Erika sedar yang Eziyad tak makan sekali dengan dia. “Awak tak lapar ke?”
“Dah habis baru nak tanya?.”
“Ya Allah, saya tak tahu pun. Saya tak ada roti tapi saya ada lollipop. Awak nak tak?”
“Tak payah. Roti tu memang aku beri untuk kau. Aku tak lapar” Tak lapar?. Lapar tapi tak apalah biar je Erika yang kenyang. Lagipun dia boleh tahan lagi.
Erika berasa selesa bila dengan Eziyad. Dia tidak tahu kenapa. Walaupun mereka tidaklah banyak bercakap tetapi dia rasa tenang, damai dan selamat.
“Salah ke wak kalau kita suka orang tu tapi orang tu benci kita?” dalam kesunyian itu Erika mula bertanya.
Eziyad yang bersandar di batang pokok itu membangunkan sedikit tubuhnya. Dia menoleh sisi kirinya.
“Tak salah. Tapi buat apa nak suka dekat orang yang benci kita. Lebih baik kita benci dia sekali” balas Eziyad bersahaja. Tak mahu ambil pusing sangat.
Erika berpeluk tubuh. Sejuk pula walaupun dah pakai dua baju di dalam. Dia masih bersandar di batang pokok besar itu. Hujan semakin teduh.
“Saya cuba tapi tak boleh.” Jawab Erika ringkas.
“Siapa oarng tu?. Kau ke?”
Erika mengangguk. “Saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak benci dia. Pada saya ada sesuatu pada diri dia yang semua orang tak nampak tapi bila saya kenal dia, dekat dengan dia saya semakin nampak”
“Kau tak boleh nak kata semua tentang orang tu kau tahu, kau dapat rasa. Kau bukan ahli nujum pun. Bahkan bukan Tuhan”
“Tapi kita boleh selami hati dia kan?”
Jap, jap. Siap orang yang kau maksudkan tu? Tak lain tak bukan si Zuan muka pucat la tu” Eziyad dapat agak. Memang lelaki tu ajelah ada dalam fikiran si Erika ni.
“Tak, tapi awak” jawab Erika tegas.
Eziyad menunjuk ke arahnya sendiri. “Aku?”
“Ya, salah ke kalau saya suka awak?. Saya tahu awak benci saya tapi ini perasaan saya, saya yang rasa apa saya rasa. Bila dengan awak saya rasa lain.” Jujur Erika dengan tenang. Dia hanya meluahkan apa yang dia rasa. Itu yang dia rasa. Dia sememangnya seorang yang berani mengatakan perkara yang benar.
Eziyad terdiam di situ. Dia sendiri terkejut dengan pengakuan dari gadis yang berhadapannya kini. Eziyad tidak membalas apa-apa. Sebaliknya dia menyandarkan tubuhnya di batang pokok itu lalu dia pejam mata. Dia harap dia boleh lupakan apa yang dia dengar dari bibir mungil itu.
Erika turut bersandar di situ. Suasana yang gelap kerana malam dan sunyi itu hanya didengari bunyi angin bersiur dan juga guruh yang tidak berapa kuat. Bunyi-bunyi serangga di dalam hutan juga kedengaran kerana mereka berdua memang terkunci mulutnya. Erika menoleh ke sisi kanannya. Dia merenung saja Eziyad yang menghadap ke kanan itu.
“Saya tahu awak belum tidur lagi. Macam mana nak tidur kalau kita terperangkap dalam keadaan macam ni. Dalam hutan pula tu.” Erika menarik nafas sebelum dia sambung kata-katanya lagi.
“Kenapa awak benci saya Ezz?. Besar sangat ke salah saya pada awak?. Saya rasa kesalahan pertama saya pada awak adalah ketika saya tak sengaja terlanggar awak. 3 tahun kita di kolej yang sama. Tapi sem kali ini baru saya bertembung dan berjumpa dengan awak. Saya tahu awal perkenalan kita tak baik. Besar ya salah saya bila saya langgar awak tu?. Saya siap cucuk ketiak awak dengan lollipop.” Erika berhenti seketika. Dia ketawa kecil apabila teringat kejadian itu.
Dia memegang bahu Eziyad lembut. Nampak sangat Eziyad belum tidur ketika itu kerana bahu lelaki itu terangkat dengan sentuhannya. Erika melepaskan tangannya dari bahu lelaki itu.
“Atau awak marah saya sebab saya panggil awak lembu jantan? Panggil awak monyet? Pada saya tu semua bukanlah kejadian teruk. Tapi kejadian yang kelakar yang pernah terjadi dalam hidup saya. Ya, saya mengaku saya marah awak masa tu. Saya benci awak masa tu. Sangat-sangat benci. Tapi sekarang saya tak boleh, betul-betul tak boleh nak benci awak. Boleh awak bagitahu saya kenapa?. Boleh tak Ezz awak beritahu saya kenapa?”
Erika menarik nafas lemah. Eziyad masih kekal pandang ke arah sana dengan mata yang terpejam. Mungkinlah terpejam. Bukan dia nampak pun.
“Tak apalah kalau awak tak nak cakap dengan saya. Saya nak tidur dulu. Dan tolong jangan tinggalkan saya” ujar Erika lagi.
Eziyad diam. Dia hanya mendengar saja apa yang dikatakan oleh Erika. Dia sendiri buntu dengan perasaan dia saat ini. Dia juga rasa apa yang Erika rasa. Semakin dia rapat dengan Erika, semakin perasaan lain yang bertandang. Tapi yang pasti bukan perasaan tbenci. Dia rasa dia tidak membenci gadis itu. Dia hanya marah bila melihat Erika melayan lelaki terlalu mesra. Dari dulu lagi dia melihat sikap gadis itu.
“Grrerrrr” Kini jam menunjukkan pukul 2 pagi. Guruh yang kuat membuatkan Erika secara tidak sengaja terkejut lalu memeluk Eziyad yang berada di sebelah kanannya.
“Awakk” ujar Erika terkejut dan takut. Kuat sangat bunyi guruh itu.
Eziyad juga tersedar dari lenanya. Dia mengosok kedua-dua matanya. Dia menepuk lembut bahu Erika itu agar gadis itu tenang.
“Guruh je tu. Dah jangan takut. Kau sambung tidur.” Eziyad cuba menjarakkan sedikit tubuhnya dengan Erika. Gila kau nak dekat-dekat berpeluk macam ni? Nanti setan aku datang memang habis Erika kena kerjakan. Bisik hati Eziyad.
“Kau sana sikit. Jangan takutlah ni guruh je. Kau tak akan nak peluk aku pula ni. Aku rimas tau”
“Sorry saya tak sengaja” Erika menjarakkan dirinya. Dia cuba untuk pejamkan matanya semula tetapi sukar. Dia kalau dah terbangun dari tidur lena memang susah nak tidur balik.
Angin hutan yang sejuk ini membuatkan Erika bergigil. Bergetar-getar mulutnya menahan kesejukan. Eziyad juga mendengar getaran gigi Erika itu. Eziyad membuka matanya dan melihat Erika di sisinya itu.
“Awak, maaf ganggu awak tidur. Sa saya sejuk sangat ni.” Ujar Erika apabila dia perasan yang Eziyad tersedar kerana dia.
Eziyad memang tidak ada pakaian lebih lagi. Eziyad membuka sweater yang dipakainya. Dia menutup tubuh Erika dengan sweater itu. Erika terkedu sebentar.
“Tapi awak tak sejuk ke?” tanya Erika prihatin.
“Kau pakai jelah. Nanti aku ambil semula mati sejuk pula kau nanti. Aku okey, aku tak sejuk.” Balas Eziyad bersahaja.
“Tapi nanti awak”
“Dah jangan banyak cakap. Aku tinggalkan kau nanti dekat sini. Dah pergi tidur semula.” Eziyad berpeluk tubuh. Sebenarnya dia sejuk juga. Dia mengiringkan tubuhnya ke arah kanan membelakangkan Erika.
Erika tetap tak sedap hati. Dia dapat melihat tubuh lelaki itu yang bergetar sedikit kerana sejuk. Dia rasa bersalah sangat.
Ya Allah, maafkan aku. Bisik hati Erika. Ya, hanya ini saja dia boleh bantu.
Erika mendekati tubuh Eziyad. Dia menutup matanya dan dia terus saja memeluk lelaki itu. Dia menyandarkan kepalanya di bidang dada Eziyad. Dia terasa tubuh lelaki itu bergerak kerana terkejut.
“Jangan risau. Saya tak buat macam-macam. Saya cuma nak tolong awak je. Kita kongsi pakai sweater ni. Lagipun bila sejuk segala macam ketebalan jenis kain tak boleh melawan dengan haba tubuh seseorang. Haba tubuh sekurangnya dapat memanaskan sedikit badan kita. Maaf kalau saya berani peluk awak. Saya tak boleh tengok awak bergigil sebab se” kata-kata Erika terhenti kerana Eziyad memperketatkan pelukan tu.
Eziyad memeluk kuat tubuh Erika. Dia rasa nyaman dan selesa. Dapat kurangkan sejuk tadi. Kali ini saja. Bisik hatinya.
Eziyad tidak tahu kenapa dia senang dengan keadaan macam ini. Walaupun keadaan ini berdosa bagi mereka tapi dia cuba tidak akan macam-macam.
“Ezz” panggil Erika.
“Ermmm” balas Ezz.
“Kenapa awak benci saya?”
“Kau betul-betul nak tahu ke?”
“Mestilah.”
Eziyad membuka matanya. Dia hanya memandang rambut Erika saja saat ini. Ini kerana kepala Erika berada di dadanya.
“Aku bukan benci kau je. Aku benci semua perempuan yang curang. Aku mula benci perempuan sejak ibu aku curang dengan ayah aku. Dia curang di depan mata aku.”
Ya, sejak dia berumur 15 tahun ketika itu ibu dia curang dengan ayahnya. Di depan matanya ibunya bersama-sama seorang lelaki di dalam bilik. Ketika itu dia baru pulang dari kelas tuisyen dan ayahnya pula baru pulang dari kerja. Sakit sungguh hatinya. Ayahnya telah menceraikan ibunya dan sehingga kini dia tinggal bersama ayah. Ibunya pula?. 3 tahun selepas kejadian itu, ibunya meninggal dunia kerana kemalangan.
Erika tersentak mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Tapi apa kena mengena dengan dia?
“Kenapa awak nak benci saya pula? Saya bukan ada curang pun. Kalau awak benci semua perempuan saya boleh terima sebab saya juga perempuan. Tapi kenapa dengan Yana awak okey je?”
“Kau tu suka layan lelaki. Faris lah, dengan Redzuan lagi. Lepas tu semua kawan-kawan aku suka kau. Aku sakit telinga dengar nama kau je bila bercakap dengan Epul tu” jawab Eziyad.
“Tapi saya tak curang okey! Kekasih pun saya tak ada nak curang apanya” Geram pula Erika dengan tuduhan meluru Eziyad itu.
“Redzuan tu bukan kekasih kau ke? Faris pula bekas kekasih kau kan?”
Erika mengangkat kepalanya dari bidang dada lelaki itu.
“Faris tu kawan baik saya dari sekolah. Dia tu jiran saya memanglah saya rapat dengan dia. Ramai orang salah faham. Redzuan tu ya saya mengaku saya dah 3 tahun ada hati pada lelaki tu. Tapi hubungan kami belum ada apa-apa lagi. Mungkin dalam proses untuk lebih rapat.” Ujar Erika terus terang.
Ya, dia dengan Redzuan belum rasmi lagi jadi pasangan. Dia pun baru tahu perasaan Redzuan terhadapnya ketika kes gaduh dengan Eziyad itu. Masa itu hati dia berbunga-bunga. Terasa seperti di atas langit. Ecehhh! Tapi sekarang macam mana? Dia sudah terlanjur suka dekat Eziyad.
“Dah tidur cepat.” Eziyad dengan selamba menarik kepala Erika agar berbaring semula di atas dadanya.
Eziyad tidak tahu nak rasa apa. Dia sekarang terasa lega bila luahkan dan menceritakan kisah yang selama ini dia pendam.
“Kalau aku cakap yang aku suka kau macam mana?” ujar Eziyad perlahan.
Mata Erika yang terpejam tadi terus terbuka. Dia bangun semula.
“Apa? Awak suka saya? Betul ke?” tak menyempat Erika bertanya. Tak sabar dia nak tunggu balasan dari lelaki itu. Erika merenung saja Eziyad walaupun keadaan memang gelap ketika ini.
“Bila masa aku kata aku suka kau. Aku tanya je macam mana kalau aku suka kau. K.A.L.A.U okey” Eziyad mengeja perkataan kalau itu.
“Laaaa ingat suka saya. Tak apalah saya tidur dulu” balas Erika.
Tapi betul juga, macam mana kalau Ezz suka aku dan apa aku akan buat? Aku suka Ezz juga dan Redzuan macam mana? Hati aku ni untuk siapa sebenarnya. Adakah untuk Ezz atau untuk Zuan? Wahai hati cuba pilih betul-betul. Bisik hati Erika.
10. LELAKI BODOH
ERIKA tak kisah pun menang atau kalah. Dah nak buat macam mana dia tersesat dekat hutan semalam. Jadinya ahli kumpulan dia memang tak ada harapan nak menang. Kumpulan Redzuan yang memenangi aktiviti ini.
Pada Erika semalam adalah saat yang terbaik. Bukan malang ya tapi terbaik. Disebabkan semalamlah dia dengan Eziyad dapat bersama. Sekarang dia tahu kenapa Eziyad bersikap begitu. Eziyad telah meluahkan kepadanya malam itu.
“Orang kalau tersesat semalam muka penat letih dan sedih tak dapat menang. Yang ni kau tersenyum-senyum macam kerang busuk apa hal?. Aku tahulah kekasih hati kau Redzuan tu menang. Dapat pula gelaran ketua kumpulan yang terbaik” Julia menyengol hujung siku Erika itu. Erika buat tidak tahu saja.
“Aku tak tahu apa kena dengan hati aku tapi aku perlu buat pilihan sama ada Redzuan atau Eziyad” Erika meluahkan apa dia rasa.
Julia terbuntang matanya. “Biar betul kau ni? Tak akan Eziyad baru tolong kau semalam kau dah mula jatuh hati dekat dia pula ni? Ishh aku tak faham dengan kaulah Ika. Betul agaknya kau ni playgirl”
Erika menjeling geram. Julia kalau cakap memang tak bertapis.
“Kau gila ke?. Kalau aku perempuan macam tu aku tak akan buat pilihan. Baik aku layan kedua-dua sekali betul tak?”
“Tapi Ezz tu nak kau ke walaupun kau suka dia?” Ehh betul juga cakap Julia ni. Bisik hati Erika.
“Betul juga cakap kau ni kan?”
Memang betul sangat pun. Jadi buatlah pilihan yang tepat.”
*********************
HARI ini sudah masuk hari yang keempat mereka di sini. Esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Aktiviti hari ini adalah aktiviti mencabar. Erika rasa nak saja undur diri dari aktiviti ini tapi bila terbayangkan wajah Cik Liza tu terpaksa juga dia sertai. Nak markah punya pasal memang terpaksalah kena buat kerja gila ni.
“Saya tak suka buat aktiviti ni. Leceh awak tau tak, kena meniaraplah. Lepas tu dengan lecak tanah lagi. Panjat tembok tu lagi. Tinggi tu” Erika memuncungkan mulutnya ke arah dinding yang tinggi itu. Lemah badan bila lihat dinding tu.
“Awak boleh buat. Tengok hari itu saya dan kumpulan saya bersatu hati dan kami bersama-sama memenangi aktiviti redah hutan tu. Awak tak peka dengan ahli kumpulan awak. Kali ini saya harap awak dapat buat ya? Hani tu pun tak tahu juga tapi bersemangat saja saya tengok dia. Tak macam awak ni semua tak mahu buat”
Erika mencebik. Hani Hani Hani. Itu saja disebut oleh Redzuan. Nak Hani tu ambillah. Redzuan ni tak ada perasaan simpati ke? Tak salah kalau nak beri dia kata-kata semangat tapi Erika paling tak suka dibanding-bandingkan! (Hi readers semua, betul kan girl tak suka dibanding-bandingkan?. Author pun tak suka. Hahaha)
“Awak tak risau pun ya masa saya kena tinggal dekat hutan tu? Saya tengok saja je muka awak” Erika memasang jerat. Kali ini dia nak tengok juga apa jawapan sakai si Redzuan ni.
“Saya tahu pun lepas sampai kawasan air terjun terakhir tu. Kumpulan awak yang beritahu saya. Lepas tu sampai je kem pagi tu. Awak selamat kan? Okeylah tu.”
Ohhhh Erika rasa nak cekik-cekik je Redzuan kali ini. Redzuan ni muka je nampak sweet, penyayang apa semua tapi tak ada langsung sifat tu dalam diri. Nampaknya kali ini Eziyad menang jika nak dibandingkan dengan Redzuan.
“Ohh saya selamatkan? Itu pun sebab Ezz yang datang selamatkan saya. Kalau tak dah kena makan dengan harimau agaknya. Ezz tu pun tengok je muka ketat dan asyik nak marah je. Tapi dia tu prihatin dekat saya dan saya rasa terhutang budi dengan Ezz. Banyak sangat dia tolong sa”
“Sudah. Sekarang awak nak puji Ezz la? Nak kata dia banyak tolong awak macam tu? Memanglah dia kena tolong awak, awak ahli kumpulan dia. Dia kena jaga keselamatan awak. Sekarang ni tanggungjawab kumpulan awak adalah menjaga antara satu sama lain”
Redzuan memotong kata-kata Erika itu. Erika buat roller eyes dia. Tanda malas nak layan. Sikit-sikit tanggungjawablah, bersatu hatilah, hari itu kata dah sayang tapi tak akan rasa risau tu tak ada kut.
Erika lihat saja Redzuan yang berwajah selamba itu. Kelmarin ketika pagi yang dia dan Eziyad sudah tiba di kem. Redzuan bersahaja saja. Tak ada pun riak risau di wajah lelaki itu. Hanya mengucap syukur saja. ‘Alhamdullilah awak selamat’ Itu saja. Tak prihatin langsungkan?.
Okey sekarang ni Erika nak bagi 5 bintang untuk Eziyad dan 2 bintang saja untuk Redzuan.
“Ehh Ika oii, cepat sikit dah nak mula ni” laung Yana dari jauh. Erika tersedar dan dia mengangguk memandang ke arah Yana itu.
Erika menggaru kepalanya. Alahai kes pemilihan si hati pun sehingga terbawa-bawa ke sini. Ya, itulah perbualan antara dia dan Redzuan pagi tadi. Lelaki tak prihatin langsung si Redzuan tu.
“Meniaraplah sekarang weh. Nak lalu bawah jaring ni kena meniarap” ujar Yana panas hati.
“Tak boleh ke buka jaring ni? Kita jalan je. Aku dahlah tak banyak baju. Nanti kotor baju semua ni.”
Yana mengeluh perlahan. Rasa macam nak ketuk je kepala Erika waktu ni. Biar amnesia terus!
“Kau buat jelah. Tak payah nak mengada sangat. Gedik je kau ni eh? Pasal baju tu Yana ada baju lebih” Eziyad menyampuk perbualan mereka.
“Baju Yana kecik lah. Seluar pun kecik. Awak ni jangan cakap saya gedik boleh tak? Menyampah tau dengar” berang Erika.
“Kau masuk cepat ke dalam. Kalau tak aku tendang punggul kau tu”
“Iyalah, iyalah saya masuk. Puas?” Erika menjeling tajam ke arah Eziyad. Eziyad pun tak prihatin langsung. Lepas itu suka hati je dia cakap aku gedik.
Eziyad melihat saja Erika yang melintasi kawasan itu dengan tubuh yang meniarap. Dia tersenyum kecil dan menggelngkan kepala. Ika Ika. Pening layan si Erika yang mengada ni.
“Nanti aku bagi kau baju. Kau beri baju tu kat si Ika tu.” Ujar Eziyad sebelum Yana pula masuk ke dalam jaring itu.
Erika melihat dirinya atas bawah. Errr geli betullah bila badan dah berlecak macam ni. Kalau hari itu Eziyad bolehlah peluk sebab sejuk. Ini nak peluk apa satu badan coklat. Dah macam aiskrim Magnum pula dah. Kalau badan basah kena hujan Erika sanggup. Yelah macam semalam saat-saat romantis dengan Ezz. Erika tersenyum sendiri.
“Kau ni boleh senyum pula erk?. Cepatlah sikit lari tu” Hani menyindir.
“Suka hati akulah. Aku senyum bukan pakai mulut kau pun” balas Erika dan terus saja lari lebih laju ke depan.
Hani mendengus geram. Dia memang tak puas hati dengan Erika tu dari dulu.
“Hani rasa Hani tak bolehlah Zuan. Tinggi sangat tempat tu.” Suara manja Hani kedengaran. Erika dan Yana mencebik meluat.
“Boleh, Hani jangan risau k. Zuan bantu Hani naik. Sekarang ni Hani panjat je tangan Zuan ni” Redzuan cuba memujuk Hani. Ya, dia nak menang lagi untuk aktiviti kali ini.
“Hani tak sangguplah nak pijak tangan Zuan. Nanti sakit macam mana?. Tak mahulah.”
Yana yang sedang menunggu giliran tu sudah ketawa mengekek-ngekek. Ishh meluat betul dengar ayat geli si Hani tu. Hahahahaha.
“Kau tak cemburu ke Ika?”
“Entahlah. Aku meluat je tengok manja si Hani tu melebih sangat. Tak sangguplah apalah. Geli aku dengar” balas Erika dengan pertanyaan Yana tu. Ya, cemburu tu tak adalah. Tapi rasa meluat tengok dua orang di hadapannya itu.
“Dah tak payah nak mengutuk orang je. Kau tu pun meluat aku tengok. Sama juga kan kau takut nak naik tembok tinggi tu? Dah cepat jangan nak gedik” Eziyad menyampuk lagi.
“Ada je awak ni nak menyampuk. Suka sangat cakap saya gedik ni kenapa?” marah Erika geram.
“Cepat panjat tangan aku ni. Kalau tak biar kau panjat sendiri” Eziyad malas mahu melayan pertanyaan gadis itu.
“Sabarlah kalau ya pun.” Erika memijak tapak tangan Eziyad sambil mulutnya tidak berhenti-henti membebel.
Tubuh Erika sepertinya tidak seimbang kerana ketika itu dia tidak memegang bahu Eziyad. Dan sikit lagi dia nak jatuh ke tanah dan sempat Eziyad menyambut semula tubuh Erika.
Kini Erika di dalam dukungan Eziyad. Erika memandang wajah Eziyad tidak berkelip. Rasa teruja atau terkejut menjadi satu.
“Nasib baik aku ada tau. Kalau tak dah patah tulang belakang kau ni jatuh macam nangka busuk. Lain kali jangan membebel macam perempuan gedik. Itu padahnya.
“Turunkan saya”
“Sabar”
“Turunkan saya sekarang”
Eziyad mengeluh geram. Tak boleh sabar langsung Erika ni. Eziyad menurunkan tubuh gadis itu perlahan-lahan.
“Jangan cakap saya gedik boleh tak? Menyampah tau!” marah Erika geram.
“Dah kau gedik. Tak akan aku nak cakap kau sopan pula. Padahal kau tak ada langsung sikap sopan”
Erika menjeling tajam.
“Dah lah Yana kau naik dulu cepat.” Arah Eziyad pula kepada Yana. Yana hanya mengangguk saja.
Eziyad membantu Yana untuk panjat tembok tinggi tu. Seperti Erika tadi juga Eziyad membantu. Kini setelah Yana, giliran Erika semula.
“Nampak tadi kan Yana panjat macam mana?. Kau kena pegang juga bahu aku ni. Faham?”
“Ye ye faham” jawab Erika malas.
*********************
SETELAH selesai aktiviti di tasik itu. Erika pergi ke tepi tasik. Dia melihat saja Redzuan yang sedang membantu ahli kumpulannya untuk naik ke darat. Erika perlahan-lahan ke sebelah Hani.
Erika melihat saja Redzuan membantu Hani untuk naik ke atas darat semula. Hani menghulurkan tangannya dan Redzuan menyambut huluran itu dan menarik tangan gadis itu.
“Boleh awak tolong saya sekali?” tanya Erika setelah Redzuan membantu Hani.
“Mana kumpulan awak yang lain?”
“Dia dekat hujung sana tu. Sibuk buat apa entah” jawab Erika pula.
“Kita ni bertanding. Jadinya awak perlu bersatu hati dengan kumpulan awak untuk setiap aktiviti ni. Awak panggillah mereka dekat sana. Saya tak boleh nak bantu kumpulan lain sebab awak ada kumpulan awak. Ini adat bertanding. Ezz tu yang awak puji-puji tu mana? Kata baiklah sangat. Ini awak minta tolong saya juga.”
Erika mencebik bila dengar.
“Entah kau ni. Ada kumpulan sendiri suruhlah mereka tolong. Ini sengaja nak mengada dengan Zuan kan?” Hani menyampuk pula.
“Dahlah Hani. Dia cuma minta tolong je. Hani jangan nak besarkan masalah pula” Hani menjeling geram apabila Redzuan sepertinya tidak menangkan Erika.
“Tak payah minta tolong dengan orang sombong. Lelaki bodoh memang macam ni. Kenapa kau tak panggil aku je tadi?” Eziyad pula yang tiba-tiba muncul mencelah. Geram dia mendengar apa yang dikatakan oleh Redzuan dan Hani tadi. Tak akan tolong sikit pun tak boleh. Terikut sangat dengan peraturan aktiviti ini semua.
“Kau cakap aku lelaki bodoh?” tanya Redzuan tidak puas hati.
“Kau salah dengar ke sampai nak kena ulang lagi?” balas Eziyad pula.
“Kau siapa nak cakap aku bodoh ni? Ini dah memang ikut dalam peraturan aktiviti kan?”
“Kau manusia kan? Apa salahnya kau tolong sorang je tak boleh ke? Terikut sangat dengan peraturan tu nak buat apa. Lecehlah hidup kau ni. Dah jom Ika” Eziyad menghulurkan tangannya dan Erika menyambut. Lagipun dah naik kecut juga Erika dalam tasik tu.
11. “AKU SUKA KAU”
“TAK payah kau nak berwajah sedih bagai. Lelaki bodoh macam tu yang kau suka? Kalau aku dah lama kena pijak keluar tahi!”
Marah sangat Eziyad ketika ini. Erika hanya menunduk saja waktu ini kerana ya dia terkilan dengan sikap Redzuan itu. Tak akan minta tolong sikit tak boleh kan?. Apa punya lelakilah Redzuan tu. Baru sekarang nampak perangai si Redzuan yang agak bodoh tu. Terikutkan sangat dengan peraturan aktiviti.
“Kau ni tertunduk-tunduk tu kenapa? Biji mata kau hilang ke kat bawah tu?” serkah suara Eziyad lagi. Terkejut Erika kala ini. Ishh lelaki ni pun satu suka sangat tengking-tengking. Tak romantik langsung!
“Ya ya ni saya angkat muka tayang kat awak. Puas tengok muka saya ni?” balas Erika geram. Mereka berhenti dari terus meneruskan langkah untuk ke khemah masing-masing.
“Macam ni lah. Tengok je muka aku macam ni. Kalau setiap hari aku dapat tengok muka kau pun best juga”
“Ishh tak ada kerja saya nak tengok muka awak setiap hari lepas tu awak tengok muka saya setiap hari. Banyak lagi kerja boleh buat tau”
“Kalau kau jodoh aku, kalau lari ke mana pun tetap kena wajib tengok muka aku yang handsome ni.”
Erika tersentak. Mamat ni dah kenapa tiba-tiba cakap pasal jodoh. Buang tebiat ke apa ni. Nak cakap pasal jodoh boleh tapi ni cara tak romantik. Cubalah cakap macam ni......
1. Kalau kita dah berjodoh, awak lari ke mana pun tetap jadi milik saya sayang.
Tak pun kan boleh kalau dia cakap,
2. Akan daku kejar dirimu hingga Tuhan menjodohkan aku dengan kamu Erika.
3. Sayang, saya berharap kita memang jodoh bersama agar awak boleh tatap wajah saya selalu dan saya akan tatap wajah awak setiap degupan jantung saya ini.
Eziyad memandang pelik Erika saat ini. Perempuan ni dah asyik tersenyum-senyum sendiri ni dah gila ke apa.
“Kau ni dah kenapa? Buang masa je cakap dengan kau nilah” Eziyad menepuk dahi Erika agar sedar dari lamunan mimpi.
Erika terkulat-kulat apabila dia sedar. Dia terus memandang wajah Eziyad. Dia jadi malu sendiri pula. Ishh tak akan lelaki ini nak cakap ayat romantik macam tu dengan aku. Kalau ya pun maksudnya tu bukan Eziyad lah tapi Eziyad hantu belaan dia yang rasuk!
“Jomlah cepat. Saya dah tak tahan dengan badan kotor macam ni.” Erika alih topik perbualannya.
“Kau tunggu sekejap. Aku ambil kasut aku dekat sana jap” Erika mengangguk saja dan melihat susuk tubuh lelaki yang semakin menjauh itu.
Erika menyepak perlahan batu-batu di situ. Ya, kawasan ini berbatu dan sebab itulah jalan perlu berhati-hati. Tanpa Erika sedar ada sesusuk tubuh merempuh kuat bahunya dan menolak dia sehingga terdorong dan terjatuh merangkak.
“Sakit, Ya Allah sakit. Ehh kau ni kenapa?” Erika terus saja mendongakkan wajahnya dan terkejut dia melihat rupanya Hani yang menolak dia sehingga jatuh. Erika terduduk kerana tapak tangan dan lututnya terluka.
“Hani!!!!” jerit Redzuan. Dia bergegas ke arah dua orang gadis itu.
Hani terkejut. Janganlah cakap yang Redzuan nampak yang aku tolak Erika sudahlah. Rungut hati Hani sendiri.
Hani berpura-pura menangis.
“Apa Hani buat ni? Kenapa tolak Ika sampai macam tu?” Redzuan bernada marah. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Erika bangun.
Tapi belum sempat Erika mencapai huluran itu, Hani menegah dan menepis.
“Erika yang mula dulu. Dia yang menghina Hani. Dia kata Hani perempuan jalang. Dia kata Hani sengaja dekat-dekat dengan Zuan dan buatkan dia dan Zuan bergaduh. Mana ada Hani buat macam tu. Hani tak boleh orang hina Hani sesuka hati dan Hani marah sangat sebab tu Hani tertolak dia.”
Erika tercenggang mendengar tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh Hani. Bila masa entah aku hina dia ni? Kalau tadi memang tak ada. Mungkin minggu lepas kut, mana tahu aku lupa. Erk memang tak adalah! Sah gila kepala Hani ni!. Baik-baik nak menangis kerana sakit tadi terus tak jadi menangis. Sakit sangat hati dengar apa si Hani ni tuduh dia!
“Betul ke Ika? Awak jangan suka-suka tuduh dan hina orang perempuan jalang. Awak pun bukan baik sangat. Kalau saya jadi Hani pun saya akan marah bila kena cop perempuan jalang. Saya tak sangka awak macam ni.” Redzuan bernada kesal. Ya kesal sangat.
Erika tidak dapat menahan tangisnya waktu ini. Dia merenung tajam ke arah dua orang manusia di depannya.
“Saya tak buat macam tu. Saya tak ada hina pun dia sebagai perempuan jalang. Tapi sekarang ya, saya mengaku dengan segala tuduhan awak dan dia. Dia memang perempuan jalang sebab telah buat fitnah yang tak betul”.
“Ika!!!” marah Redzuan. Suaranya sudah naik seoktaf tinggi.
“Sudahlah Zuan jangan macam ni. Tak apalah, biarkan dia nak hina saya ke apa. Saya tak mahu besarkan hal ni.” Hani pula yang kini sudah berasa takut. Takut juga kalau masalah ni menjadi besar.
“Awak patut kasihankan Hani ni. Dia kena hina dengan awak tapi dia mengalah. Yang awak ni suka-suka tuduh orang perempuan jalang. Awak tu yang sebenarnya perempuan ja”
“Debukkk” Eziyad yang muncul terus saja menumbuk Redzuan dengan hati yang terlalu panas.
Redzuan jatuh terduduk dan mengerang kesakitan. Hani pula yang terkejut terus saja mendekati Redzuan dan membantu lelaki itu bangun.
Eziyad tidak banyak bunyi. Dia terus saja mencempung tubuh Erika. Terlalu sakit jati dia melihat lutut Erika yang terkoyak dan luka. Tapak tangan gadis itu yang berdarah dan dipenuhi batu dan pasir halus.
“Kau tu jangan mudah percaya cakap orang. Sebelum menuduh tu fikir dulu. Tak silap besar kalau aku cakap kau ni bodohlah Zuan.” Setelah menuturkan kata-kata itu, Eziyad terus saja membawa Erika dari situ. Kalau tengok muka Redzuan lama-lama agaknya dah boleh buka gelanggang WWE nanti.
********************
“SAYA tak hina pun Hani macam tu tadi. Dia yang tiba-tiba datang ke arah saya dan tolak saya.” Erika ingin membetulkan tanggapannya di hadapan Eziyad yang sedang membersihkan tapak tangannya ketika ini.
“Dah tak payah cakap lagi. Kalau pun kau tak hina dia pun tu kau punya pasal. Dia memang jalang pun aku tengok. Aku dah kenal dia lama lagi dari sekolah. Perangai dia memang mudah iri hati dengan orang” Eziyad masih mencangkung membersihkan tapak tangan gadis itu. Sesekali itu dia meniup lembut.
“Saya memang tak ada hina dia punlah. Saya tetap nak pertahankan diri saya depan awak yang saya tak hina dia. Setelah dia buat fitnah macam tu barulah saya mengaku sendiri yang Hani tu memang perempuan jalang” Erika tidak berpuas hati. Dia ingin lelaki itu percaya padanya. Dia harap Eziyad katakan ‘Ya aku tahu kau tak cakap macam tu’ Tapi tidak, Eziyad tidak ambil peduli.
“Kenapa kau tak pertahankan diri kau depan Zuan tadi? Kenapa dengan aku kau pertahankan?” Eziyad merenung wajah Erika. Tangannya terhenti seketika dari membersihkan luka itu.
Erika terkedu. Betul juga ya, kenapa dia tak pertahankan diri dia di depan Redzuan tadi tapi sebaliknya dengan Eziyad dia seboleh-boleh mahu lelaki itu mempercayainya.
“Saya Cuma harap awak percaya saya. Tak kiralah semua orang percaya saya atau tak tapi saya dah bersyukur walaupun hanya awak seorang yang percayakan saya” ujar Erika tenang.
Ya, kini dia faham. Bila kita sayangkan seseorang, sebolehnya kita terlalu berharap yang orang itu turut mempercayai kita dan sentiasa akan bersama kita. Jadinya kini hati dia memang sudah terletak nama Eziyad.
“Aku suka kau” tutur Eziyad perlahan. Cukup dia dan Erika yang dengar.
Erika terkejut. Dia membesarkan biji matanya dan memandang wajah Eziyad tanpa berkelip. “Aaa awak ulang lagi sekali apa dia?”
Eziyad tergelak kecil. “Mana boleh. Aku tak akan ulang.”
“Tolonglah ulang sekali lagi” rayu Erika berharap.
“Jangan harap. Nak suruh aku ulang ya. Nanti suatu saat nanti setiap hari kau akan dengar dan kau hanya perlu tunggu saat itu.”
Eziyad mengaku dia sudah jatuh cinta dengan gadis yang digelar Minah lollipop ini. Yang dulu dia pernah anggap Erika adalah playgirl. Tidak sangka gadis yang dia selalu meluat dan benci itu akan ada dalam hati dia. Mudahnya jatuh cinta kan?.
12. FLASHBACK CINTA KITA
EZIYAD menutup album gambar zaman kolejnya itu. Ya, hanya makan masa seminggu saja dia boleh jatuh cinta kepada gadis yang dia benci. Terkenangkan kenangan bagaimana dahulu dia boleh jatuh cinta hingga membuatkan bibirnya terbit senyuman puas. Ya, aku puas mencintai dia. Bisik hati Eziyad. Sudah 5 tahun usia perkahwinan mereka. Setahun selepas mereka suami isteri menamatkan degree pada umur 25 tahun itu, terus saja Eziyad nekad mahu memperisterikan Erika. Malam itu dia flasback cinta dia dan isterinya. Dia bangun dari duduknya dan matanya melilau mencari sang isteri yang sudah lena dibuai mimpi di katil peraduan cinta mereka.
Eziyad mendekati isterinya dan membelai wajah isterinya sebelum dia turut tidur pada malam itu. Sebelum itu, dia menyelak sedikit rambut yang menutup telinga sang isteri dan berbisik sesuatu.
“Aku suka kau”. Eziyad mencium ubun-ubun sang isteri sebelum dia turut sama tertidur.
Erika tersenyum apabila mendengarnya. Dia belum tidur lagi sebenarnya. Setiap malam suaminya akan ucapkan kata-kata itu di telinganya. Erika melihat saja tubuh suaminya yang sudah pun rebah di sebelahnya itu.
*****************
EZIYAD tidak tahu nak bereaksi macam mana. Nak marah takut nanti kecil pula hati orang tu. Tapi wanita itu memang tak boleh dikaitkan sikit dengan lollipop, mesti angin pasang ribut taufan akan berlaku.
“Janganlah ajar anak kita ni makan gula-gula lollipop tu. Rosak gigi budak kecil nanti”
Eziyad mengelek anaknya. Dia mengeluarkan lollipop itu dari mulut anaknya dan dimasukkan ke mulut isterinya pula.
“Dia yang naklah bukan sayang yang ajar.” Balas Erika rengek sedikit.
“Kalau sayang tak makan depan dia, tak akannya Ezrul nak makan lollipop tu.” Eziyad meleraikan tali lehernya sedikit agar longgar. Dia duduk kembali di sofa yang tersedia di pejabatnya dan mengelap mulut anak lelakinya yang berusia 3 tahun itu.
Wajah monyok Erika sudah kelihatan. Eziyad mahu tergelak tapi ditahan. Cuba bayangkan wajah comel wanita yang sedang mengandung itu memonyokkan wajahnya. Comel kan?. Ya, isterinya itu sedang mengandungkan anak kedua mereka pula. Alhamdulillah. Kini usia kandungan isterinya........ berapa ya? Eziyad mula berfikir.
“Aaaabang. Abang, saaa sakit” Erika memegang perutnya yang sakit itu. Rasa mencucuk-cucuk ketika ini.
Eziyad terkejut. Ya Allah dah nak genap 9 bulan ni!.
“Kenapa sayang datang pejabat abang? Sepatutnya lusa tarikh sayang ni. Sayang kena berehat dekat rumah.” Eziyad membebel, dia kian terlupa yang isterinya sedang mengerang sakit.
Eziyad meletakkan anak lelakinya itu di sofa. Dia mendekati isterinya yang kelihatan gelisah dan sedang memegang perut itu. Eziyad tidak berapa dengar sangat tadi apa yang diadukan oleh Erika.
“Sayang duduk dekat sofa ni. Sekejap lagi kita balik rumah. Lain kali janganlah susahkan diri datang sini” bebel Eziyad lagi. Erika bertambah geram dengan suaminya itu. Dia mengenggam kuat tangan Eziyad sehingga Eziyad mengaduh sakit.
“Sayang dah nak terberanak ni abang! Cepat bawa sayang ke hospital. Jangan banyak membebel” lantang sungguh suara Erika ketika itu. Ya, dia sudah tidak tahan.
Eziyad menoleh ke kiri dan kanan. Dia jadi tidak tentu arah. Beginilah keadaan ketika isterinya mahu melahirkan anak yang sulung. Rupanya kelahiran anak kedua juga membuatkan dia sendiri buntu otak!
“Apa abang kena buat ni sayang?” Soalan bodoh tercetus di mulut Eziyad. Erika semakin bengang.
Kenapalah boleh dapat lelaki gelabah macam ni? Getus hati Erika sakit. Dulu tak pula dia tengok Eziyad gelabah macam ni.
“What should you do?. Hey abang ni. Bawa sayang hospitallah cepat!!”
Suara Erika yang terjerit dari dalam bilik pejabat Eziyad telah mengundang setiausaha suaminya itu masuk ke dalam.
“Kenapa tuan?” tanya Suhada terkejut.
“Tolong siap sediakan kereta saya di bawah. Isteri saya dah nak bersalin. Ini kuncinya. Awak tunggu dekat bawah” arah Eziyad. Dia membalingkan kunci kereta itu ke arah Suhada dan dengan cekap Suhada menyambutnya.
********************
ERIKA menahan selagi boleh. Ya, dia perlu kuat demi anak dia, suami dan keluarga. Tangan Eziyad digenggam kuat. Suaminya itu berada di sisinya saat ini. Tidak seperti dulu ketika dia melahirkan Ezrul, suaminya tidak dibenarkan masuk sekali di dalam kerana suaminya tidak pergi ke kursus bersalin. Apalah, bersalin pun kena berkursus!
“Sayang boleh, abang ada ni dengan sayang ya. Push sayang, push.” Eziyad memberi semangat kepada isterinya. Tangan sang isteri tidak pernah dia lepaskan.
“Okey puan, lagi sikit lagi. Teran lagi ya” ujar doktor wanita yang berusia 30-an itu.
Erika rasa tidak mampu lagi. Dia terlalu letih sangat. Nafasnya juga seperti tidak cukup. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Sa saya saya letih, saya letih doktor” beritahu Erika lemah. Doktor yang bernama Atikah itu sudah kelihatan risau. Dia menoleh ke arah suami Erika pula.
“Saya rasa perlu juga untuk guna vaccum ni encik. Isteri encik dah terlalu lemah.”
Eziyad tidak tentu arah. Dia masih tidak lepas memandang wajah isterinya. Dia takut sesuatu buruk terjadi kepada anak dan isterinya.
“Sayang tak boleh beranak biasa ya. Doktor perlu guna alatan lain untuk bantu sayang.” Beritahu Eziyad di sisi isterinya. Erika hanya mengangguk lemah.
Erika tidak berdaya. Air matanya menitis satu persatu. Dia takut, dia tidak dapat melahirkan bayi ini. Dia takut juga sesuatu terjadi kepadanya dan anaknya. Dia memandang wajah suaminya.
Tangan sang isteri digenggam kuat. Dia menyalurkan kekuatannya kepada isterinya. Dia mencium berkali-kali tangan cinta hatinya itu. Sesungguhnya hanya Tuhan saja tahu cintanya yang amat besar pada Erika. Dia cintakan Erika dan hanya Erika dalam hatinya. Erika telah mengubah perspektif dia tentang wanita. Ya, dulu dia tidak boleh maafkan arwah ibunya dan kerana isterinya dia cuba memaafkan arwah ibunya dan Alhamdulillah hatinya lebih tenang berbanding dulu.
“Abang, sayang nak minta maaf dengan abang. Dari awal kita kenal sehinggalah sayang jadi isteri abang. Terima kasih sebab cinta dan jadi suami sayang. Sayang sayangkan Ezrul dan abang. Sayang juga sayangkan baby kecil kita. Maafkan sayang andai ini terakhir kata-kata ucapan dari sayang” Erika menunduk sedikit mencium tangan sasa suaminya itu. Air matanya tidak henti mengalir. Ya, dia sakit dan terlalu lemah.
“Abang maafkan sayang. Sayang jangan cakap macam ni. Sayang boleh okey, sayang boleh. Trust me sayang, I will always with you. Please jangan cakap macam ni. Abang sayangkan sayang. Sayang kena kuat. Mama dan papa sayang tengah tunggu dekat luar tu. Ezrul pun tengah tunggu mama dia dan adik dia. Ayah pun ada dekat luar.”
Erika hanya tersenyum kecil. “Sayang sayang abang tau” Eziyad mengangguk.
“Abang sayang sayang juga” balas Eziyad. Erika menggeleng pula.
“Ada lagi abang belum cakap.” Wajah Eziyad semakin pelik.
“Kata-kata yang abang akan ucapkan setiap malam untuk sayang. Dan kata-kata pertama permulaan cinta kita” tambah Erika lagi.
Eziyad mengalirkan air mata lelakinya. Ubun-ubun sang isteri dicium berkali-kali.
“Aku suka kau” ucap Eziyad. Bibirnya tidak lepas dari dahi isterinya.
**********************
“Benci itu ajaib dan cinta juga ajaib. Dari benci boleh bertukar cinta dan dari cinta boleh bertukar benci. Cantik perancangan Tuhan. Aku percaya dengan takdir ini. Takdir yang telah dibuat untuk aku. Takdirnya adalah kau tetap menjadi bidadariku hingga akhir hayat”–NAZRI EZIYAD
“Saya tak sedar rasa ini muncul. Rasa yang hanya ada antara saya dan awak. Sayang dan cinta ini untuk awak dan hanya untuk awak yang bernama suami. Jagalah cinta kita sebagaimana kita menaburkan titis-titis baja di dalamnya hingga ianya mekar menjadi cinta yang abadi”–NURUL ERIKA
TAMAT
1 ulasan:
Menarik dan macam tergantung j?
Catat Ulasan